kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Indeks Belia Malaysia 2008

[ Pengenalan | Kaedah Pembentukan Skor Indeks | Skor IBM | Rumusan IBM ]

Indeks Belia Malaysia (IBM) adalah satu instrumen yang dibina untuk memantau perkembangan kualiti hidup dan kesejahteraan hidup generasi belia di Malaysia. IBM yang pertama telah dibangunkan pada tahun 2006. Tujuan utama membangunkan IBM adalah untuk membolehkan kerajaan dan badan bukan kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan belia dapat melihat perkembangan yang berlaku kepada generasi belia hasil daripada pelbagai program yang dilaksanakan. Adakah program-program yang dilaksanakan itu telah memberikan kesan positif terhadap pembangunan diri generasi belia.


Klik untuk muat turun eBook IBM'08

Sejak IBM’06 diterbitkan, pelbagai reaksi telah diterima daripada pelbagai pihak. Secara umum, IBM dialu-alukan kerana ia memberikan indikator yang boleh diukur untuk memantau perkembangan pelbagai aspek dalam pembangunan generasi belia. Pembentukan IBM telah pun dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Sosial yang kemudiannya mencadangkan data IBM dikemaskinikan setiap tahun agar sesuatu outcome yang ketara dapat diukur bagi menentukan keberkesanan pelaburan dan perlaksanaan program yang disasarkan kepada generasi belia. Pembentukan IBM juga dengan sendirinya memberikan panduan kepada pekerja belia agar mereka memberikan tumpuan kepada memperbaiki kualiti dan kesejahteraan hidup generasi belia dengan cuba meningkatkan prestasi indikator dan domain yang menjadi asas pembentukan IBM. Dengan itu usaha yang lebih sistematik perlu diwujudkan untuk memastikan pekerja belia terlatih untuk membantu generasi belia meningkatkan prestasi mereka terhadap indikator-indikator yang menjadi asas pembangunan diri mereka sepertimana yang dimaktubkan dalam IBM. Indikator yang digunakan dalam IBM adalah ke arah mengukur pembangunan belia positif. Indikator positif digunakan untuk menggambarkan bahawa sasaran negara adalah untuk melahirkan generasi belia yang lebih mempunyai ciri-ciri positif. Adalah diharapkan dengan membangunkan generasi belia secara positif, aspek negatif yang dikaitkan dengan generasi belia tidak akan begitu diketengahkan sehingga menimbulkan tanggapan imej negatif yang sering kali dikaitkan dengan generasi muda. IBM’08 mengandungi 47 indikator yang dikelompokkan dalam lapan domain. Jumlah domain dikekalkan sepertimana IBM’06, tetapi dari segi indikator ia telah ditambah kepada tiga indikator baru. Lapan domain yang menjadi tunjang IBM’08 adalah :

  1. Pembangunan Kendiri
  2. Hubungan Sosial
  3. Identiti
  4. Potensi Diri
  5. Waktu Senggang
  6. Kesihatan
  7. Ketembusan Media
  8. Tingkahlaku Devian

 

[ INDEKS BELIA MALAYSIA (IBM) 2011 ]

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.