kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

TVET Sebagai 'Game Changer' Untuk Menjadi Negara Maju - Timbalan Menteri

 

01122023 TVET GAME CHANGER

 

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) disifatkan sebagai ‘game changer’ atau pengubah keadaan dalam usaha negara untuk menjadi negara maju.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mustapha Sakmud berkata fokus kepada TVET juga mampu meningkatkan ekonomi dengan membekalkan pelbagai pekerjaan kepada generasi muda.

Beliau berkata  dengan 33 Institut  Latihan Perindustrian (ILP) di seluruh negara, pelajar aliran TVET menunjukkan kebolehpasaran sebanyak 95 peratus dalam bidang perindustrian yang mampu menjana pendapatan tinggi.

“Kami telah melawat beberapa negeri yang melahirkan graduan institut TVET bukan sahaja kebolehpasaran yang tinggi tetapi gaji juga (tinggi) terutamanya yang menjalankan tugas di luar negara seperti kimpalan dalam air dalam sektor minyak dan gas,” katanya dalam temu bual Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 hari ini.

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang melaksanakan program TVET MADANI iaitu program melawat alumni TVET ILP yang berjaya menjadi usahawan menerusi kepakaran mereka.

Mustapha berkata sebagai contoh, seorang alumni TVET di Jitra, Kedah telah membuka perniagaan membaiki pendingin hawa dan mendapat pulangan sebanyak RM2.5 juta tahun lepas serta terkini pada Julai lepas, beliau meraih pulangan RM2.6 juta.

“Kami juga melawat seorang usahawan di Melaka yang merupakan alumni TVET, dia pula membaik pulih pendingin hawa dan menjual barangan seperti pendingin hawa dibaik pulih dengan harga yang murah dan bertahan selama tiga tahun. Saya bangga dengan alumni TVET kita,” katanya.

Beliau berkata KSM telah melancarkan Unit Pengambilan TVET (UPTVET) bagi menyelaraskan permohonan dan mengelakkan pertindihan pada laman sesawang https://mohon.tvet.gov.my.

 

Sumber : Bernama
Pautan :Bernama

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.