- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2009
- Vol 1 Jun
- Kepuasan Kerja Belia Beruniform_ Kes Anggota Armada Laut, TLDM
Malaysian Journal of Youth Studies - 2009
Kepuasan Kerja Belia Beruniform_ Kes Anggota Armada Laut, TLDM
Pembangunan modal insan adalah agenda penting dalam pelan Rancangan Malaysia. Kepentingan golongan belia telah diberikan fokus ekoran penglibatan aktif mereka terutama dalam sektor pekerjaan. Dua objektif kajian ini adalah untuk memerihalkan tahap kepuasan kerja dan tekanan kerja serta menentukan perkaitan antara tekanan kerja dan kepuasan kerja di kalangan belia dalam kerjaya ketenteraan. Sebanyak 120 anggota Tentera Laut yang dipilih melalui pensampelan rawak berlapis berkadar daripada tujuh buah kapal TLDM. Kaedah pengisian sendiri borang soal selidik digunakan untuk pengumpulan data. Alat pengukuran bagi tekanan kerja dan kepuasan kerja adalah melalui Quantitative Workload Scale (Spector & Jex, 1998; alpha=.78), dan Job Satisfaction Survey (Spector, 1985; alpha=.87) masing-masingnya. Majoriti responden mempunyai tahap tekanan kerja (n=88, 73.3%) dan kepuasan kerja (n=69,57.5%) yang sederhana. Justeru, organisasi harus mempertingkat kesihatan psikologi anggota tentera dengan meningkatkan modal insan melalui program penerapan semangat berpasukan selain daripada meningkatkan pengurusan sumber manusia dengan aplikasi Sistem Divisyen (Pendekatan Kaunseling Kelompok). Keadilan dalam hak terhadap faedah sampingan dan penghargaan organisasi akan menjurus kepada kepuasan, mengurangkan konflik berhubung polisi organisasi dan memberikan kursus-kursus untuk peningkatan prestasi.
Kata Kunci: Tekanan Kerja, Kepuasan Kerja, Anggota Tentera Laut