kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kaedah Pembentukan Skor Indeks

[ Pengenalan | Kaedah Pembentukan Skor Indeks | Skor IBM | Rumusan IBM ]

 

Belia di Malaysia menurut Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 adalah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Selaras dengan itu, Indeks Belia Malaysia 2008 (IBM’08) dibentuk berdasarkan sejumlah 4,673 sampel yang berada dalam kategori umur 15 hingga 40 tahun.

Kerja lapangan untuk mengumpul data telah diljalankan pada bulan April hingga Jun 2008. Sampel ini adalah sampel nasional dan mengambil kira agihan dari segi gender, kaum, kategori umur dan juga kawasan tempat tinggal. Kaedah persampelan yang digunakan adalah selaras dengan persampelan dalam IBM’06 yang lalu agar perbandingan IBM’08 mudah dibuat dengan data tahun asas iaitu IBM ’06.

Pembentukan IBM’08 masih mengekalkan 8 domain sebagai asas kelompok yang boleh mewakili kualiti hidup dan kesejahteraan hidup belia di Malaysia. Namun begitu IBM’08 telah menambah tiga indikator baru, menjadi 47 indikator kesemuanya bagi tujuan memperkukuhkan lagi pembentukan domain yang tertentu.

Dua indikator baru dimasukkan dalam domain hubungan sosial iaitu hubungan dengan masyarakat dan hubungan dengan rakan. Dalam IBM’06 domain ini hanya mempunyai satu indikator iaitu hubungan dengan ibu bapa. Dalam domain ketembusan media, indikator komputer dan internet telah dipisahkan untuk menjadi dua indikator yang berasingan.

Skor Indeks Belia Malaysia menggunakan skor 100 sebagai asas pengiraan skor maksimum. Lebih tinggi skor IBM maka lebih baik kualiti hidup dan kesejahteraan hidup golongan belia di Malaysia. Lebih rendah skor IBM menunjukkan kualiti hidup dan kesejahteraan hidup yang semakin kurang baik.

Untuk memudahkan kita melihat prestasi generasi belia dalam sesuatu domain atau pun skor indeks keseluruhan, skala berikut digunakan:

 

Skor Indeks Belia Malaysia adalah purata daripada jumlah skor lapan domain. Skor domain pula adalah purata daripada jumlah skor indikator yang ada dalam sesuatu domain.

Kiraan skor IBM adalah berasaskan formula berikut:

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.