- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2010
- Vol 3 Disember
- PERSEPSI BELIA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS TAMADUN ISLAM DI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Malaysian Journal of Youth Studies - 2010
PERSEPSI BELIA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS TAMADUN ISLAM DI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Kursus Tamadun Islam adalah kursus wajib bagi semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia termasuk politeknik. Makalah ini membincangkan persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kursus Tamadun Islam di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu. Sampel kajian ini terdiri daripada 231 orang pelajar dari kalangan belia daripada 6 program pengajian peringkat diploma. Hasil kajian mendapati bahawa tahap persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Tamadun Islam di PSMZA adalah berada pada tahap tinggi. Secara ringkas, pelajar berpuas hati dengan proses pengajian di PSMZA. Kajian ini juga mendapati perbezaan gender dan program pengajian yang diikuti tidak mempengaruhi persepsi mereka terhadap proses P&P. Respon pelajar terhadap sokongan akademik yang disediakan oleh PSMZA adalah baik. Walau bagaimanapun, PSMZA menghadapi kekurangan jumlah tenaga pengajar dan tenaga pengajar sedia ada tidak mempunyai kelayakan iktisas yang sepatutnya.
Kata kunci: Tamadun Islam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,
Pengajaran dan Pembelajaran, Sokongan Akademik