kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

IYRES di Asia Urban Youth Assembly (AUYA), Melaka

Auya

MELAKA, 25-27 MAC 2017 - Bersempena dengan Asia Urban Youth Assembly (AUYA) yang berlangsung di Hotel Hatten, Melaka, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah turut sama terlibat sebagai agensi yang mengadakan pameran di sepanjang program tersebut. Antara bahan pameran yang menarik minat peserta di persidangan tersebut adalah buku-buku penerbitan IYRES dan sistem pengumpulan data menerusi Ydata @IYRES dan juga pendaftaran e-belia. Pameran ini merupakan medan memperkenalkan IYRES kepada masyarakat di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Program AUYA diadakan serentak dengan Konvensyen Antarabangsa Bandaraya Berkembar Melaka yang diadakan setiap tahun di Bandaraya Melaka sempena Sambutan Ulang Tahun Pengisytiharan Melaka sebagai Melaka Bandaraya Bersejarah. 

Sebagai usaha penyebarluasan fungsinya, IYRES berkesempatan mewujudkan beberapa potensi jaringan baru antara agensi tempatan dan antarabangsa yang dilihat dapat mempertingkatkan kualiti penyelidikan pembangunan belia Malaysia.

Membawa tema "Youth Role Towards New Urban Agenda - Taking Action for Innovative, Socially Minded, Green Cities" program ini telah dihadiri oleh peserta tempatan dan antarabangsa yang datang dari 20 buah negara dalam membincangkan sumbangan terhadap pembangunan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) merangkumi Agenda Baru Urban oleh United Nations. AUYA telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Besejarah (MBMB) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, United Nations Habitat, UN Youth dan World Assembly of Youth (WAY). Penutupan rasmi AUYA telah disempurnakan oleh YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan.

 

Disediakan oleh:

Siti Nur Hidayah Ismail

sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:

Wan Nor Iza Mohd Nor

nor.iza[at]iyres.gov.my

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.