kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

NILAI KESETIAAN DAN KEBANGGAAN BELIA MALAYSIA TERHADAP NEGARA

Aspek kesetiaan dan kebanggaan golongan belia yang semakin menipis pada masa kini terhadap negara memperlihatkan semangat patriotisme mereka semakin goyah. Objektif artikel ini adalah untuk mengetahui tahap kesetiaan dan kebanggaan golongan belia terhadap negara mengikut zon di Malaysia. Sebanyak 1,500 sampel diambil dalam kalangan belia berumur antara 15 hingga 30 daripada enam (6) zon, iaitu Timur, Tengah, Selatan, Utara, Sabah dan Sarawak. Analisis kajian ini adalah menggunakan teknik statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kesetiaan dan kebanggaan belia bagi keseluruhan Malaysia adalah tinggi dengan min 7.28, tetapi Zon Tengah berada pada tahap sederhana. Oleh kerana itu, usaha bagi menyedarkan golongan belia tentang pentingnya semangat patriotisme demi masa hadapan negara perlu dilakukan sebaik mungkin supaya dapat meningkatkan lagi nilai kesetiaan dan kebanggaan belia dalam semua zon di Malaysia.

Kata Kunci: Belia, Kebanggaan Belia, Kesetiaan Belia, Nilai Murni, Patriotisme

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN KETERLIBATAN BELIA DI MALAYSIA DALAM GERAKAN ISLAM RADIKAL

Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah berdasarkan aspirasi golongan belia hari ini untuk membentuk masyarakat Malaysia dalam tempoh 30 tahun akan datang. Oleh itu, golongan belia ini tidak seharusnya terjebak dengan kegiatan yang boleh memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat seperti terpengaruh dengan gerakan Islam radikal. Tujuan artikel ini adalah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan belia terlibat dalam gerakan Islam radikal. Data kajian diperoleh daripada borang soal selidik yang dijalankan di lima zon di Malaysia. Seramai 1,200 orang responden bagi kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan iaitu belia yang beragama Islam. Data yang diperolehi dianalisis secara kaedah deskriptif menggunakan SPSS 18.0 dan struktur model menggunakan AMOS 18.0. Hasil kajian mendapati hanya satu faktor yang tidak signifikan iaitu pengaruh persekitaran (0.327 >0.05). Namun, kesemua faktor yang lain iaitu pengaruh pengetahuan agama Islam, pengaruh media sosial dan pengaruh kawalan yang terdiri daripada kawalan sekolah dan ibu bapa adalah signifikan terhadap kecenderungan keterlibatan belia di Malaysia dalam gerakan Islam radikal. Kajian ini juga mendapati bahawa faktor pengetahuan agama amat memainkan peranan penting dalam kecenderungan belia dalam gerakan Islam radikal kerana nilai pekali regresi (β) adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan signifikan faktor yang lain iaitu 0.932. Gerakan Islam radikal ini meletakkan sasaran yang tepat untuk menyelewengkan ajaran agama Islam serta mengajarkan pemahaman agama yang sesat. Jadi, pemahaman yang lemah dalam agama Islam merupakan faktor utama belia mudah terpengaruh dengan pujukan serta tawaran gerakan Islam radikal ini walaupun bercanggah dengan ajaran agama Islam. Ini diikuti oleh pengaruh kawalan (0.733) dan pengaruh sosial media (0.651). Impak kajian ini adalah sebagai maklumat penting bagi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) untuk membina dan menjalankan program khas bagi mendidik, memberi pemahaman seterusnya mencegah belia terlibat dengan kumpulan Islam radikal. Semua peringkat masyarakat haruslah sentiasa peka terhadap faktor-faktor yang mendorong belia terpengaruh dengan gejala negatif agar peranan belia dapat dimanfaatkan untuk perkara yang lebih berfaedah .

Kata Kunci: Agama Islam, Media Sosial, Kawalan, Persekitaran dan Gerakan Islam Radikal

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.