Pegawai Penerbitan
Gred : S41 (Contract For Service)
SYARAT LANTIKAN
- Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Kelayakan
Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian)
Syarat Lantikan Asas : Ijazah Sarjana Muda
Bidang Berkaitan : Penerbitan/Penulisan Am/Akademik/Sastera
Gaji Permulaan : S41 : RM1,909.00
c. Kelayakan Mesti Ada :
- Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
- Berkemahiran dalam semua aspek bidang penerbitan
- Mempunyai pengalaman dalam bidang penerbitan/penulisan atau bekerja dalam bidang yang relevan dengan penerbitan/penulisan
Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan bagi melaksanakan tugasan seperti berikut :
PENERBITAN
- Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja penerbitan dan perancangan penerbitan
- Menguruskan penerbitan berhubung dengan pihak percetakan
- Merancang dan menguruskan edaran bahan Penerbitan IPPBM
- Menguruskan hal berkaitan ISSN/ISBN dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia
- Menguruskan hal penerbitan dalam portal IYRES.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa
PUSAT SUMBER
- Menguruskan hal-hal berkaitan pusat sumber melibatkan alatan, buku-buku, data-data dan yang berkaitan
- Mengumpul dan mengenalpasti bahan-bahan yang sesuai untuk dimuatkan di dalam pusat sumber
- Merancang dan menguruskan pembelian bahan baru (buku/majalah/ surat khabar) sebagai rujukan di Pusat Sumber.
- Merancang dan menguruskan bahan bacaan
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
- Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IYRES selepas tiga (3) minggu dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan adalah TIDAK BERJAYA
- Pemohon yang dipanggil temudugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.ippbm.gov.my dan memuat turun borang permohonan. Pemohon boleh menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ melalui e-mel ; atau
b. Permohonan secara terus melalui Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES.
Tarikh tutup permohonan ialah pada hari AHAD 31 Ogos 2014.
Sila kemukakan permohonan kepada:
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya
Tel : 03 – 8871 3254/3753/3705
Faks : 03 – 8871 3342
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.