kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Lembaga Pengarah

Fungsi

Berdasarkan Akta 668, Bahagian VII Seksyen 57 fungsi-fungsi Institut yang termaktub adalah seperti berikut:

(a) Untuk bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan;

(b) Untuk mengumpul, mengurus dan menyebarkan maklumat dan menyenggara rekod semua perkara berkaitan yang berhubungan dengan pembangunan belia;

(c) Untuk menjalankan, memudahkan atau membiayai penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan belia;

(d) Untuk mengadakan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan perkhidmatan yang berkaitan berkenaan dengan pembangunan belia;

(e) Untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan lain-lain institusi yang berkaitan di dalam dan di luar Malaysia bagi tujuan mempertingkatkan pembangunan belia;

(f) Untuk menganalisis, menilai dan membuat syor mengenai aktiviti belia yang dianjurkan oleh pertubuhan belia, badan kerajaan, organisasi bukan kerajaan atau manamana organisasi sektor swasta yang lain;

(g) Untuk menjalankan program bercorak pendidikan dan kesedaran untuk menggalakkan pembangunan belia;

(h) Untuk bekerjasama, menyelaras dan menyertai dalam program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa; dan

(i) Untuk melakukan apa-apa perkara lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

 carta organisasi update

 

 

 

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam untuk memastikan;

  1. Setiap pelanggan mendapat layanan yang adil, mesra dan saksama semasa mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan;
  2. Setiap pelanggan mendapat penjelasan lanjut beserta maklumat terkini mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan;
  3. Setiap pelanggan menerima khidmat nasihat dan perundingan berkaitan penyelidikan daripada penyelidik yang berpengalaman serta terlatih secara profesional;
  4. Segala urusan pentadbiran dan perkhidmatan akan dikendalikan dengan cekap, amanah dan diselesaikan dalam masa yang dipersetujui bersama.

Visi, Misi & Moto

VISI

Peneraju Penyelidikan Pembangunan Belia dan Pusat Rujukan Data Belia Menjelang 2035.

 

MISI

Menjadi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia yang Berpengaruh di Peringkat Nasional dan Serantau secara efisyen dan efektif demi kepentingan Belia Malaysia.

 

MOTO

Ilmu. Amal. Impak (Knowledge.Action. Impact)

Sub-kategori

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.