- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2013
- Vol 9 Disember
- MAT REMPIT DAN TINGKAH LAKU AGRESIF: KAJIAN KES DI PULAU PINANG, MALAYSIA
MAT REMPIT DAN TINGKAH LAKU AGRESIF: KAJIAN KES DI PULAU PINANG, MALAYSIA
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi Mat Rempit terlibat dalam tingkah laku agresif di Pulau Pinang. Seramai 25 orang responden dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian ini menggunakan kaedah indept-interview (temu duga mendalam) yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai respon responden terhadap aspek persoalan kajian yang dikaji. Terdapat empat persoalan kajian yang diutarakan adalah faktor diri sendiri, keluarga, pengaruh rakan sebaya dan kurangnya penghayatan dan pendidikan agama. Penggunaan perisian Nvivo7 digunakan dalam proses menganalisis data kualitatif adalah bertujuan memudahkan dan mempercepatkan proses mengurus, menganalisis dan mentafsir data-data kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan faktor diri sendiri dan rakan sebaya paling mempengaruhi responden terlibat dalam tingkah laku agresif berbanding faktor keluarga dan faktor kurangnya penghayatan dan pendidikan agama. Walau bagaimanapun, analisis mendapati faktor kurangnya penghayatan dan pendidikan agama bukan faktor penting responden terlibat dalam tingkah laku agresif.
Kata Kunci: Mat Rempit, Tingkah Laku Agresif, Diri Sendiri, Keluarga, Rakan Sebaya, Kurang Penghayatan dan Pendidikan Agama