kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

RTD PENGLIBATAN BELIA DALAM SEKTOR KORPORAT HASILKAN 12 RESOLUSI

1403b1403a

KUALA LUMPUR, 14 MAC 2019 – Usaha berterusan dalam penyerlahan potensi belia Malaysia terus ditingkatkan menerusi penganjuran Persidangan Meja Bulat Belia (RTD) bertajuk Penglibatan Belia Dalam Sektor Korporat oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) pada 14 Mac 2019 bertempat di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur. Persidangan ini dianjurkan bagi mengenal pasti trend penglibatan belia dalam sektor korporat serta mendapatkan pandangan daripada belia, pemegang taruh dan industri bagi meningkatkan penglibatan anak muda dalam sektor korporat.

Persidangan yang dihadiri oleh seramai 121 orang peserta terdiri daripada wakil-wakil syarikat korporat, kementerian dan agensi, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan pertubuhan belia dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh tiga orang panel iaitu YBrs. Dr. Zainah Binti Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES yang membentangkan mengenai Trend Kepimpinan Anak Muda Dalam Pelbagai Sektor Di Seluruh Malaysia; En. Junaidi Mansor dari Khazanah Research Institute pula turut berkongsi Peranan Dan Sumbangan Sektor Korporat Dalam Agenda Pembangunan Belia Di Malaysia dan En. Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad dari Young Corporate Malaysians berkaitan Persediaan Belia Dalam Menceburi Sektor Korporat.

Sesi dilanjutkan dengan forum bertajuk ‘Realiti Belia Dalam Sektor Korporat di Malaysia’ yang melibatkan para panel iaitu YBhg. Datin Norlia Noah dari Prasana Malaysia Berhad, En. Ahmad Zakuan Dahalan dari United Nations Industrial Development Organization dan Cik Lim Wei Wen dari Petronas Malaysia yang mengupas mengenai kesediaan belia dalam menyertai sektor korporat terutamanya dalam mempersiapkan diri dengan soft skills, kemahiran komunikasi dan pengetahuan yang luas mengenai skop tugas yang dipohon.

Sebanyak 12 resolusi dihasilkan antaranya adalah cadangan mewujudkan platform bersepadu melibatkan pelbagai sektor bagi menyelaraskan peluang latihan dan insentif dalam menggilap bakat kepimpinan muda seiring dengan pembangunan kemahiran insaniah. Hasil resolusi telah diserahkan kepada YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan oleh wakil peserta iaitu Vinoshinin A/P Bathmanathan dari UniRazak, Nurfatin Amalia Binti Mohamad Yasin dari Tripfez Travel Sdn. Bhd. dan Ong Chong Ren dari Public Bank Berhad.

YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semasa ucapan penutup menyatakan beliau percaya usaha yang dilaksanakan oleh IYRES ini akan membuka lebih ruang kepada para belia untuk terlibat dalam sektor korporat serta menjadi platform bagi mengukuhkan kepimpinan golongan belia. Resolusi ini akan dikemukakan kepada kerajaan untuk mendapatkan pertimbangan agar resolusi tersebut dapat dijadikan input kepada penggubalan dasar serta kerangka bagi pembentukan Indeks Kepimpinan Muda Malaysia. Dokumen pembentangan boleh dimuat turun di portal IYRES pada pautan www.iyres.gov.my untuk rujukan orang awam.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh:
Shariffah Mamat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.