kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS BERKAITAN EKONOMI MALAYSIA: TRANSFORMASI DAN CABARAN UNTUK PELAJAR DAN WARGA BELIA DENGAN KERJASAMA JABATAN PENGAJIAN TINGGI (JPT)

Tarikh ;8 Oktober 2014 (Rabu)
Masa :9.00 pg - 5.00 ptg
Tempat :Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
Tetamu Kehormat : YBhg Dato'Azhar Mohames Isa
   Timbalan Ketua Setiausaha
   Kementerian Belia dan Sukan
Peserta : 157 org

Resolusi Persidangan

 

9 resolusi yang dibincangkan dan dipersetujui oleh peserta adalah:-

1)     Warga Belia dan Mahasiswa berpandangan bahawa pihak kerajaan perlu memberi penerangan dan pendedahan secara menyeluruh agar dapat meningkatkan tahap kefahaman terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di peringkat akar umbi.

2)     Warga Belia dan Mahasiswa berpendirian supaya KPDNKK serta agensi-agensi yang berkaitan dapat memastikan harga barang sentiasa dipantau.

3)     Warga Belia dan Mahasiswa menyarankan agar subjek percukaian diselaraskan dan dimasukkan di dalam kursus keusahawanan di seluruh institusi pendidikan negara.

4)     Warga Belia dan Mahasiswa berpendirian agar pihak Kerajaan dapat mempelbagaikan saluran dalam mendidik masyarakat berkenaan pelaksanaan GST mengikut pelbagai bentuk seperti memaksimumkan penggunaan di dalam media sosial, menerbitkan filem pendek dan menggalakkan guru-guru memainkan peranan sebagai agen penyebaran maklumat mengenai GST.

5)     Warga Belia dan Mahasiswa menegaskan supaya pihak Kerajaan dapat menyediakan senarai yang lengkap terhadap barangan yang tidak dikenakan GST.

6)     Warga Belia dan Mahasiswa menyarankan supaya pihak berwajib dapat melabelkan khususnya produk-produk barangan yang dikenakan GST.

7)     Warga Belia dan Mahasiswa menyarankan agar pihak Kerajaan perlu lebih telus dalam memberi penjelasan terhadap penggunaan hasil cukai GST agar rakyat memahami ke mana hasil cukai disalurkan dan bagaimana ia dibelanjakan.

8)     Warga Belia dan Mahasiswa menyarankan agar diadakan sesi dialog yang efektif antara pemimpin dengan rakyat bagi membolehkan setiap persoalan dapat di rungkai berkenaan Pelaksanaan GST.

9)     Warga Belia dan Mahasiswa menyarankan agar pihak kerajaan dapat memberi jaminan bahawa GST tidak membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang yang membawa kepada Kos Sara Hidup yang tinggi.

 

 

 

 

 

 

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.