kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Tujuh amalan terbaik kendali media sosial elak ancaman siber

KEMAJUAN teknologi telefon pintar dengan pelbagai fungsi canggih dibina dan dilancarkan setiap tahun serta promosi pelbagai pakej bersama data jalur lebar menarik, menjadi penyumbang terbesar kepada pertambahan pengguna media sosial di negara ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) merekodkan 28 juta pengguna media sosial di negara ini, iaitu 86 peratus daripada jumlah rakyat.

Kajian terhadap pengaruh media sosial dalam kalangan belia pula menunjukkan angka tertinggi, iaitu penggunaan internet dan telefon pintar melebihi lima jam.

Dapatan utama kajian tanda aras kesedaran keselamatan siber 2021/2022 oleh CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2021 mendapati ketagihan internet antara punca peningkatan risiko keselamatan siber.

Seramai 16,908 responden mengambil bahagian membabitkan 2,955 ibu bapa dan murid sekolah rendah dan menengah, termasuk pendidikan khas (13,953 orang).

Sebenarnya, maklumat peribadi disiar dalam talian boleh mengancam keselamatan diri. Orang ramai boleh mendapat maklumat dengan hanya mencari akaun media sosial.

Paling mudah, tarikh lahir, alamat, nama ibu, sekolah, jadual dan tempat dilawati, manakala maklumat lain pula seperti lokasi peranginan atau tempat lepak, tahun tamat pengajian, bandar tempat tinggal dan jenama serta model kereta.

Penggodam boleh menggunakan butiran ini untuk menggodam akaun media sosial dan menghantar e-mel pancingan direka untuk memperdayakan. Maklumat dikongsi berisiko terdedah kepada umum dan digunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Ancam maklumat, identiti dan kewangan

Lazimnya, tiga bentuk ancaman perlu kita sedari, iaitu terhadap maklumat, identiti dan kewangan. Antara ancaman siber ialah buli siber, antun seksual, pencurian identiti, komuniti tidak selamat, pornografi dan pancingan.

Ancaman siber boleh dielakkan jika pengguna media sosial dapat melakukan amalan terbaik pengendalian akaun media sosial.

● Bina kata laluan kukuh bagi memastikan sukar digodam
● Keluar daripada akaun media sosial setelah selesai digunakan
● Elak muat turun aplikasi tidak diketahui tahap keselamatan
● Pasang perisian keselamatan dan tetapkan keselamatan terkini pada telefon mudah alih
● Jangan benarkan individu lain menggunakan identiti dan kata laluan akaun anda
● Elakkan berkongsi maklumat peribadi berlebihan di media sosial
● Tetapkan keselamatan profil bersesuaian

Kesan tiada pengetahuan menggunakan media sosial boleh mengundang ancaman siber tanpa disedari. Golongan sasaran ialah remaja, termasuk dalam kalangan Orang Asli.

Kajian kumpulan penyelidik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Segamat mengenai kesedaran keselamatan maklumat dan privasi di aplikasi media sosial di sekolah menengah dan sekolah rendah anak Orang Asli mendapati 90 peratus remaja berkenaan menggunakan aplikasi media sosial, tetapi tidak ramai menyedari boleh terdedah kepada ancaman siber.

Bagi mengatasi masalah itu, bengkel pendidikan mengenai tetapan privasi di media sosial diberikan kepada 50 murid Orang Asli.

Realitinya, pengguna perlu fikir dahulu sebelum memuat naik sebarang pos di dalam talian, termasuk sama ada boleh menimbulkan salah faham, siapakah akan membacanya dan apakah menimbulkan rasa iri hati.

Dr Shamsatun Nahar Ahmad,
Pensyarah Kanan Pengajian Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor

Sumber : Berita Harian
Pautan : https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2024/07/1269261/tujuh-amalan-terbaik-kendali-media-sosial-elak-ancaman-siber

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.