Academic Attachement Programme (ACAP)
Academic Attachement Programme (ACAP) merupakan satu inisiatif yang ditawarkan IYRES kepada individu yang berminat menjadi mentor penyelidikan dalam bidang pembangunan belia kepada warga IYRES. Individu yang diperlukan mestilah mempunyai kemahiran Coaching, Guidance, Mentoring. Individu tersebut juga akan turut sama terlibat dalam melaksanakan penyelidikan sebagai memenuhi aktiviti teras IYRES.
Syarat-syarat Permohonan :
i. Syarat utama adalah individu yang mempunyai kelayakan akademik bermula Ijazah Kedoktoran (Ph.D) mengkhusus dalam sesuatu bidang (expert in particular field) melibatkan pembangunan belia;
ii. Keutamaan diberikan kepada ahli akademik yang pernah menjalani sabatikal dari mana-mana institusi pendidikan;
iii. Berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan khususnya pembangunan belia; dan
iv. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja; dan
v. Tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
Cara Permohonan :
i. Menghantar permohonan beserta resume kepada alamat berikut;
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10, Menara KBS,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 W.P Putrajaya
No Tel : +603-88713640
No Faks : +603-88713342
ii. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi urusetia di talian +603-88713640 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..