- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2015
- Vol 13 Disember
- PENGETAHUAN NILAI PATRIOTISME PELAJAR BERDASARKAN PEMBELAJARAN SUBJEK SEJARAH
PENGETAHUAN NILAI PATRIOTISME PELAJAR BERDASARKAN PEMBELAJARAN SUBJEK SEJARAH
Artikel ini membincangkan mengenai penglibatan mahasiswa Melayu di Universiti Awam sekitar Lembah Kelang dalam politik di Malaysia. Penglibatan ini memberi fokus terhadap kehadiran mahasiswa dalam aktiviti anjuran parti politik seperti ceramah, dialog, forum, kempen dan mesyuarat parti politik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pengumpulan data melalui soal selidik. Sampel kajian melibatkan seramai 441 orang responden dari empat buah universiti terpilih. Penemuan mendapati tahap penglibatan mahasiswa Melayu Universiti Awam sekitar Lembah Kelang dalam politik berada pada tahap rendah. Hal ini menunjukkan bahawa mahasiswa Melayu kurang mendapat pendedahan tentang politik walaupun larangan terhadap penglibatan dalam politik telah ditarik balik melalui pindaan Seksyen 15 AUKU tahun 2012.
Kata Kunci: Pilihan Raya, Parti Politik, Penglibatan, Mahasiswa, AUKU