kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PEMBENTUKAN INSTRUMEN LITERASI KESIHATAN UNTUK REMAJA MALAYSIA

Literasi kesihatan tidak dapat dinafikan amat penting dan semakin menjadi tumpuan dalam mempromosikan kesihatan penduduk terutamanya kepada golongan remaja. Bagi mengukur tahap literasi kesihatan untuk populasi ini, ramai penyelidik telah memberi tumpuan kepada membangunkan instrumen untuk menentukan tahap literasi kesihatan mereka. Kajian lepas mendapati instrumen literasi kesihatan lebih banyak dibina bagi orang dewasa berbanding untuk golongan remaja. Di Malaysia, kajian literasi kesihatan terhadap golongan remaja masih kurang dilaporkan. Bagi merapatkan jurang ini, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membina instrumen literasi kesihatan remaja di Malaysia melalui tiga peringkat; 1) mengenal pasti konstruk utama literasi kesihatan; 2) membina item untuk setiap konstruk, dan 3) menguji kebolehpercayaan dan keesahan dengan menjalankan kajian sebenar literasi kesihatan. Seramai 1029 responden iaitu remaja sekolah telah terlibat dalam kajian ini yang berumur 15 hingga 17 tahun (M umur = 15.9, SP = .6). Kajian menggunakan metodologi bermula dengan reka bentuk kualitatif dan diikuti dengan reka bentuk kuantitatif. Kajian mengenal pasti lapan konstruk utama bagi mengukur literasi kesihatan remaja di Malaysia; 1) promosi kesihatan; 2) pencegahan penyakit; 3) penjagaan penyakit; 4) tingkah laku kesihatan; 5) sikap terhadap kesihatan; 6) kesejahteraan kesihatan; 7) budaya kesihatan; dan 8) motivasi kesihatan. Kajian telah berjaya membina instrumen literasi kesihatan remaja Malaysia dengan 52 item yang menggabungkan lapan faktor penting yang menjadi penentu pengukuran utama instrumen literasi kesihatan remaja di Malaysia.

Kata Kunci: Literasi Kesihatan, Remaja, Instrumen

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

KESEPADUAN SOSIAL MELALUI PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

Artikel ini bertujuan untuk menilai aplikasi kesepaduan sosial belia dalam program Pembangunan Belia di Malaysia. Matlamat utama kajian adalah untuk mengenal pasti indikator utama pembangunan potensi diri belia untuk mencapai kesepaduan sosial di Malaysia. Integrasi sosial dilihat melalui perkongsian praktis terbaik program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP). Strategi pengumpulan data dalam kajian dirujuk berdasarkan kajian literatur yang berkaitan. Kaedah persampelan bertujuan digunakan untuk memilih responden yang terdiri daripada belia yang telah ditauliahkan Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dari seluruh Negeri di Malaysia, pemimpin dan mentor yang bertindak sebagai perancang, pelaksana dan penilai program ARP. Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk membangunkan instrumen, pengesahan dan kajian kes penyelidikan. Instrumen kajian dibahagikan kepada dua bahagian, Bahagian A: latar belakang responden, pembangunan potensi diri belia dan Bahagian B: kesepaduan sosial belia, soalan terbuka untuk Focus Group Discussion (FGD) dan Nominal Group Technique (NGT). Dapatan kajian ini menekankan kepada aspek kesepaduan dalam pembangunan belia melalui penyertaan atau penglibatan belia dalam program di peringkat komuniti, pengiktirafan dan juga inklusi sosial. Semakin banyak aktiviti dalam komponen ARP dilaksanakan, semakin tinggi kesepaduan sosial belia. Walaupun berbeza etnik, belia di Malaysia masih mengekalkan keharmonian melalui penglibatan dalam aktiviti komuniti. Secara keseluruhan, kajian ini membincangkan penilaian sistematik menerusi perspektif psikologi terutamanya niat bagi pemboleh ubah potensi diri dan pembentukan stereotaip perpaduan sosial dalam pembangunan belia. Kajian lanjut adalah dicadangkan untuk memasukkan lebih banyak pengukuran konstruk kesepaduan sosial dan perancangan program dalam program ARP.

Kata Kunci : Belia, Kesepaduan Sosial, Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, Integrasi Sosial, Pembangunan Potensi Diri

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

FACTORS INFLUENCING HEALTH BEHAVIOURS AMONG UNIVERSITY STUDENTS

University students typically enter a dynamic transitional period of new independence from their parents that is characterized by many factors. These factors which involve social, financial, and environment elements, can be a burden to the students putting them at risk in negative health behaviours. Negative health behaviours among university students are a course of concern since they have a tendency to be carried into adulthood which can possibly cause the emergence of chronic disease at younger age. Self-efficacy is seen to increase with students’ emotional intelligence, together with better health behaviour. Therefore, the purpose of the study was to investigate the relationship between emotional intelligence and self-efficacy (mediator) on health behaviours among university students in Universiti Putra Malaysia, Malaysia. A correlational study was conducted on 400 undergraduates university students who lived on campus and were chosen through stratified random sampling technique using closed ended questionnnaires (Schutte’s Self Report Emotional Intelligence, General Self Efficacy Scale and a modified version of Health Style Questionnaire). Emotional intelligence, self-efficacy and health behaviour were significantly correlated at p <.05. Thus, there was an association between emotional intelligence and self-efficacy with health behaviour. Emotional intelligence and self-efficacy can boost positive health behaviour Such data have important implications for both health practice and policy especially for higher education institutions.

Keywords: Emotional Intelligence, Self-Efficacy, Health Behaviour, Undergraduate Students

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

ADAPTASI MAHASISWA SABAH DAN SARAWAK DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, agama dan bahasa serta status sosioekonomi yang secara langsung telah membentuk masyakat multibudaya dengan identiti tersendiri. Dalam konteks Sabah dan Sarawak khususnya komposisi etnik yang lebih rencam ternyata menjadikan identiti yang lebih kompleks dan rumit untuk difahami dengan oleh komuniti di Semenanjung Malaysia. Oleh hal yang demikian, perbezaan identiti budaya masyarakat Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia ini dilihat boleh membawa kepada permasalahan dari segi adaptasi antara dua atau lebih kumpulan identiti budaya yang berbeza. Timbul dua persoalan utama dalam hal ini iaitu berkaitan dengan keupayaan dalam adaptasi oleh etnik Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia dan berkaitan juga dengan aspek paling menonjol yang menjadi permasalahan dalam proses adaptasi tersebut. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ke atas mahasiswa wanita Sabah dan Sarawak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)adalah untuk meneliti gaya dan proses adaptasi budaya di samping permasalahan yang dihadapi selama tempoh pengajian mereka di universiti ini. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu pengedaran soal selidik berbentuk terbuka kepada 60 orang mahasiswa wanita Sabah dan Sarawak. Dapatan kajian menunjukkan kumpulan mahasiswa ini mempunyai gaya keterbukaan dan tolak ansur dengan keupayaan adaptasi yang tinggi terhadap identiti budaya etnik lain. Pada masa yang sama mereka berhadapan dengan masalah adaptasi dari aspek bahasa dan agama khususnya daripada segi kemudahan dan prejudis apabila menggunakan bahasa etnik dan amalan keagamaan. Ternyata satu langkah bersepadu perlu dirangka dan dilaksanakan di universiti awam Malaysia sebagai persediaan mendepani masalah adaptasi dan toleransi identiti budaya antara mahasiswa khususnya dari Sabah dan Sarawak. Kata Kunci: Mahasiswa Sabah dan Sarawak, Identiti Budaya & Adaptasi

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PENGARUH PENDAPATAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Malaysia perlu menyahut cabaran untuk meningkatkan pendapatan golongan sederhana kepada golongan kelas menengah bagi memastikan negara dapat bersaing di mata dunia. Golongan sederhana ini diklasifikasikan kepada golongan yang berpendapatan daripada RM 1100 hingga RM 2000 sebulan. Manakala, golongan kelas menengah adalah berpendapatan RM 3000 hingga RM 6000 sebulan. Salah satu cara bagi menyahut cabaran ini adalah menerusi penerusan pendidikan setelah tamat peringkat menengah. Kajian ini bertujuan untuk mengukur prestasi akademik pelajar yang berasal daripada golongan sederhana di Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US). Selain itu, kajian ini adalah bagi meneliti kedinamikan pendapatan isi rumah sebagai salah satu faktor penyebab naik-turun prestasi akademik di kalangan belia. Tambahan, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti hubung kait prestasi akademik dengan inisiatif pihak universiti dalam membina-upayakan golongan sederhana ini. Kajian ini melibatkan empat UA dan dua US bagi menunjukkan perbandingan berdasarkan ciri strata sosial yang telah ditentukan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah menerusi sesi percambahan fikiran, wawancara kumpulan fokus serta pemerhatian terhadap aspek profil sejarah hidup pelajar terpilih telah dilakukan. Dapatan kajian kemudiannya telah dianalisa menggunakan perisian Response Surface Methodology (RSM) versi 8 dan ANOVA. Dapatan daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa wujudnya pemisahan taraf sosioekonomi di kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Taraf sosioekonomi ini telah mempengaruhi prestasi pelajar terbabit. Kajian juga mendapati bahawa program inisiatif universiti seperti Kedai 1Siswa, bantuan waqaf, kupon makanan dan kiosk pelajar merupakan usaha lain dalam membantu dan memberi nilai tambah kepada kualiti pembelajaran mereka. Antara cadangan bagi mengatasi keadaan ini adalah dengan menyediakan pakej khas bantuan akademik, peluang pekerjaan kontrak, kelas bersama biz-kaunselor, sokongan kaunseling serta lain-lain insentif.

Kata Kunci: Golongan Sederhana, Universiti, Mahasiswa, Akademik

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.