Pegawai Program
Gred : S41 (Contract For Service)
SYARAT LANTIKAN
- Kelayakan
Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian)
Syarat Lantikan Asas : Ijazah Sarjana Muda
Gaji Permulaan : S41 : RM1,908.45
b. Dan ;
(i) Syarat Lantikan Masuk : Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(ii) Syarat Bahasa Melayu : Lulus dengan kepujian di peringkat SPM
(iii) Syarat Bahasa Inggeris : Lulus dengan kepujian di peringkat SPM
Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk melaksanakan tugasan seperti berikut :
- Bertanggungjawab merancang, melaksanakan dan menyediakan laporan serta penilaian program; dan
- Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan, pameran, dan bertindak sebagai pegawai perhubungan awam; dan
- Bertanggungjawab menguruskan pelaksanaan program dan aktiviti sokongan penyelidikan dan aktiviti komunikasi korporat untuk promosi IYRES
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
- Hanya permohonan yang ditapis senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA SAHAJA perlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IYRES selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.iyres.gov.my dan memuat turun borang permohonan. Pemohon boleh menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ melalui e-mel ; atau
b. Permohonan secara terus melalui Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES.
Tarikh tutup permohonan ialah pada hari KHAMIS 25 JUN 2015 .
Sila kemukakan permohonan kepada:
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya
Tel : 03 – 8871 3254/3753/3705
Faks : 03 – 8871 3342
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.