kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KEFAHAMAN BELIA DI MALAYSIA MENGENAI1 GAGASAN 1MALAYSIA

Artikel ini berkaitan tahap kefahaman belia mengenai Gagasan 1Malaysia secara umum dan tahap kefahaman belia mengikut kaum. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responden yang terdiri daripada belia telah dipilih untuk kajian ini. Para responden terdiri daripada golongan belia yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak selesa (convenience sampling). Sampel yang dipilih mewakili belia daripada pelbagai bangsa dan juga jantina. Dalam hal ini, tidak ditetapkan suatu prosedur asas daripada segi bangsa dan jantina responden. Maklumat diperolehi melalui jawapan daripada borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0. Frekuensi, min, cross tabulation dan peratus digunakan dalam analisa data. Data juga ditafsirkan secara deskriptif untuk menjelaskan angka dan peratusan. Penganalisaan data juga tidak mengenepikan objektif-objektif kajian bahkan analisa data membantu menjelaskan pencapaian objektif kajian. Para responden telah ditanya dengan 55 soalan berbentuk likert scale yang mencakupi pengujian kefahaman dan pengukuran tahap kefahaman terhadap Gagasan 1Malaysia. Tahap kefahaman belia diklasifikasikan mengikut julat dan skor min yang diinterpretasikan oleh penyelidik. Analisis statistik pula menggunakan skor min dan tahap setiap item bagi mentafsirkan data secara deskriptif. Secara keseluruhan, tahap kefahaman belia Malaysia terhadap Gagasan 1Malaysia adalah tinggi. Sungguhpun demikian, kita mengharapkan ia dapat mencapai tahap tertinggi dengan wujudnya usaha-usaha penjelasan yang lebih ekstensif dan menyeluruh. Sebanyak 68.5% belia Malaysia mengakui bahawa kempen-kempen mengenai 1Malaysia menyedarkan mereka mengenai kepentingan perpaduan. 80.9% belia Malaysia menyatakan bahawa mereka faham Gagasan 1Malaysia memupuk semangat pemuafakatan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Di samping itu, 79.0% belia Malaysia menyatakan bahawa mereka faham bahawa Gagasan 1Malaysia menampilkan penekanan kepada perpaduan dan keharmonian hubungan antara kaum.

Kata Kunci: Gagasan 1Malaysia, Belia, Malaysia, Kefahaman

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.