kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

JPA perlu perluas skim jawatan graduan TVET - MBOT

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu segera menyelesaikan isu penerimaan serta pengiktirafan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di dalam sektor awam yang kini terhad kepada beberapa skim perkhidmatan dan tidak menyeluruh.

Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Prof Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, berkata ketika ini, kelulusan program bagi diploma kemahiran, diploma teknologi atau ijazah sarjana muda teknologi dalam bidang TVET tidak dinyatakan dalam syarat lantikan ke dalam jawatan atau skim perkhidmatan berkaitan teknologi dan teknikal dalam perkhidmatan awam.

"Ini sekali jawatan berkaitan pengkhususan itu terhad kepada beberapa skim perkhidmatan saja dan tidak terbuka secara secara menyeluruh.

"Jadi isu penting ini perlu diberi perhatian dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kena memaklumkan syarat lantikan dibuat berdasarkan keperluan serta cadangan yang dikemukakan oleh setiap ketua skim perkhidmatan berkaitan," katanya kepada BH, hari ini.

Kebelakangan ini, timbul dakwaan mengatakan Diploma TVET yang dikeluarkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), tidak diiktiraf JPA untuk diguna pakai dalam skim perkhidmatan awam.

Selain itu, Siti Hamisah berkata, pihak berkenaan juga harus segera menyelesaikan isu graduan TVET yang menerima gaji yang lebih rendah berbanding dengan graduan profesional lain walaupun mengisi jawatan sama.

"Ada graduan TVET diterima masuk ke dalam beberapa skim perkhidmatan awam, namun ketiadaan bidang teknologi atau kemahiran dalam syarat lantikan menyebabkan graduan itu menerima gaji lebih rendah walaupun mereka mempunyai skop kerja sama.

"Situasi ini tidak selari dengan kesetaraan penarafan tahap pendidikan yang diberikan oleh pihak MQA melalui Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

"Selain itu, ia turut memberikan gambaran graduan TVET hanya menjadi golongan kelas kedua dalam sektor awam, sekali gus memberi kesan negatif kepada minat belia untuk menceburi bidang TVET," katanya.

Justeru, beliau berkata, penetapan gaji minimum yang setara perlu dilaksanakan supaya graduan TVET tidak dilihat sebagai graduan kelas kedua.

"Penetapan gaji setara ini juga seiring usaha kerajaan untuk mengangkat martabat TVET melalui pelbagai inisiatif strategik termasuk penubuhan Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Pada masa sama, MBOT berharap JPA terus menyokong usaha memartabatkan TVET di negara ini khususnya dengan mengenalkan beberapa usaha seperti pelan jangka panjang oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memantapkan ekosistem dan kualiti graduan TVET," katanya.

Sumber: Berita Harian

Pautan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1274424/jpa-perlu-perluas-skim-jawatan-graduan-tvet-mbot

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.