kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA : “TVET SATU PILIHAN”

MAKLUMAT AKTIVITI Tarikh    : 15 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa      : 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat   : UniKL IPROM, Cheras Kuala Lumpur

PENDAHULUAN

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan program Persidangan Meja Bulat Belia bagi Siri Ke-4 tahun 2016 yang bertajuk “TVET Satu Pilihan”. Persidangan ini telah diadakan pada 15 Oktober 2016 dengan kerjasama UniKL IPROM bertempat di Dewan Aras 3, UniKL IPROM, Cheras, Kuala Lumpur.

Persidangan kali ini melibatkan beberapa golongan intelektual yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung dengan industri TVET, agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pensyarah, guru dan pelajar kolej serta sekolah yang mengambil aliran teknikal dan vokasional. Persidangan ini lebih memfokuskan kepada hala tuju pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional terhadap golongan belia di samping memperkasakan bidang TVET di Malaysia.

 

OBJEKTIF PERSIDANGAN Persidangan ini diadakan adalah bertujuan untuk: 2.1 Membuka minda dan memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai pelbagai dimensi kerjaya bidang TVET; 2.2 Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan peserta berkaitan kualiti pembangunan dan pengukuhan bidang teknik dan vokasional; 2.3 Menarik minat belia untuk memilih TVET sebagai bidang kerjaya; 2.4 Menyediakan platfrom kepada belia/peserta untuk menyuarakan pendapat dan pandangan berkaitan senario TVET di Malaysia; dan 2.5 Menghasilkan input untuk rujukan kepada pihak penggubal dasar dalam membuat perancangan strategik penambahbaikan TVET di Malaysia.

ATURCARA Perjalanan program Persidangan Meja Bulat Belia ini adalah seperti berikut: 9.00 pagi - Pendaftaran Peserta
- Sarapan Pagi
- Bacaan Doa 10.10 pagi - Ucapan Aluan
Y.BRS. DR. ZAINAH SHARIFF
Ketua Pegawai Eksekutif IYRES 10.15 pagi - Taklimat Moderator
DR. MOHD ZOLKIFLI ABD HAMID
Pensyarah Kanan, UTM Skudai, Johor 10.30 pagi - PEMBENTANGAN I
EN. MUHAMMAD GHAZALI ABDUL AZIZ
Chief Special Purpose Vehicle
Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF)
“Inisiatif TVET Menangani Isu Pengangguran Belia” - PEMBENTANGAN II
EN. JOHAN MAHMOOD MERICAN
Timbalan Ketua Pengarah
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
(Seksyen Modal Insan)
“TVET as a Game Changer” - PEMBENTANGAN III
DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN
Pengarah Pemantauan Projek
Jabatan Pembangunan Kemahiran
“Kemahiran Menjamin Masa Depan” 11.30 pagi - Sesi soal jawab bagi Pembentangan I, II dan III 12.15 tgh hari - Rehat/makan tengah hari 2.00 petang - SESI FORUM - “TVET Pemacu Masa Depan Negara”
- Ahli Panel I
DR. IR AZMI AHMAD
Pengarah IKTBN Sepang
- Ahli Panel II
DR. MOHD YUSOFF ABU BAKAR
Pengarah IKTBN Temerloh - Ahli Panel III
EN. DAYANDRAN INDRAN
Penolong Pengurus, FUSO Technical & Training
Mercedez-Benz Malaysia - Ahli Panel IV
PN. ERNI DEKRITAWATI YULIANA BUHARI
Ketua Pegawai Eksekutif, Nouvelle Beauty
Centre Sdn. Bhd. - Sesi Soal Jawab Forum 3.15 petang - Pengesahan Resolusi 3.45 petang - KETIBAAN YBRS. TUAN NIK ABD KADIR
NIK MOHAMMAD
Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia 4.00 petang - Pembentangan Resolusi Persidangan Meja Bulat Belia:
TVET Satu Pilihan - Sesi Penyerahan Resolusi Persidangan Meja Bulat Belia:
TVET Satu Pilihan daripada wakil belia kepada wakil Kementerian 4.30 petang - Jamuan ringan dan Bersurai KEHADIRAN DAN PENYERTAAN Secara keseluruhannya, penyertaan bagi Persidangan Meja Bulat Belia: “TVET Satu Pilihan” adalah seramai 135 orang peserta, 3 pembentang kertas kerja dan 4 orang panel forum. Butiran terperinci adalah seperti berikut: Tetamu Kehormat : Tuan Nik Abdul Kadir Nik Mohammad
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Kementerian Belia Dan Sukan Moderator : Dr. Mohd. Zolkifli Bin Abd Hamid
Pensyarah Kanan, UTM Skudai, Johor Pembentang : 1. En. Muhammad Ghazali Bin Abdul Aziz
Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF)
2. En. Johan Mahmood Merican
Unit Perancang Ekonomi (Seksyen Modal Insan), Jabatan Perdana Menteri Jabatan Pembangunan Kemahiran Panel Forum : 1. Dr. Ir. Azmi Ahmad
Pengarah IKTBN Sepang
2. Dr. Mohd Yusoff Abu Bakar
Pengarah IKTBN Temerloh
3. En. Dayandran Indran
Penolong Pengurus
FUSO Technical & Training, Mercedez-Benz Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif
Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd.

PECAHAN PENYERTAAN
Pecahan penyertaan mengikut Kementerian, Jabatan, Agensi, NGO dan Individu adalah seperti berikut:

Bil Kementerian/Jabatan/Agensi/ NGO/Individu Bilangan Kehadiran
1. Bahagian Pembangunan Belia, KBS 2
2. IKTBN Sepang 5
3. Institut Sukan Negara 3
4. Majlis Sukan Negara Malaysia 4
5. Akademi Golf KBS 42
6. Individu 3
7. Walk In 39
8. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional, KPM 2
9. German Malaysian Institute (GMI) 3
10. Pelajar 2
11. Pusat Latihan Kemahiran Ikhtisas 1
12. KEMAS Selangor 1
13. Sekretariat Khas Usahawan Belia India, JPM 1
14. UniKL Malaysian France Institute (MFI) 1
15. GIATMARA 4
16. Akademi Usahawan Mikro 2
17. Pertubuhan Anak Melayu Bersatu (Wilayah Tengah) 6
18. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 3
19. UniKL MIMET 4
20. Aerospace 1
21. Kolej Vokasional Sepang 4
22. Kolej Vokasional Gombak 2
JUMLAH KESELURUHAN 135

RUMUSAN PERSIDANGAN Secara keseluruhan, peserta Persidangan Meja Bulat Belia yang bertemakan TVET Satu Pilihan telah bersama-sama berbincang secara aktif dan menyuarakan pandangan serta pendirian berkaitan isu TVET di Malaysia. Hasil perbincangan dan pandangan tersebut telah berjaya dikumpul dan direkodkan sebagai resolusi persidangan. Persidangan ini telah menghasilkan 17 resolusi seperti berikut: Belia Malaysia dan peserta persidangan telah bersetuju menerima, melaksana dan menggesa beberapa saranan dan resolusi untuk tindakan seperti berikut : Golongan BELIA MENGGESA perlunya transformasi ke atas Institusi TVET agar ianya dapat menarik lebih ramai belia tempatan memilih untuk menyambung pelajaran di Institusi TVET dan boleh mengubah persepsi industri dan ibu bapa terhadap graduan TVET; Golongan BELIA MENYARANKAN agar isu ketidakpadanan (missmatch) penawaran gaji dengan bidang kemahiran dapat dikaji semula agar selaras dengan kelayakan graduan TVET; Golongan BELIA MENGGESA pihak kerajaan agar isu ketidakpadanan (missmatch) antara bidang pengajian yang ditawarkan dan peluang pekerjaan dikaji semula agar bidang kemahiran yang ditawarkan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja; Golongan BELIA MENCADANGKAN agar pihak kerajaan menyelaraskan data dan modul latihan kepada semua Institusi TVET secara berpusat agar pengukuran prestasi TVET dapat dibangun bagi memudahkan pihak Kerajaan, industri dan golongan belia membuat rujukan dan perancangan yang strategik; Golongan BELIA MENCADANGKAN agar pihak kerajaan menetapkan KPI yang tepat bagi memastikan pihak Institusi TVET memenuhi keperluan semasa industri; Golongan BELIA MENCADANGKAN untuk mewujudkan satu persekitaran yang berdaya saing agar institusi TVET awam dapat menjana pendapatan sendiri dan tidak bergantung kepada peruntukan kerajaan sahaja; Golongan BELIA MENYARANKAN agar institusi TVET dapat menghasilkan graduan yang lebih berkualiti dan berkebolehan dengan memastikan tenaga pengajar TVET terdiri daripada mereka yang berpengalaman; Golongan BELIA MENYARANKAN pihak Kerajaan member fokus kepada bidang TVET berkemahiran tinggi untuk menghasilkan graduan yang dapat bersaing dengan kepakaran dari luar bagi meningkatkan ekonomi Negara; Golongan BELIA MENCADANGKAN agar pihak majikan menyelaras latihan bersama pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dalam meningkatkan kualiti kakitangan dalam melaksanakan tugasan; Golongan BELIA MENYARANKAN agar pihak kerajaan membawa masuk industri nilai tinggi agar adanya keselarian antara kemahiran dan industry supaya belia memperoleh gaji yang setimpal dengan bidang kemahiran yang diceburi; Golongan BELIA MENYARANKAN pihak kerajaan memberi insentif atau dorongan dalam pelbagai bentuk kepada belia untuk memasuki bidang TVET yang mempunyai peluang kerjaya yang lebih jelas; Golongan BELIA MENGGESA agar pendidikan awal mengenai inovasi melalui kemahiran aras tinggi dan rendah (KBAT & KBAR) diberi bermula dari peringkat sekolah rendah; Golongan BELIA MENGGESA agar pembelajaran dari aspek industri nilai tinggi, kerjaya dan inovasi diguna untuk mengukuhkan system pembelajaran dari peringkat sekolah menengah; Golongan BELIA MENGGESA agar pihak kerajaan dapat membantu mengenal pasti potensi diri bersesuaian dengan pengkhususan kemahiran yang diminati belia; Golongan BELIA DISARAN untuk meningkatkan soft skills di samping menguasai bidang kemahiran dalam bidang TVET; Golongan BELIA MENCADANGKAN agar pihak kerajaan dapat mewujudkan program-program berjangka pendek (Boot Camp) mengikut bidang kemahiran TVET yang bersesuaian selari dengan permintaan industri; dan Golongan BELIA MENCADANGKAN agar dapat diwujudkan satu slot di mana Industry Player dapat bertemu dengan para pelajar secara terus supaya dapat mengetahui hala tuju kerjaya dengan lebih jelas.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN KE ATAS RESOLUSI Resolusi persidangan meja bulat belia ini akan dipanjangkan untuk tindakan lanjut Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Bahagian Dasar KBS dan Kementerian Sumber Manusia. Adalah dicadangkan agar resolusi tersebut dapat memandu Kementerian/Bahagian/Agensi yang berkaitanuntuk merangka dan mewujudkan pelan tindakan pembangunan kemahiran yang bersesuaian. PENILAIAN PELAKSANAAN PERSIDANGAN . Penilaian pelaksanaan persidangan telah dibuat melalui borang penilaian program yang dilengkapkan oleh peserta. Adalah didapati bahawa 66.7% peserta persidangan bersetuju bahawa keseluruhan program ini memuaskan. Manakala 63.2% daripada peserta bersetuju objektif persidangan ini telah tercapai dan 57.1% bersetuju bahawa topik yang dibentangkan adalah memuaskan. Antara cadangan dan harapan para peserta untuk penambahbaikan program adalah seperti berikut: Cadangan agar IYRES dapat bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengadakan program seumpama ini di peringkat sekolah; Pengenalan mengenai TVET perlu diperluaskan kepada belia terutama di peringkat sekolah; Mengadakan persidangan secara berkala agar maklumbalas ke atas setiap resolusi persidangan dilaporkan; Komunikasi dua hala di antara penceramah/panel forum dengan peserta program perlu dipertingkatkan; Program seperti ini perlu diteruskan lagi di masa hadapan bagi memberikan pendedahan kepada belia; dan Memperuntukkan lebih masa untuk sesi perbincangan dan soal jawab supaya peserta dapat memahami isu dengan lebih terperinci. PENUTUP Persidangan Meja Bulat Belia bertemakan “TVET Satu Pilihan” telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan aktif daripada pelbagai pihak merangkumi belia, institusi-institusi pengajian, pusat-pusat latihan dan juga penyertaan agensi kerajaan serta swasta. Dapatan penilaian program menunjukkan bahawa Persidangan Meja Bulat Belia: “ TVET Satu Pilihan” ini telah memenuhi keperluan belia dan ianya wajar diteruskan pada masa akan datang dengan bertemakan isu-isu yang selaras dengan keperluan semasa. Disediakan Oleh : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia Dan Sukan

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.