- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2010
- Vol 2 Jun
- GAGASAN 1 MALAYSIA DAN SEMANGAT PATRIOTISME BELIA PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
Malaysian Journal of Youth Studies - 2010
GAGASAN 1 MALAYSIA DAN SEMANGAT PATRIOTISME BELIA PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
Makalah ini mengupas semangat patriotisme dan nasionalisme belia Malaysia dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Belia dari pelbagai latar belakang dan etnik mengikuti program ini selama 3bulan bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam jiwa generasi muda. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui teknik survei ke atas pelatih-pelatih PLKN. Seramai 800 orang responden telah dipilih sebagai sampel kajian di mana mereka perlu menjawab borang soal selidik sebanyak dua kali, iaitu di peringkat awal penyertaan mereka PLKN dan kedua ketika mereka hampir tamat menjalani PLKN. Kaedah ini digunakan untuk melihat sejauh mana PLKN dapat menerapkan dan memupuk semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan peserta. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan belia Malaysia adalah tinggi. Oleh itu, pihak kerajaan perlu meneruskan program ini demi kesejahteraan dan masa depan negara dalam konteks membangunkan semangat patriotisme dan nasionalisme golongan belia.
Kata Kunci: Belia, Patriotisme, Nasionalisme, Program Latihan Khidmat Negara, 1Malaysia