kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Seminar Penyelidikan IYRES 2016

PENGENALAN

Seminar Penyelidikan Belia Berimpak Tinggi IYRES 2015 dilaksanakan untuk membentang hasil dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh IYRES sepanjang tahun 2015. Kajian yang dicadangkan untuk dibentangkan pada persidangan tersebut berdasarkan kepada kriteria kajian yang akan disenaraikan sebagai hasil penyelidikan yang berimpak tinggi. Cadangan pelaksanaan seminar ini telah dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah (ALP) IYRES semasa Bengkel Halatuju IYRES 2016 pada 30 Disember 2015 dan telah mendapat kelulusan bagi melaksanakan OBJEKTIF

Seminar yang ingin dilaksanakan ini menggariskan beberapa objektif antaranya:
- Menyebarluaskan hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh IYRES
- Mewujudkan medan perbincangan ilmuan secara intelektual mengenai isu dan fenomena yang berkaitan dengan pembangunan belia
- Mewujudkan ruang bagi penonjolan kepentingan sesuatu hasil penyelidikan bagi mencorakkan perubahan belia
- Menghubung jalin kerjasama erat antara ahli akademik dan penyelidik dalam bidang sains sosial
- Merumuskan cadangan bagi tujuan menghasilkan pelan tindakan kesejahteraan belia Malaysia.

KAEDAH PELAKSANAAN

Seminar ini dicadangkan untuk dilaksanakan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Sains Sosial (IPSAS). IPSAS dipilih sebagai rakan kerjasama atas faktor IPSAS merupakan institusi yang melaksanakan kajian-kajian pembangunan belia di samping kesinambungan daripada perjanjian yang pernah ditandatangani oleh UPM dan KBS yang melibatkan kerjasama khususnya berkaitan penyelidikan pembangunan belia.

Kaedah pelaksanaannya ialah:

  1. Pendaftaran dan taklimat peserta dan pembentangan
  2. Ucaptama
  3. Mengadakan beberapa sesi selari (parallel sessions) yang melibatkan pengerusi atau moderator untuk membincangkan sub tema yang mengandungi beberapa tajuk pembentangan
  4. Pada akhir sesi pembentangan, sesi soal jawab akan dibuka
  5. Setiap sesi selari akan ditugaskan beberapa orang pelapor sebagai pencatat bagi mengambil setiap isu-isu pembentangan dan maklum balas
  6. Akhirnya akan diadakan sesi sidang pleno untuk membuat rumusan/keputusan
  7. Majlis Penutup

Hasil seminar ini akan diterbitkan dalam bentuk Prosiding/buku dan diserahkan kepada semua pihak bagi tujuan penambahbaikan polisi/dasar atau aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan belia.

 

 brochure 1

brochure 2

 

MUAT TURUN BROCHURE DI SINI
MUAT TURUN SURAT JEMPUTAN DI SINI 

* Senarai pembentang dan tajuk pembentangan tertakhluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

 

Kemaskini terakhir : 21 Julai 2016

seminar penyelidikan 2019 seminar penyelidikan 2018 seminar penyelidikan 2017

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.