Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) ingin mempelawa calon-calon berminat untuk menjadi Pengekod Data (Data Entry) secara sambilan (Part Time) bagi data Profil Belia Negara (PBN).
KRITERIA PEMILIHAN PENGEKOD DATA (DATA ENTRY)
- Warganegara Malaysia;
- Terbuka kepada mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang sahaja.
- Berumur di antara 21 Hingga 40 Tahun;
- Mempunyai Komputer/Laptop serta talian Internet;
- Mempunyai pengalaman sebagai pengekod data (data Entry);
- Sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Diploma atau mana-mana Sijil Kemahiran;
- Berdisiplin, berdedikasi, komited, jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan;
- Pihak IYRES berpuas hati ke atas prestasi pelaksanaan tugas-tugas pengekodan data terdahulu yang telah dipertanggungjawabkan (hanya kepada mereka yang pernah dilantik sebagai pengekod data kajian IYRES sahaja); dan
- Boleh menerima arahan dari semasa ke semasa.
PANDUAN PENGEKOD DATA KE DALAM SISTEM E-BELIA SECARA SAMBILAN
- Pengekod data WAJIB menghadiri sesi taklimat Pengekod data yang dikendalikan oleh Penyelidik IYRES;
- Pengekod data akan menerima panduan pengekodan data yang dibekalkan semasa sesi taklimat yang dikendalikan oleh Penyelidik IYRES;
- Pengekod data perlu memastikan setiap perkara dalam borang diisi dengan lengkap di dalam sistem. Pihak IYRES berhak untuk menolak borang yang tidak lengkap atau dikira sebagai 'data rosak';
- Pengekod data perlu menyimpan kerahsiaan maklumat yang terkandung dalam borang yang direkodkan;
- Pengekod data perlu merekodkan maklumat tersebut ke dalam Sistem E-Belia dan memulangkan semula kepada pihak IYRES selewat-lewatnya 7 hari selepas menerima borang;
- Pihak Pengurusan IYRES akan membuat pembayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan menerusi akaun Pengekod data melalui "Electronic Fund Transfer" (EFT) IYRES;
- Pengekod data harus memaklumkan kepada pihak IYRES sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan sebagai Pengekod data lebih awal dari tempoh yang diberikan.
- Memaklumkan seminggu selepas tarikh taklimat;
- Perlu menyerahkan baki borang kepada IYRES;
- Pihak IYRES akan mengeluarkan surat tamat perkhidmatan kepada Pengekod data.
Kepada calon yang berminat: Anda boleh mendaftar butiran anda pada borang yang disediakan (Sila MUAT TURUN BORANG di sini)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 Ogos 2019 (Sabtu)
Sila emailkan borang permohonan tersebut kepada
- Calon yang berjaya akan dipanggil ke sesi taklimat yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak IYRES.
- Calon yang tidak menerima apa-apa maklumat selepas sebulan dari tarikh permohonan adalah dikira tidak berjaya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut, anda boleh menghubungi pegawai kami atas talian berikut:
En. Shah Romnizam Ramli - 03 8871 3331