kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi
kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

BENGKEL PENULISAN LAPORAN AKHIR KAJIAN KOMPETENSI PEMIMPIN MUDA

27052021   Bengkel Penulisan Laporan Akhir KKPM

PUTRAJAYA, 20-21 Mei 2021 - Bengkel Penulisan Laporan Akhir Kajian Kompetensi Pemimpin Muda telah diadakan secara atas talian melibatkan Pakar Rujuk, Penyelidik Bersama dan Penyelidik Dalaman IYRES. Sesi dimulai dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan disusuli dengan pembentangan hasil dapatan kajian kepada pihak Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) oleh YBrs Dr. Jamali Samsuddin, Ketua Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES.

Bengkel yang dilaksanakan selama melibatkan penulisan tiga bab utama iaitu berkaitan Senario Kepimpinan Belia di Malaysia, Kerangka Kompetensi Pemimpin Muda 2035 dan Pengukuran Kompetensi Kepimpinan Belia di Malaysia. Data-data yang digunakan bagi penulisan laporan kajian ini diperolehi menerusi input hasil daripada Scenario Plannning, Focus Group Discussion (FGD) bersama wakil belia dan kumpulan pelaksana dan maklum balas berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada 600 orang responden belia yang berumur 15-30 tahun di enam negeri yang mewakili enam zon di seluruh Malaysia.

Kini, pelaksanaan kajian ini berada di fasa terakhir dan dijangka dibentangkan kepada pihak Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan i-LEAD pada akhir Jun 2021.

HUBUNGI KAMI

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

HIPERANGKAI