- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2018
- Vol 18 Jun
- ADAPTASI MAHASISWA SABAH DAN SARAWAK DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ADAPTASI MAHASISWA SABAH DAN SARAWAK DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, agama dan bahasa serta status sosioekonomi yang secara langsung telah membentuk masyakat multibudaya dengan identiti tersendiri. Dalam konteks Sabah dan Sarawak khususnya komposisi etnik yang lebih rencam ternyata menjadikan identiti yang lebih kompleks dan rumit untuk difahami dengan oleh komuniti di Semenanjung Malaysia. Oleh hal yang demikian, perbezaan identiti budaya masyarakat Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia ini dilihat boleh membawa kepada permasalahan dari segi adaptasi antara dua atau lebih kumpulan identiti budaya yang berbeza. Timbul dua persoalan utama dalam hal ini iaitu berkaitan dengan keupayaan dalam adaptasi oleh etnik Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia dan berkaitan juga dengan aspek paling menonjol yang menjadi permasalahan dalam proses adaptasi tersebut. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ke atas mahasiswa wanita Sabah dan Sarawak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)adalah untuk meneliti gaya dan proses adaptasi budaya di samping permasalahan yang dihadapi selama tempoh pengajian mereka di universiti ini. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu pengedaran soal selidik berbentuk terbuka kepada 60 orang mahasiswa wanita Sabah dan Sarawak. Dapatan kajian menunjukkan kumpulan mahasiswa ini mempunyai gaya keterbukaan dan tolak ansur dengan keupayaan adaptasi yang tinggi terhadap identiti budaya etnik lain. Pada masa yang sama mereka berhadapan dengan masalah adaptasi dari aspek bahasa dan agama khususnya daripada segi kemudahan dan prejudis apabila menggunakan bahasa etnik dan amalan keagamaan. Ternyata satu langkah bersepadu perlu dirangka dan dilaksanakan di universiti awam Malaysia sebagai persediaan mendepani masalah adaptasi dan toleransi identiti budaya antara mahasiswa khususnya dari Sabah dan Sarawak. Kata Kunci: Mahasiswa Sabah dan Sarawak, Identiti Budaya & Adaptasi