Artikel IYRES: Penggunaan Lagu Kebangsaan Dan Bendera Negara Dalam Membangkitkan Semangat Patriotisme Di Kalangan Belia
Tajuk | Penggunaan Lagu Kebangsaan Dan Bendera Negara Dalam Membangkitkan Semangat Patriotisme Di Kalangan Belia |
Author | UNIT PENERBITAN |
Tahun Terbit | 2016 |
Muat Turun | |
Deskripsi |
PENGGUNAAN LAGU KEBANGSAAN DAN BENDERA NEGARA DALAM MEMBANGKITKAN SEMANGAT PATRIOTISME DI KALANGAN BELIA Yohan Kurniawan1, Noor Raihani Bt Zainol2, Nursalihah Bt Ahmad Raston2, Hishamuddin Md Som2, dan Zainai Bin Mohamed3 1Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, UMK 2Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK 3Zainai Bin Mohamed, UTM Razak School of Engineering & Advance Technology Abstrak Penggunaan lagu kebangsaan dan bendera negara merupakan elemen penting yang menjadi pencetus kepada semangat patriotisme di kalangan belia di Malaysia. Secara amnya, tahap patriotisme yang rendah memberi kesan terhadap perasaan individu untuk menghargai dan mencintai negara yang mengakibatkan kurangnya sokongan belia terhadap kerajaan yang memerintah. Ini akan menimbulkan pemasalahan sosial di kalangan belia seperti pemberontakan, vandalisme, dan kemusnahan institusi negara. Objektif kajian ini adalah mengkaji kesan penggunaan lagu kebangsaan dan bendera Malaysia terhadap wujudnya semangat patriotisme di kalangan belia di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang menggunakan teknik purposive sampling untuk mengedar soalan kaji selidik kepada responden. Responden kajian terdiri daripada mahasiswa/mahasisiwi di IPTA dan IPTS di Malaysia seramai 1011 orang. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah (lagu kebangsaan dan lambang Negara) terhadap semangat patriotisme dan sikap cintakan tanah air. Kata Kunci: patriotisme: lagu kebangsaan, bendera negara, Malaysia. |