- Laman Utama
- Iklan Jawatan
- Iklan Jawatan Kosong Eksekutif Penyelidik Tetap/Contract Gred S9
Iklan Jawatan Kosong Eksekutif Penyelidik Tetap/Contract Gred S9
IKLAN JAWATAN KOSONG
EKSEKUTIF PENYELIDIK TETAP/KONTRAK GRED S9
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), merupakan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempelawa warganegara Malaysia yang memiliki ciri modal insan berilmu, berkeyakinan, berintegriti, berinovatif, berdaya kreatif, berdedikasi dan berkeperibadian cemerlang untuk mengisi kokosongan jawatan Pegawai Belia dan Sukan (Eksekutif Penyelidik) Gred S9. Kekosongan jawatan adalah seperti berikut:-
JAWATAN : PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (GRED S9) TETAP / CONTRACT FOR SERVICE
BILANGAN KEKOSONGAN : 2
GAJI MINIMUM : RM2,250.00
GAJI MAKSIMUM : RM11,110.00
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 14 FEBRUARI 2025
SYARAT UTAMA LANTIKAN
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : SOSIAL
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN : TETAP/ CONTRACT FOR SERVICE
- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (interim) selama 3 tahun; dan
- Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,250.00); atau - Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00)
KELAYAKAN BAHASA MELAYU : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
- mempunyai kelayakan di perenggan 1;
- lulus Peperiksaan Khas;
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA / PEPERIKSAAN : Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya ke Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan
DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan- kegiatan berkenaan, memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan belia dan sukan, merancang dan juga melaksanakan program pembangunan belia dan sukan.
SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
PERMOHONAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN
1. Pemohon hendaklah mengisi borang yang boleh di muat turun melalui pautan berikut: BORANG PERMOHONAN PEKERJAAN: PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (EKSEKUTIF PENYELIDIK) GRED S9 (TETAP/ CONTRACT FOR SERVICE).
2. Pemohonan hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan yang dimiliki tepat dengan bidang yang diiklankan.
3. Sila kemukakan resume terkini beserta gambar berukuran passport terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sijil tamat pengajian lengkap dengan transkrip. Semua salinan sijil tersebut perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
4. Pemohon yang sedang berkhidmat di dalam perkhidmatan Kerajaan sama ada secara Tetap ataupun Kontrak perlu mengemukakan satu (1) salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tempoh tiga (3) tahun perlu dilampirkan.
5. Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumat-maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.
6. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.
7. Semakan pengiktirafan kelayakan sijil/ diploma/ ijazah sarjana muda/ ijazah sarjana/ ijazah doktor falsafah boleh dibuat melalui laman web Agensi Kelayakan Malaysia iaitu www2.mqa.gov.my.
8. Pemohon yang melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
9. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
10. Permohonan hendaklah dihantarkan ke dalam sampul surat dan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat berkenaan ditulis dengan huruf besar
“JAWATAN KOSONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (EKSEKUTIF PENYELIDIK) GRED S9” ke alamat seperti berikut:
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan
Aras 10, Menara KBS, No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 PUTRAJAYA
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)
11. Permohonan secara dokumen fizikal dengan serahan tangan/ pos laju sahaja yang akan diterima. Salinan permohonan secara atas talian tidak akan dilayan.
12. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 14 Februari 2025.