- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2013
- Vol 9 Disember
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi Mat Rempit terlibat dalam tingkah laku agresif di Pulau Pinang. Seramai 25 orang responden dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian ini menggunakan kaedah indept-interview (temu duga mendalam) yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai respon responden terhadap aspek persoalan kajian yang dikaji. Terdapat empat persoalan kajian yang diutarakan adalah faktor diri sendiri, keluarga, pengaruh rakan sebaya dan kurangnya penghayatan dan pendidikan agama. Penggunaan perisian Nvivo7 digunakan dalam proses menganalisis data kualitatif adalah bertujuan memudahkan dan mempercepatkan proses mengurus, menganalisis dan mentafsir data-data kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan faktor diri sendiri dan rakan sebaya paling mempengaruhi responden terlibat dalam tingkah laku agresif berbanding faktor keluarga dan faktor kurangnya penghayatan dan pendidikan agama. Walau bagaimanapun, analisis mendapati faktor kurangnya penghayatan dan pendidikan agama bukan faktor penting responden terlibat dalam tingkah laku agresif.
Kata Kunci: Mat Rempit, Tingkah Laku Agresif, Diri Sendiri, Keluarga, Rakan Sebaya, Kurang Penghayatan dan Pendidikan Agama
Trusting, open and voluntarily established personal relationships between youth workers and young people have been central to youth work since the 1960s, and youth work’s educational traditions emphasize an optimistic and hopeful account of youth and young people. Recent changes in public services, broadly associated with neo-liberal political ideology, have led to a policy departure from youth work’s informal educational aims. Youth workers are increasingly required to adopt a more instrumental approach to achieving auditable objectives, typified by targeted work with so-called at risk young people. The paper argues that this broad shift undermines youth work’s educational centre of gravity and moves it from a broadly expressive to an instrumental register, threatening youth work’s distinctive educational and social identity.
Keywords: Youth, Policy, Professionalism, Education, Audit, Managerialism
Pembangunan belia sebagai aset negara perlu diberi fokus utama bagi memastikan kemajuan sesebuah negara berlangsung dengan sempurna. Ini kerana maju atau mundur sesebuah negara turut diukur daripada kualiti akhlak belianya pada hari ini. Ibu bapa dan rakan sebaya merupakan faktor penting dalam proses pembentukan akhlak belia. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan pendidikan keagamaan oleh ibu bapa dan pertautan rakan sebaya dengan penghayatan akhlak islam dalam kalangan belia universiti. Pemilihan sampel dalam kajian ini dilakukan secara rawak berstrata melibatkan 403 sampel daripada kalangan belia universiti yang berusia antara 19 hingga 25 tahun. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 20 dengan menggunakan kaedah analisis inferensi korelasi pearson. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan sederhana (r=.45, p=.000) antara pendidikan keagamaan oleh ibu bapa dengan penghayatan akhlak islam, manakala antara pertautan rakan sebaya dengan penghayatan akhlak islam pula wujudnya hubungan signifikan rendah (r=.29, p=.000). Hasil penemuan kajian ini diharap memberi input kepada agensi-agensi yang terlibat dengan pembangunan belia dan masyarakat supaya mengambil kira faktor pendidikan keagamaan oleh ibu bapa dan pertautan rakan sebaya dalam program pembangunan belia.
Kata Kunci: Belia, Pendidikan Keagamaan, Ibu Bapa, Pertautan Rakan Sebaya, Akhlak
Artikel ini bertujuan untuk meneliti persepsi belia terhadap parti politik dan melihat sejauh mana tahap penglibatan politik belia di Selangor. Seramai 500 orang responden telah dipilih melalui kaedah pengiraan “Probability Proportional to Size” (PPS) Cluster Sampling dan maklumat dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diisi sendiri oleh responden. Ujian deskriptif diguna untuk melihat latar belakang responden, persepsi belia terhadap parti politik dan tahap penglibatan politik mereka. Manakala ANOVA digunakan bagi melihat perbezaan penglibatan belia dalam politik antara kaum di Selangor. Daripada sampel kajian seramai 236 orang (47.2%) lelaki dan 264 orang (52.8%) perempuan berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun telah dikenal pasti bagi menjawab soalan kaji selidik. Hasil kajian mendapati persepsi belia terhadap parti politik berada pada tahap sederhana iaitu 62.0 % bagi Parti Barisan Nasional dan 70.6% bagi Pakatan Rakyat. Dapatan kajian juga memaparkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penglibatan belia dalam politik dengan kaum Melayu, Cina dan India (p>0.05). Kajian ini juga telah menunjukkan kerajaan yang baik dan cekap menyelesaikan masalah rakyat akan dipilih golongan belia kerana persepsi belia terhadap Parti Politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat berada pada tahap sederhana dan persepsi ini boleh berubah pada bila-bila masa. Manakala tahap penglibatan politik yang rendah ini perlu dipandang serius dan usaha berterusan perlu dijalankan bagi memupuk semangat untuk terlibat dalam politik oleh golongan belia.
Kata Kunci: Persepsi,Parti Politik, Penglibatan Politik, Belia
Kajian mengenai toleransi sosio agama di Malaysia penting dalam usaha memahami hubungan sesama manusia. Selain itu, ia merupakan nilai yang mengikat ahli masyarakat dalam mementingkan kesejahteraan sosial dalam kehidupan harian mereka. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi, tahap kesediaan dan tingkah laku masyarakat terhadap toleransi sosio agama di Sabah dan Sarawak. Berdasarkan kajian yang dijalankan ini, ia bakal mengemukakan bukti empirikal gambaran sebenar toleransi antara penganut agama di Sabah dan Sarawak. Kajian ini melibatkan 400 orang responden secara survei berasaskan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan masyarakat di Sabah dan Sarawak mempunyai persepsi positif (98%) terhadap toleransi sosio agama. Sikap terhadap toleransi sosio agama pula pada tahap yang tinggi (91.5%), dan tahap tingkah laku juga menunjukkan pada tahap tinggi iaitu 54%.
Kata Kunci: Persepsi, Kesediaan, Tingkah Laku, Toleransi, Sosio Agama
- KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH UNIT AGAMA, JABATAN PENGAJIAN AM DI POLITEKNIK KPTM ZON UTARA DAN TENGAH
- PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA DALAM KALANGAN BELIA BANDAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA
- TEKAD KEUSAHAWANAN TANI DALAM KALANGAN BELIA PELAJAR PERTANIAN SEKOLAH MENENGAH
- THE INFLUENCE OF FINANCIAL KNOWLEDGE, FINANCIAL PRACTICES AND SELF-ESTEEM ON MONEY MANAGEMENT SKILLS OF YOUNG ADULTS