Pengumuman
MAKLUMAT AKTIVITI
Tarikh : 30 JANUARI 2014
Masa : 9.00 Pagi – 5.00 petang
Tempat : Galeria, Lobi Menara KBS
Tetamu Kehormat : YBhg Dato’ Harun Bin Che Su
Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik)
Kementerian Belia dan Sukan
Peserta : 93 Orang
MAKLUMAT PENYERTAAN


LATAR BELAKANG
ISIL merupakan sebuah kumpulan pejuang Islam yang aktif di Iraq dan Syria. Ia ditubuhkan pada tahun-tahun awal Perang Iraq dan berjanji setia dengan kumpulan al-Qaeda pada tahun 2004. Matlamat Negara Islam Iraq dan Jajahannya adalah untuk menubuhkan sebuah kekhalifahan dalam kawasan majoriti berfahaman Sunni di Iraq dan kemudiannya termasuklah Syria seterusnya ke seluruh dunia.
Wisma Putra berkata 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria dalam berjuang untuk ISIL. Justeru itu, rakyat Malaysia terutama belia Malaysia perlu diberi maklumat penuh mengenai jihad anjuran Islam dan jihad yang diterjemahkan kumpulan Isil ketika mengajak orang lain menyertai perjuangan mereka.
OBJEKTIF
Membincangkan dan mengemas kini perkembangan terkini dan sebenar krisis perjuangan ISIL di Timur Tengah.
- Membincangkan isu penyertaan belia dalam perjuangan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).
- Membincangkan isu penyertaan belia dalam perjuangan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).
- Membincangkan tindakan yang bersesuaian atas kapasiti dan kemampuan sebagai generasi muda bagi menyuarakan pandangan dan pendapat terhadap perjuangan ISIL
- Mendokumenkan hasil kenyataan dan deklarasi oleh golongan Belia Malaysia dalam perjuangan ISIL sebagai dokumen yang akan diketengahkan ke peringkat Nota Jemaah Menteri.
- Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta penggubalan dan penambahbaikan .
ATURCARA PERSIDANGAN
9.00 pagi - Pendaftaran Peserta
10.00 pagi - Lagu NegaraKu
- Bacaan Doa
Ucapan Aluan oleh
YBRS DR WASITAH HJ MOHD YUSOF
Ketua Pegawai Eksekutif IYRES
10.15 pagi - Taklimat Moderator
ENCIK JUFITRI JOHA
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
10.30 pagi - PEMBENTANGAN I
YBRS ENCIK KENNIMROD SARIBUJA DAN YBRS CIK JASMINE MOHAMED JAWHAR
Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Dan Penerbitan
Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) Kementerian Luar Negeri
Tajuk : “Apa Itu ISIL”
PEMBENTANGAN II
YBRS ENCIK AKRUN BIN MUSA
Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Tajuk : “Jihad Menurut Perspektif Islam”
11.30 pagi - Perbincangan Pembentangan 1 dan 2
12.30 tengahari - Rehat
02.0 petang - PEMBENTANGAN III
YBRS TUAN HAJI SAHARUDDIN HASSAN
Pengarah Asia Barat Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri
Tajuk : “Reaksi Masyarakat Antarabangsa Terhadap ISIL”
PEMBENTANGAN IV
YDH DSP AHMAD NORISHAM MAARUS
Unit Counter Terrorism
Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
Tajuk : “Pencegahan Militan Di Malaysia”
03.00 petang - Perbincangan Pembentangan 3 dan 4
04.00 petang - Minum Petang
04.30 petang - KETIBAAN YBHG DATO HARUN CHE SU
Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik)
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia
04.40 petang - Pembentangan Resolusi Persidangan Meja Bulat Belia:
Kumpulan Militan Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL)
- Penyerahan Resolusi mengenai Persidangan Meja Bulat Belia: Kumpulan Militan Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) daripada wakil belia kepada wakil Kementerian
- Ucapan Penutup oleh
YBHG DATO HARUN CHE SU
Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik)Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia
- Penutup
PENCAPAIAN PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: KUMPULAN MILITAN ISLAM IRAQ DAN JAJAHANNYA (ISIL) – ANTARA PERJUANGAN DAN SEMANGAT JIHAD
Kami, generasi Belia yang menghadiri Persidangan Meja Bulat Belia mengenai ISIL, Antara Perjuangan dan Semangat Jihad yang dilaksanakan di Bilik Sekretariat Pengurusan Acara, Menara KBS pada 29 Januari 2015 mencadangkan beberapa usul sebagai resolusi terhadap persidangan ini seperti berikut:-
- Golongan Belia BERPANDANGAN bahawa pihak Kerajaan perlu merancang satu Pelan Keselamatan Negara yang kukuh bagi memastikan segala pengaruh dari luar yang boleh mengancam negara dapat dicegah dari awal.
- Golongan Belia MENGGESApihak Kerajaan supaya segala maklumat/informasi dan pemahaman berkaitan IS perlu diperhebatkan melalui pelbagai saluran media supaya dapat meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan belia terhadap pentingnya keselamatan sejagat dan bagi mengelak kesalah tafsiran terhadap isu ini.
- Golongan Belia MENYARANKAN agar pihak Kerajaan membuat sidang media khas berhubung isu ini secara formal melalui media massa tentang pendirian Malaysia yang menolak keganasan IS.
- Golongan Belia BERPENDIRIAN agar sumber maklumat berkaitan IS disunting oleh pihak Kerajaan bagi memastikan golongan belia mendapat maklumat yang sahih.
- Golongan Belia BERPENDIRIAN isu kemanusiaan diterapkan di dalam sistem pembelajaran diperingkat awal dengan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan agar dapat mencegah gejala negatif ini dari peringkat awal.
- Golongan Belia BERPANDANGANbahawa persatuan-persatuan belia Malaysia perlu memainkan peranan bagi melaksanakan aktiviti dan mempergiatkan program-program berteraskan nilai akhlak supaya golongan belia dapat menghindari dari melakukan salah laku yang ditegah oleh masyarakat.
- Golongan belia BERPENDIRIAN agar pihak Kerajaan dapat memberi nama yang khusus kepada pergerakan militan IS (Islamic State) kepada Un–Islamic State supaya tidak menjejaskan pandangan agama lain terhadap ajaran Islam yang mengharamkan keganasan dan jenayah.
- Golongan Belia BERPANDANGAN supaya isu keganasan ini dapat dibawa dan dibincangkan bersama di dalam Persidangan Kemuncak ASEAN 2015 supaya negara serantau juga dapat memainkan peranan bersama dalam memantau pergerakan militan IS ini melalui elemen Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN.
| Tarikh | : 15 November 2014 (Sabtu) |
| Masa | : 9.00 pg - 5.00 ptg |
| Tempat | : Dewan Serbaguna, Podium B, KBS |
| Ybhg Tuan Hj Adnan Abu Hassan | |
| Pengerusi,Ahli Lembaga Pengarah IYRES | |
| Peserta | : 68 orang |
Resolusi Persidangan
Intipati Resolusi yang dapat diketengahkan dari Persidangan Meja Bulat Belia mengenai Rasionalisasi Subsidi Bahan Api di Dewan Serbaguna, Podium B Menara KBS pada 15 November 2014adalah seperti berikut:-
- Golongan Belia berpandangan pihak Kerajaan MESTI memberi penerangan yang jelas dan berkesan mengenai tindakan melaksanakan Rasionalisasi Subsidi Bahan Api.
- Golongan Belia MENGGESA agar pihak Kerajaan dapat mengkaji cadangan pemberian subsidi bahan api menggunakan kad pengenalan berdasarkan peringkat pendapatan kerana ianya mendatangkan pelbagai kesukaran sama ada di peringkat pembekal, peruncit/pengusaha stesen minyak mahu pun pengguna.
- Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak Kerajaan melaksanakan pemberian subsidi bahan api menggunakan sistem kad khas pra-bayar untuk memastikan kumpulan sasar yang lebih tepat dan memantau penggunaan bahan api oleh golongan tersebut.
- Golongan Belia MEMINTA kerajaan mengkaji semula pelaksanaan sistem subsidi secara pukal mengikut sektor untuk mengelakkan berlakunya ketirisan dan profiteering seperti penyeludupan bahan api oleh peniaga dan pengilang secara berleluasa.
- Golongan Belia MENGHENDAKI pihak Kerajaan telus apabila melaporkan perancangan dan penggunaan hasil penjimatan daripada pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api.
- Golongan Belia MENCADANGKAN pihak Kerajaan mengambil masa yang sewajarnya untuk mengkaji sebarang inisiatif terhadap sistem yang dicadangkan oleh pelbagai pihak untuk melaksanakan pemberian subsidi agar inisiatif tersebut dapat berfungsi dengan baik dan bukan berorientasikan keuntungan pihak yang membuat cadangan demi keselamatan semua pihak.
- Golongan belia MENGGESA pihak Kerajaan memastikan rasionalisasi subsidi bahan api kurang memberi kesan kepada kenaikan harga barang-barang keperluan yang lain dengan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sedia ada secara lebih serius.
- Golongan Belia BERPENDIRIAN bahawa pihak Kerajaan perlu melaksanakan Rasionalisasi Subsidi Bahan Api dengan kadar paling minimum, secara berperingkat dan mengumumkannya di waktu yang sesuai agar tidak membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak dan barang yang mendadak.
- Golongan belia MENCADANGKAN bahawa pihak Kerajaan perlu melarang sebarang bentuk iklan dan promosi terhadap semua bahan api bersubsidibagi mengelakkan golongan berkemampuan tertarik untuk menggunakan bahan api bersubsidi.
10. Golongan Belia BERPENDIRIAN agar pihak Kerajaan menyalurkan subsidi bahan api dengan lebih sistematik seperti mengurangkan kos cukai jalan, cukai kenderaan dan insurans kenderaan.
11. Golongan Belia MENGGESApihak Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha penambahbaikan sistem pengangkutan awam di seluruh negara dan mengurangkan kadar tambang pengangkutan awam termasuk memberikan subsidi kepada penyelenggaraan dan cukai yang dikenakan ke atas pengangkutan awam sehingga tambang pengangkutan awam dapat dikurangkan kepada 50%.
12. Golongan Belia BERPENDIRIAN agar pihak Kerajaan dapat menggalakkan pelbagai pihak menjalankan inisiatif dalam mendapatkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui sebagai alternatif bahan api dan meningkatkan kecekapan tenaga dengan skim-skim galakan tertentu.
13. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak Kerajaan melaksanakan pendekatan NBOS dengan mewujudkan Makmal Rasionalisasi Subsidi Bahan Api yang dianggotai oleh pihak kerajaan, pengeluar dan pengimport minyak, pengusaha stesen minyak dan pengguna yang kesemuanya merupakan pemegang taruh kepada inisiatif ini.
14. Golongan Belia BERPANDANGAN bahawa pihak Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri perlu mengkaji semula strategi perbelanjaan Kerajaan supaya tidak berlaku ketirisan yang mengakibatkan rakyat berpendapat Rasionalisasi Subsidi Bahan Api dilaksanakan bertujuan menampung ketirisan tersebut.
15. Golongan belia berpandangan di samping pihak Kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi yang mengakibatkan kenaikan harga bahan api, Kerajaan perlu memperkenalkan beberapa inisiatif yang membolehkan rakyat berpeluang menambah pendapatan bagi menampung kenaikan harga bahan api dan kos sara hidup.

| Tarikh | : 29 November 2014 (Sabtu) |
| Masa | : 9.00 pg - 5.00 ptg |
| Tempat | : Dewan Kampo,IYC, Cheras |
| Tetamu Kehormat | : Dr.Zainah Shariff |
| Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial | |
| Peserta | : 80 orang |
Resolusi Persidangan
Inti pati yang dicapai dari Persidangan Meja Bulat Belia:Belanjawan Belia 2015 yang telah diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) pada 29 November 2014 adalah seperti berikut:-
Sejumlah 18 Resolusi yang dicapai dari Persidangan Meja Bulat Belia mengenai Belanjawan Belia 2015 seperti berikut:-
- Golongan Belia BERPANDANGAN bahawa Bajet kepada belia haruslah digunakan dan dijalankan mengikut pelaksanaan secara NBOS di antara pihak Kementerian yang berkaitan supaya segala strategi dan inisiatif yang dilakukan kepada golongan belia memberi impak yang besar.
- Golongan belia BERPANDANGAN bahawa pihak Kerajaan perlu menubuhkan satu bank data khas No Employment, Education and Trainig (NEET) tentang graduan yang menganggur bagi membantu pihak Kerajaan mengatur strategi berkaitan peluang pekerjaan.
- Golongan belia MENGGESA agar program-program yang dilaksanakan oleh pihak KBS harus sampai ke peringkat akar umbi supaya sebaran maklumat secara menyeluruh dan mapan.
- Golongan belia MENGGESA saluran hebahan melalui media cetak dan media elektronik diperhebatkan agar strategi dan inisiatif berkaitan pembangunan belia supaya keboleh capaian sampai kepada golongan belia luar bandar.
- Golongan belia MENGGESA supaya Penggerak Rakan Muda dihidupkan dan digerakkan semula supaya pelbagai program dan inisiatif di peringkat akar umbi pembangunan belia dapat ditingkatkan keberkesanannya.
- Golongan belia BERPENDIRIAN agar satu program Khas “Ted-Talk” diwujudkan untuk dijadikan platform kepada golongan belia bagi mengutarakan pandangan dan pendapat terhadap pelbagai isu berkaitan inisiatif memperkasakan belia negara.
- Golongan belia MENGGESA agar pihak KBS dapat mewujudkan dana khas kepada golongan belia yang mempunyai prospek dalam bidang kepimpinan supaya dapat mengasah bakat ke tahap yang lebih tinggi.
- Golongan belia BERPENDIRIAN agar pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dikaji semula mengikut tempoh masa dan pemilihan peserta/pelajar supaya perasaan cinta kepada negara berlandaskan perpaduan dan keselamatan dapat disemai dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
- Golongan belia MENGGESA agar program-program yang berunsurkan hiburan positif dipertingkatkan dan program belia berasaskan perpaduan dan kerohanian dipergiatkan di peringkat nasional.
- Golongan belia MENGGESA agar sinergi antara KBS dan pemegang taruh belia diperkemas bagi merancang strategi yang komprehensif melalui Pelan Transformasi Belia untuk memastikan matlamat Pelan Transformasi Belia dapat dicapai dengan jayanya.
- Golongan belia MENGGESA agar pihak KBS dapat membentuk perancangan yang komprehensif dan terperinci dalam Pelan Transformasi Belia yang dapat memberi penekanan kepada golongan belia yang terpinggir dan belia berisiko.
- Golongan Belia MENGGESA agar strategi dan inisiatif berkaitan keusahawanan sosial (Social Enterprenuership) dalam kalangan belia dipergiat dan diperkemaskan.
- Golongan belia MENGGESA agar KBS berperanan sebagai sumber perhubungan dalam sebaran maklumat berkaitan informasi belia dalam usaha menambah nilai pembangunan belia yang bersifat Intelektual dan berdaya maju.
- Golongan belia MENGGESA pihak Kerajaan untuk meningkatkan semula skala gaji bagi golongan belia yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi menyediakan kebolehupayaan berdaya saing dalam mengawal peningkatan kos sara hidup masa kini.
- Golongan belia MENGGESA agar pihak Kerajaan meningkatkan kerjasama yang erat dari pelbagai agensi untuk membendung masalah jenayah dalam kalangan belia dan mewujudkan satu sistem sokongan khas untuk pelajar yang “dibuang sekolah”.
- Golongan belia MENGGESA agar sistem pengambilan belia ke Institut Kemahiran menggunakan sistem yang sedia ada di Institut masing-masing dan pengambilan berasaskan lokaliti mengikut kesesuaian kursus supaya dapat meningkatkan kebolehcapaian hingga ke peringkat akar umbi.
- Golongan belia MENGGESA agar memperkasakan unit kaunseling disemua institusi pendidikan dengan mengadakan pendidikan sahsiah belia bagi mengelakkan mereka dari terjebak ke arah gejala negatif.
- Golongan belia MENGGESA supaya pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) perlu dijadikan biasiswa kepada mana-mana pelajar yang mempunyai keputusan yang memperolehi keputusan cemerlang seperti mana yang dilaksanakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

| Tarikh | ;8 Oktober 2014 (Rabu) |
| Masa | :9.00 pg - 5.00 ptg |
| Tempat | :Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi |
| Tetamu Kehormat | : YBhg Dato'Azhar Mohames Isa |
| Timbalan Ketua Setiausaha | |
| Kementerian Belia dan Sukan | |
| Peserta | : 157 org |
Resolusi Persidangan
9 resolusi yang dibincangkan dan dipersetujui oleh peserta adalah:-
1) Warga Belia dan Mahasiswa berpandangan bahawa pihak kerajaan perlu memberi penerangan dan pendedahan secara menyeluruh agar dapat meningkatkan tahap kefahaman terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di peringkat akar umbi.
2) Warga Belia dan Mahasiswa berpendirian supaya KPDNKK serta agensi-agensi yang berkaitan dapat memastikan harga barang sentiasa dipantau.
3) Warga Belia dan Mahasiswa menyarankan agar subjek percukaian diselaraskan dan dimasukkan di dalam kursus keusahawanan di seluruh institusi pendidikan negara.
4) Warga Belia dan Mahasiswa berpendirian agar pihak Kerajaan dapat mempelbagaikan saluran dalam mendidik masyarakat berkenaan pelaksanaan GST mengikut pelbagai bentuk seperti memaksimumkan penggunaan di dalam media sosial, menerbitkan filem pendek dan menggalakkan guru-guru memainkan peranan sebagai agen penyebaran maklumat mengenai GST.
5) Warga Belia dan Mahasiswa menegaskan supaya pihak Kerajaan dapat menyediakan senarai yang lengkap terhadap barangan yang tidak dikenakan GST.
6) Warga Belia dan Mahasiswa menyarankan supaya pihak berwajib dapat melabelkan khususnya produk-produk barangan yang dikenakan GST.
7) Warga Belia dan Mahasiswa menyarankan agar pihak Kerajaan perlu lebih telus dalam memberi penjelasan terhadap penggunaan hasil cukai GST agar rakyat memahami ke mana hasil cukai disalurkan dan bagaimana ia dibelanjakan.
8) Warga Belia dan Mahasiswa menyarankan agar diadakan sesi dialog yang efektif antara pemimpin dengan rakyat bagi membolehkan setiap persoalan dapat di rungkai berkenaan Pelaksanaan GST.
9) Warga Belia dan Mahasiswa menyarankan agar pihak kerajaan dapat memberi jaminan bahawa GST tidak membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang yang membawa kepada Kos Sara Hidup yang tinggi.







