- Laman Utama
- Berita Terkini
- IYRES Hangatkan Larian Obor Kuala Lumpur 2017 & FITMALAYSIA Peringkat Negeri Melaka
IYRES Hangatkan Larian Obor Kuala Lumpur 2017 & FITMALAYSIA Peringkat Negeri Melaka
MELAKA, 20 MEI 2017 - Keadaan cuaca hujan pada pagi Sabtu tidak melunturkan semangat peserta dan pengunjung pada Larian Obor Kuala Lumpur 2017 dan Program FitMalaysia peringkat Negeri Melaka. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) turut berpeluang menghadiri acara ini untuk melaksanakan Kajian Keberkesanan Program FitMalaysia serta pengumpulan data bagi Profil Belia Negara (PBN). Kajian ini dijalankan secara berkala dengan objektif untuk mengetahui persepsi dan pandangan masyarakat terhadap program FitMalaysia dan pengumpulan data PBN pula adalah untuk memantapkan Pangkalan Data Belia dalam memperbaiki kesejahteraan hidup belia Malaysia.
Kemuncak acara adalah obor Sukan SEA yang telah dibawa ke Dataran Restoran Melayu Melaka oleh YB Datuk Roslan Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri Melaka bersama pelari-pelari lain. YB Datuk Roslan berkesempatan melawat pameran IYRES yang diiringi YBhg. Dato' Lokman Hakim, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia & Sukan. Taklimat ringkas mengenai Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM ‘15) dan perancangan Indeks Belia Negeri Melaka (IBNM) oleh En. Mohd. Rizal Mohd. Sham, Eksekutif Penyelidik IYRES dan En. Shah Romnizam Ramli, Perangkawan IYRES.
Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my
Disunting oleh:
Wan Nor Iza Mohd Nor
nor.iza[at]iyres.gov.my