kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PREVALENS DAN FAKTOR PSIKOLOGIKAL TINGKAH LAKU MENCEDERAKAN DIRI TANPA NIAT MEMBUNUH DIRI: SATU TINJAUAN LITERATUR

Penglibatan golongan remaja dalam tingkah laku mencederakan diri tanpa niat membunuh diri atau non-suicidal self-injury (NSSI) dilihat semakin kerap dan amat membimbangkan. Tingkah laku yang dilakukan oleh golongan ini juga dilihat mampu memudaratkan diri sendiri baik dari segi fizikal dan mental. Selain daripada faktor sosial dan persekitaran, faktor dalaman seseorang individu iaitu faktor psikologikal; turut memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku mencederakan diri dalam seseorang individu. Justeru, tinjauan literatur mengenai isu ini membincangkan aspek psikologikal NSSI dan juga aspek-aspek kritikal lain seperti prevalens, bentuk-bentuk NSSI serta perkaitannya dengan perbuatan membunuh diri. Berdasarkan kajian-kajian yang pernah dijalankan di luar negara, dua faktor psikologikal yang diutarakan dalam tinjauan literatur ini ialah faktor pengherotan kognitif dan penghargaan kendiri. Pemahaman yang mendalam tentang faktor-faktor psikologikal yang menjadi asas kepada tingkah laku mencederakan diri tanpa niat membunuh diri ini dapat memberi pendedahan tentang kecenderungan faktor psikologikal yang menyebabkan seseorang melakukan tingkah laku devian ini. Tambahan lagi, pengetahuan tentang faktor-faktor psikologikal ini dapat memberi pendedahan kepada agensi kaunseling dan kesihatan mental bagi mengenalpasti langkah pencegahan proaktif serta intervensi yang boleh diambil untuk membanteras tingkah laku berbahaya ini.

Kata Kunci: mencederakan diri tanpa niat membunuh diri, faktor psikologi, pengherotan kognitif, penghargaan kendiri, prevalen

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.