- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2013
- Vol 9 Disember
- KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH UNIT AGAMA, JABATAN PENGAJIAN AM DI POLITEKNIK KPTM ZON UTARA DAN TENGAH
KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH UNIT AGAMA, JABATAN PENGAJIAN AM DI POLITEKNIK KPTM ZON UTARA DAN TENGAH
Kepuasan bekerja merupakan salah satu aspek yang penting dalam memastikan kualiti sesuatu perkhidmatan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan bekerja dan faktor-faktor kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah unit agama di politeknik zon Utara dan zon Selatan. Kajian ini melibatkan 73 orang pensyarah daripada populasi 105 orang pensyarah unit agama. Instrument yang digunakan adalah adaptasi daripada soal selidik Hasbullah (2012), juga merujuk kepada kajian Jazmi (2009) dan Thurayya (2000) dengan nilai alpha Cronbanch 0.919 bagi aspek kepuasan bekerja dan 0.875 bagi aspek faktor kepuasan bekerja. Data dianalisis menggunakan kiraan frekuensi, peratusan, min, sisihan lazim dan ujian t. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan bekerja adalah sederhana secara keseluruhannya (skor min 3.20, SP=0.44). Faktor rakan sekerja merupakan faktor yang berada pada tahap tinggi menyumbang kepuasan bekerja (skor min 3.68, SP=0.80), faktor-faktor lain kesemuanya berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga memperlihatkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan tahap kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah berdasarkan zon politeknik dan gender. Kajian lanjutan boleh dilaksanakan di politeknik zon Tengah dan Timur. Dapatan kajian ini telah menghasilkan beberapa aspek yang perlu dibuat penambahbaikan untuk meningkatkan tahap kepuasan dan sekali gus kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa.
Kata Kunci: Kepuasan Bekerja, Faktor Kepuasan Bekerja, Pensyarah Unit Agama Politeknik