Berdasarkan Akta 668, Bahagian VII Seksyen 57 fungsi-fungsi Institut yang termaktub adalah seperti berikut:
(a) Untuk bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan;
(b) Untuk mengumpul, mengurus dan menyebarkan maklumat dan menyenggara rekod semua perkara berkaitan yang berhubungan dengan pembangunan belia;
(c) Untuk menjalankan, memudahkan atau membiayai penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan belia;
(d) Untuk mengadakan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan perkhidmatan yang berkaitan berkenaan dengan pembangunan belia;
(e) Untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan lain-lain institusi yang berkaitan di dalam dan di luar Malaysia bagi tujuan mempertingkatkan pembangunan belia;
(f) Untuk menganalisis, menilai dan membuat syor mengenai aktiviti belia yang dianjurkan oleh pertubuhan belia, badan kerajaan, organisasi bukan kerajaan atau manamana organisasi sektor swasta yang lain;
(g) Untuk menjalankan program bercorak pendidikan dan kesedaran untuk menggalakkan pembangunan belia;
(h) Untuk bekerjasama, menyelaras dan menyertai dalam program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa; dan
(i) Untuk melakukan apa-apa perkara lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Kami beriltizam untuk memastikan;
- Setiap pelanggan mendapat layanan yang adil, mesra dan saksama semasa mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan;
- Setiap pelanggan mendapat penjelasan lanjut beserta maklumat terkini mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan;
- Setiap pelanggan menerima khidmat nasihat dan perundingan berkaitan penyelidikan daripada penyelidik yang berpengalaman serta terlatih secara profesional;
- Segala urusan pentadbiran dan perkhidmatan akan dikendalikan dengan cekap, amanah dan diselesaikan dalam masa yang dipersetujui bersama.
VISI
Peneraju Penyelidikan Pembangunan Belia dan Pusat Rujukan Data Belia Menjelang 2035.
MISI
Menjadi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia yang Berpengaruh di Peringkat Nasional dan Serantau secara efisyen dan efektif demi kepentingan Belia Malaysia.
MOTO
Ilmu. Amal. Impak (Knowledge.Action. Impact)