kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Iklan Jawatan Penolong Eksekutif Penyelidik (Personel MySTEP)

 

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
PENOLONG EKSEKUTIF PENYELIDIK (PERSONEL MYSTEP)

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

 

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan dan Gred : Penolong Eksekutif Penyelidik (Personel MySTEP)
Penempatan : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Aras 10, Menara KBS, Putrajaya
Taraf Jawatan : Personel MySTEP (Januari hingga Disember 2025)
Kadar Upah : RM 1,900.00
Bilangan Kekosongan : Satu (1)
Keutamaan/ Kelebihan : Mempunyai latar belakang dalam bidang sains sosial atau bidang berkaitan

DESKRIPSI TUGAS

  1. Membantu penyelarasan pelaporan dan pemantauan perancangan strategik IYRES
  2. Membantu pelaksanaan dan penyelarasan penjalinan kerjasama dan rakan strategik IYRES
  3. Membantu melaksanakan Pengurusan Pembangunan.
  4. Membantu pengurusan Perundingan Projek Penyelidikan IYRES.
  5. Membantu mengemaskini penyediaan Pocket Book (kemaskini secara tahunan).
  6. Membantu melaksanakan tugasan dan arahan oleh pegawai dari semasa ke semasa.

 

CARA MEMOHON

(a) Calon-calon yang berminat memohon jawatan boleh mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

Bagi jawatan Penolong Eksekutif Penyelidik

  1. Resume;
  2. Salinan Sijil Kelahiran;
  3. Salinan Kad Pengenalan;
  4. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia;
  5. Salinan Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia;
  6. Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan);
  7. Salinan sijil-sijil ko-kurikulum; dan
  8. Borang permohonan perjawatan (klik di sini untuk muat turun)..

 

(b) Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).

 

(c) Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:

  1. Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan; dan
  2. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

 

(d) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar. Semua permohonan adalah melalui serahan tangan atau kurier sahaja. Permohonan melalui e-mel tidak dibenarkan.

 

(e) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10, Menara KBS,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 W.P PUTRAJAYA
u.p. Unit Pengurusan dan Sumber Manusia

 

(f) Tarikh Iklan : 30 Oktober 2024 hingga 22 November 2024

 

(g) Tarikh Tutup Permohonan : 22 November 2024 (sehingga jam 12.00 tengah hari)

 

(h) Catatan Am :

  1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad; dan
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  3. Tempoh sahlaku permohonan adalah selama tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan.

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.