Pengumuman
Assalamualaikum w.b.t / Selamat sejahtera
JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: RADIKALISME VS EKSTREMISME
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan Persidangan Meja Bulat Belia dengan membawa tajuk Radikalisme vs Ekstremisme bagi siri pertama bagi tahun 2016. Pelaksanaan persidangan ini bertujuan membuka peluang kepada para peserta terutama kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan, maklum balas mahupun reaksi berkaitan isu yang menjadi ancaman keselamatan dan keharmonian negara iaitu ideologi, karakter dan perkembangan terkini tentang radikalisme dan cara bagaimana untuk menangani keganasan ekstrem.
3. Sehubungan itu, pihak IYRES dengan ini berbesar hati untuk menjemput YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan , untuk bersama-sama menghadiri persidangan ini mengikut ketetapan berikut:-
Tarikh : 27 Februari 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat : MaGIC, Cyberjaya
Pakaian : Smart Casual
4. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Borang Pengesahan Persetujuan Kehadiran untuk diisi oleh YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan dan dikembalikan bagi tindakan selanjutnya oleh pihak IYRES. Untuk keterangan lanjut, YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Noor'Ayu Sharif (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) di talian 03-8871 3640 atau fax ke 03-8871 3342.
**Borang Pengesahan Persetujuan Kehadiran perlu diemelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 22 Februari 2016.
MAKLUMAT AKTIVITI
Tarikh : 22 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan Komanwel, Institut Sukan Negara,Bukit Jalil,Kuala Lumpur
VIP : YBRS. DR. WASITAH HJ. OHD YUSOF
Ketua Pegawai Eksekutif, IYRES
Mewakili Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia
MAKLUMAT PENYERTAAN
Jumlah penyertaan adalah seramai 78 orang peserta yang terdiri daripada wakil kementerian/agensi, kakitangan sektor swasta, pertubuhan/persatuan belia, pelajar universiti dan individu perseorangan. Berdasarkan jumlah penyertaan tersebut seramai 75 orang Kaum Melayu, 2 orang kaum Cina dan India 1 orang.
LATAR BELAKANG
-
Mutakhir ini fenomena kebankrapan di kalangan generasi belia semakin memuncak dan terpampang di dada-dada akhbar. Berdasarkan laporan Berita Harian bertarikh 19 Oktober 2014, sejumlah 2,491 individu belia berumur 25 tahun ke bawah diisytiharkan bankrap dalam tempoh Januari – Jun 2014. Manakala bagi belia yang berusia 35 tahun hingga 40 tahun pula ada;ah berjumlah 4,121 individu.
-
Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seseorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah mahkamah. Segala harta kepunyaan bankrap terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi dan Ketua Pengarah Insolvensi bertanggungjawab untuk menghasilkan dan menjual semua harta tersebut. Harta jualan akan diagihkan kepada pemiutang yang memfailkan bukti hutang dalam kes kebankrapan.
Sumber: Jabatan Insolvensi Malaysia (MDL) di dalam Statistik Belia Malaysia, Data Semasa 2013, Volume 3, IYRES, 2014.
-
Merujuk Jabatan Insolvensi Malaysia (MDL), 2014, seramai 60 orang diisytiharkan muflis setiap hari di Malaysia bagi belia yang berusia 33- 40 tahun. Lima faktor muflis dalam kalangan belia Malaysia adalah sewa beli kenderaan 26.41%, pinjaman perumahan 17.6%, pinjaman peribadi 15.5%, pinjaman perniagaan 12.39% dan hutang kad kredit 4.18%.
-
Statistik bankrap mengikut bangsa mencatatkan belia Melayu 45.1%, Cina 32.97%, India 12.63% dan lain-lain bangsa 9.3%.
-
Perbandingan antara bankrap mengikut jantina mencatatkan lelaki (65%) mengatasi perempuan (32%) yang telah diisytiharkan muflis pada tahun 2013.
Sumber: Jabatan Insolvensi Malaysia (MDL) di dalam Statistik Belia Malaysia, Data Semasa 2013, Volume 3, IYRES, 2014.
-
Kajian oleh Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, UPM, 2013 menunjukkan hanya 7.9% peratus belia yang membuat simpanan bulanan lebih daripada 20% daripada pendapatan bulanan, 31.5% membuat simpanan kurang daripada 20% daripada pendapatan bulanan dan 53.8% membuat simpanan kurang daripada 10% daripada pendapatan bulanan mereka
OBJEKTIF
- Membuka peluang kepada para peserta terutama kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan, maklum balas mahupun reaksi berkaitan isu pengurusan hutang dan pengurusan kewangan.
-
Menyediakan platform bagi memberi penerangan dan maklumat yang jelas mengenai konsep pemberian kredit dan pemantauan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam pengurusan perbankan.
-
Merumuskan input yang diterima daripada kalangan peserta untuk dijadikan sebagai dokumen yang akan diketengahkan ke peringkat Nota Jemaah Menteri.
-
Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta penggubalan dan penambahbaikan dasar serta sebagai rujukan.
PENCAPAIAN DIALOG INTELEKTUAL BELIA: BELIA DAN PENGARUH MEDIA SOSIAL
Generasi belia yang menghadiri Persidangan Meja Bulat Belia - Hutang Belia:Terbebankah Anda? yang dilaksanakan di Dewan Komanwel, Institut Sukan Negara, Kuala Lumpur pada 22 Ogos 2015 mencadangkan beberapa usul sebagai resolusi terhadap program ini iaitu:-
i) Peranan Belia
- Golongan Belia MESTI meningkatkan ilmu dan proaktif dalam menguruskan kewangan dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi/jabatan yang menawarkan khidmat rujukan pendidikan kewangan bagi mengelakkan bebanan hutang;
- Golongan Belia MESTI memantau aliran tunai dan membuat penyesuaian sekiranya berlaku aliran wang keluar yang tidak seimbang;
- Golongan Belia MESTI berusaha secara aktif meningkatkan nilai harta bersih (net worth) seperti menambah simpanan, mengurangkan perbelanjaan, melangsaikan/mengurangkan hutang dan melupuskan aset yang tidak menjana keuntungan;
- Golongan Belia DISARANKAN agar nisbah hutang tidak melebihi 40% pendapatan bersih bulanan bagi mengelakkan terperangkap dengan beban hutang;
ii) Peranan Kerajaan
5. Golongan belia MENYARANKAN agar pihak kerajaan dapat menyediakan inisiatif berhubung program coaching secara one-to-one kepada belia dalam pengurusan kewangan yang lebih efektif;
6. Golongan belia MENYARANKAN agar pihak kerajaan mewujudkan program intervensi kesejahteraan kewangan yang memfokuskan kepada peningkatan estim diri (self esteem) dalam pengurusan hutang yang lebih efektif;
7. Golongan belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan menyediakan One Stop Resource Centre (OSRC) untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan pendidikan kewangan dan keusahawanan serta peluang pekerjaan kepada golongan belia luar bandar;
8. Golongan Belia MENYARANKAN agar pihak kerajaan memperkasakan pendidikan pengguna/kewangan dalam kurikulum sekolah serta peringkat komuniti agar ilmu pengurusan kewangan dapat diterapkan;
9. Golongan belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan mewujudkan satu badan untuk mengumpulkan dana bagi mengawal harga rumah dalam membantu pemilikan rumah dalam kalangan belia;
10. Golongan belia MENGGESA agar pihak kerajaan menambah baik sistem perkhidmatan awam iaitu dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang lebih memerlukan;
11. Golongan Belia MENYARANKAN pihak majikan memberi peluang untuk meneruskan pekerjaan yang sedia ada atau memberi peluang kedua dalam bidang pekerjaan, pinjaman perbankan kepada individu yang telah diisytiharkan muflis;
12. Golongan belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaanmempercepatkan peraturan berkaitan had muflis daripada RM30,000.00 kepada RM60,000.00 disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup;
13. Golongan belia MENYARANKAN agar pihak kerajaan mengkaji semula dengan memperketat peraturan dan perjanjian berkaitan sewa beli kenderaan;
14.Golongan belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan mengkaji semula kadar gaji minimum bermula daripada RM1,200.00;
15.Golongan belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan agar mengurangkan kadar GST dari 6% kepada 3%; dan menyalurkan hasil kutipan GST bagi pembangunan belia melalui pembentangan bajet 2016
>>> Klik untuk Muat Turun<<<
MAKLUMAT AKTIVITI
Tarikh : 28 April 2014
Masa : 9.00 pagi – 5.30 petang
Tempat : Publika, Solaris Dutamas
VIP : YBHG DATO’ HARUN CHE SU
Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan
LATAR BELAKANG
- Sukan merupakan isu yang dinyatakan sebagai bersifat universal di mana dapat diterima dari semua golongan peringkat umur tanpa mengira latar belakang agama, bangsa mahupun fahaman politik masing-masing. Sukan juga dilihat sebagai platform pengukuhan aspirasi nasional.
- Malahan, Dasar Sukan Negara juga menekankan mengenai dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
*Dasar Sukan Negara, 2009”.
3. Berdasarkan hasil Kajian Budaya Sukan dalam kalangan Rakyat Malaysia kajian yang dilaksanakan oleh IYRES mendapati bahawa tahap bersukan rakyat Malaysia pada di tahap sederhana di mana 40.8 % adalah aktif, 19.8 % kurang aktif dan 39.4 %tidak aktif.
4.Dapatan kajian yang sama mendapati lebih ramai lelaki yang terlibat dalam aktiviti sukan dan daripada golongan belia dan remaja. Manakala, golongan dewasa dan warga emas adalah antara yang paling rendah penglibatan dalam bersukan. Daripada segi etnik pula, bangsa Melayu paling aktif terlibat dalam sukan manakala golongan Cina adalah yang paling rendah melibatkan diri dengan sukan.
5. Melalui hasil kajian tersebut juga, didapati keaktifan terlibat dalam sukan paling tinggi adalah daripada pelajar sekolah 55.5 %, penuntut kolej/universiti 45.1 % dan 41.2 % adalah dari yang bekerja dengan sektor kerajaan/bada berkanun. Sebaliknya, yang paling tidak aktif adalah suri rumah/tidak bekerja 70.1 %, golongan pesara 56.1 % dan bekerja sendiri 49.5 %.
6. Seterusnya, kajian tersebut mendapati aktiviti sukan yang paling diminati bagi lelaki ialah Bola sepak 28.8 %, Badminton 15.2 %, Futsal 10.8 %, Bola Keranjang 4.7 % dan Sepak Takraw 3.9 %. Manakala bagi wanita paling diminati adalah Berjoging / Berlari 24.6 %, Badminton 23.6 %, Bola Jaring 8.8 %, Berbasikal 4.7 % dan Berjalan Pantas 4.7 %.
7. Antara masalah yang dinyatakan oleh responden untuk tidak aktif dalam sukan adalah kekangan masa, keterbatasan kemudahan bersukan, sikap tidak berminat dengan sukan dan persepsi negatif segolongan ahli masyarakat terhadap aktiviti sukan.
*Ringkasan Kajian IYRES – Kajian Budaya Sukan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia, 2014
OBJEKTIF
- Membuka peluang kepada para peserta terutama kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan, maklum balas mahupun reaksi berkaitan cabaran dalam merealisasikan budaya sukan di Malaysia.
- Menyediakan platform bagi memberi penerangan dan maklumat yang jelas mengenai konsep kesukanan di Malaysia bagi menjadikan bidang sukan dijadikan suatu budaya golongan belia.
- Merumuskan input yang diterima daripada kalangan peserta untuk dijadikan sebagai dokumen yang akan diketengahkan ke peringkat Nota Jemaah Menteri.
- Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta penggubalan dan penambahbaikan dasar serta sebagai rujukan.
ATURCARA PROGRAM
9.00 pagi - Pendaftaran Peserta
- Sarapan Pagi
10.15 pagi - Taklimat Moderator
MOHAMAD NORHAFIZAN BAHARUDIN
YDP Persatuan Pelajar Sains Sukan, Universiti Malaya
10.30 pagi - PEMBENTANGAN I
- YBRS. DR HAMDAN BIN HJ MOHD ALI
Penyelaras Pusat Sukan
Universiti Malaya
“Perspektif Am Budaya Sukan – Kajian IYRES”
PEMBENTANGAN II
- PUAN NORMALA DAMAN
Bahagian Pembangunan Sukan
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
“Hari Sukan Negara”
11.30 pagi - Dialog bagi Pembentangan 1 dan 2
12.30 tgh hari - Rehat
2.00 petang - PEMBENTANGAN III
- Y. BHG. PROF. MADYA DR. ZULKIFLI KADIR
Fakulti Sains Sosial dan Rekreasi
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
“Antara Gaya Hidup Aktif dan Pembangunan Kecergasan Belia”
PEMBENTANGAN IV
- EN. MOHD AZLAN ISKANDAR
Pengasas
Akademi Squash Azlan Iskandar
“Dari Gelanggang ke Penerapan Budaya Sukan”
3.00 petang - Dialog bagi Pembentangan 3 dan 4
4.00 petang - Minum Petang
4.30 petang - KETIBAAN YBHG DATO’ HARUN BIN CHE SU
Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik)
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia
4.40 petang - Pembentangan Resolusi Dialog Intelektual Belia:
Cabaran Merealisasikan Negara Bersukan
- Penyerahan Resolusi mengenai Dialog Intelektual Belia: Cabaran Merealisasikan Negara Bersukan daripada wakil belia kepada wakil Kementerian
- Penutup
PENCAPAIAN DIALOG INTELEKTUAL BELIA: CABARAN MEREALISASIKAN BUDAYA BERSUKAN
Dialog Intelektual Belia: Cabaran Merealisasikan Budaya Bersukan yang berlangsung di White Box, Publika, Damansara, Kuala Lumpur telah merumuskan hasil resolusi seperti berikut:
- Golongan Belia BERPANDANGAN bahawa pihak Kerajaan perlu melaksanakan kempen kesedaran yang lebih meluas dalam kalangan belia supaya dapat menggalakkan penglibatan, penyertaan dan pembudayaan sukan yang lebih memenuhi cita rasa dan kehendak belia.
- Golongan Belia MENCADANGKAN agar Kementerian Belia dan Sukan bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menekankan ke arah penjagaan pemakanan yang betul,sihat dan seimbang supaya aktiviti sukan yang dilaksanakan akan mendapat impak yang lebih produktif.
- Golongan Belia BERPENDIRIAN agar pihak Kerajaan dapat memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti sukan yang tidak mengeluarkan kos yang tinggi supaya golongan belia dari pelbagai peringkat dapat menjadikan rutin harian yang lebih berkesan.
- Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak Kerajaan mengambil inisiatif untuk melaksanakan aktiviti sukan mengikut peringkat umur belia supaya setiap golongan belia dapat membudayakan dan mempraktikkan aktiviti sukan tersebut secara berpanjangan.
- Golongan Belia MENGGESA agar pihak Kerajaan memberi bantuan galakan kepada Sektor Korporat yang menyumbang kepada bidang penajaan kepada kumpulan belia yang aktif bersukan.
- Golongan Belia BERPENDIRIAN agar pihak Kerajaan dan Swasta serta Persatuan-persatuan Sukan dapat berkolaborasi dalam menjalankan promosi dan hebahan mengenai pembudayaan sukan negara dengan lebih meluas seperti hebahan di dalam iklan, penghasilan Majalah Sukan yang bersifat universal dan promosi program-program sukan secara berterusan.
- Golongan Belia MENGGESA agar pihak berkaitan dapat menjadikan atlet-atlet sukan Malaysia yang berjaya sebagai ikon ataupun mentor kepada golongan muda untuk menarik masyarakat ke arah pembudayaan bersukan.
- Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan dapat memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti yang berunsurkan senaman kepada masyarakat kerana ia lebih dominan dengan konsep “Exercise For All”.
- Golongan Belia MENCADANGKAN agar pemberian geran berteraskan sukan diperluaskan di pelbagai peringkat pendidikan khususnya di peringkat sekolah hingga ke peringkat universiti bagi menggalakkan pembabitan belia dalam bidang sukan.
- Golongan Belia MENGGESA agar diberi keutamaan dalam menggunakan serta mengurus kemudahan-kemudahan sukan di peringkat akar umbi.
MAKLUMAT AKTIVITI
|
Sidang Meja Bulat Pemikir Muda Malaysia – Kos Sara Hidup Tarikh : 9 Mei 2015 Tempat : Bilik Mesyuarat Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia Masa : 8.30 pagi – 11.30 petang Tetamu Kehormat : Y. Bhg. Tuan Lokman Hakim bin Ali Timbalan Ketua Setiausaha (A&P) Kementerian Belia dan Sukan Peserta : 200 Orang (40 latar belakang profesyen)
Bicara Kos Sara Hidup Tarikh : 9 Mei 2015 Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia Masa : 8.30 pagi – 3.30 petang Tetamu Kehormat : YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak Perdana Menteri Timbalan Ketua Setiausaha (A&P) Kementerian Belia dan Sukan Peserta : 3000 mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 500 mahasiswa IPT lain 500 jemputan NGO (40 profesyen termasuk peserta sidang meja bulat)
|
LATAR BELAKANG
Dalam era globalisasi kini, kos sara hidup merupakan instrumen penting dalam memastikan Malaysia kekal relevan mencapai status negara maju menjelang Wawasan 2020. Pembentangan Belanjawan Negara setiap tahun yang sentiasa menitik beratkan masalah kos sara hidup memberi indikator penting bahawa sekiranya tidak ditangani dengan sewajarnya, masalah kos sara hidup ini mampu merubah sosio-ekonomi negara dan menggagalkan segala usaha ke arah mencapai status negara maju. Sungguhpun pelbagai dasar dan langkah diambil pihak kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup ini, hakikatnya masih belum menangani masalah ini secara menyeluruh. Atas dasar itu, Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia menganjurkan Bicara Kos Sara Hidup Bersempena Perasmian Sidang Meja Bulat Pemikir Muda – Kos Sara Hidup.
OBJEKTIF
- Membuka peluang kepada para peserta terutama kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan, maklum balas mahupun reaksi berkaitan isu kos sara hidup pasca GST.
- Menyediakan platform bagi memberi penerangan dan maklumat yang jelas mengenai GST.
- Merumuskan input yang diterima daripada kalangan peserta untuk dijadikan sebagai dokumen yang akan diketengahkan ke peringkat Nota Jemaah Menteri.
- Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta penggubalan dan penambahbaikan dasar serta sebagai rujukan.
ATURCARA PRA SIDANG MEJA BULAT BELIA
KOS SARA HIDUP (PASCA – GST) : 8 MEI 2015 – JUMAAT
8.30 pagi : Sesi Pendaftaran & Sarapan Pagi
9.00 pagi : Pembentangan Kajian Keperluan Hidup Belia & Kos Sara
Hidup Malaysia oleh Puan Shariffah Mamat, Eksekutif
Penyelidik Kanan III, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Slot 1 – Perumahan Belia
11.00 pagi : Slot 2 - Kelangsungan Kos Sara Hidup
12.00 tengahari : Makan Tengahari & Solat Jumaat
2.45 petang : Slot 3 - Kebolehpekerjaan
4.30 petang : Slot 4 – Sesi Pemikir Muda
6.15 petang : Minum Petang & Bersurai
ATURCARA PRA SIDANG MEJA BULAT BELIA
KOS SARA HIDUP (PASCA – GST) : 9 MEI 2015 – SABTU
8.30 pagi : Sesi Pendaftaran & Sarapan Pagi
9.00 pagi : Slot 5 - Sesi Pemikir Muda
10.30 pagi : Resolusi Sidang Meja Bulat
11.15 pagi : Bergerak Ke Dewan Utama Untuk Perasmian
(Dewan Canselor Tun Abdul Razak)
11.25 pagi : Peserta Sidang Meja Bulat Masuk Ke Dewan
11.30 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
11.45 tengahari : Ketibaan Tetamu Kehormat
12.00 tengahari : Ketibaan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia & Isteri
12.05 tengahari : Nyanyian Lagu Negaraku, 1 Malaysia Dan Pemikir Muda
12.10 tengahari : Bacaan Doa
12.15 tengahari : Persembahan Multimedia
12.20 tengahari : Kata Aluan Sdr. Mohd Rafiq Naiza Mohideen
Presiden Pertubuhan Pemikir Malaysia
12.25 tengahari : Ucapan Aluan Oleh YBhg Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
12.35 tengahari : Ucapan Perasmian Oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia
12.50 tengahari : Gimik Perasmian Sidang Meja Bulat & Bicara Kos Sara Hidup Pemikir Muda Malaysia
Penyerahan Resolusi Sidang Meja Bulat Pemikir Muda Malaysia – Kos Sara Hidup Pemikir Muda Malaysia
Penyerahan Sijil Penghargaan Kepada Wakil-Wakil Profesyen
*Tayangan Multimedia & Penyerahan Kad Semangat
12.55 tengahari : Penyampaian Cenderahati
1.0 tengahari : Sesi Bergambar
1.05 tengahari : Makan Tengahari
1.20 tengahari : YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia & Isteri meninggalkan majlis
1.30 petang : Solat Zohor
2.00 petang : Bicara 3 – Generasi Muda & Kos Sara Hidup
YBhg Dato’ Dr. Sr. Kamarul Rashdan Hj. Salleh Presiden Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
3.15 petang : Jamuan Minum Petang / Bersurai
PENCAPAIAN PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: KOS SARA HIDUP PASCA GST
Sidang Meja Bulat Belia: Kos Sara Hidup Pasca GST yang berlangsung di Dewan Senat, Bangunan Canselori UKM, Bangi telah merumuskan hasil resolusi seperti berikut:-
- ISU PERUMAHAN
- Golongan Belia MENGGESA pihak kerajaan mengambil kira golongan pekerja swasta dari pelbagai peringkat pendapatan dalam hal berkaitan pembentukan dasar dan polisi berkaitan pembelian rumah termasuk PRIMA;
- Golongan Belia MENGGESA pihak Kerajaan perlu melaksanakan kelonggaran kepada usahawan muda (bekerja sendiri) untuk memiliki rumah dengan kerjasama pihak bank;
- Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak Kerajaan mewujudkan one stop centre atau institusi berpusat untuk membekalkan bahan-bahan binaan bagi memastikan kawalan harga rumah dapat dilaksanakan;
- Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak Kerajaan membina perumahan sementara (rumah kontena) terutama kepada golongan belia bujang sebagai aset untuk memiliki rumah yang lebih selesa setelah melangkah ke alam perkahwinan;
- Golongan Belia MENGGESA pihak kerajaan memperluaskan skop pelaksanaan GST dengan memberi zero rated ke atas penjualan rumah kediaman dan bahan-bahan binaan perumahan;
- Golongan Belia MENGGESA pihak kerajaan MENGUATKUASAKAN Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan 2011 ke atas bahan-bahan binaan rumah bagi memastikan harga rumah dapat dikawal;
- Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak Kerajaan menetapkan 40% kuota pembinaan rumah kos rendah dalam Piawaian Perancangan Perumahan di setiap kawasan perumahan baru;
- Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak Kerajaan memberikan pengecualian duti setem kepada pemilikan perumahan yang PERTAMA sahaja;
- Golongan Belia MENGGESA pihak kerajaan mengawal ketat peruntukan rumah untuk bumiputera hanya dibeli oleh pembeli rumah bumiputera sahaja (kuota bumiputera);
- Golongan Belia MENGGESA agar pihak Kerajaan memperluaskan kaedah sewa beli ke atas pemilikan rumah kos rendah ke setiap negeri dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
- Golongan Belia MENGGESA agar pihak berkaitan memperluaskan pembinaan rumah berkonsepkan rumah pasang siap khas kepada belia dengan harga jualan di bawah RM100 ribu;
- Golongan Belia MENCADANGKAN agar memperkasakan NBOS di antara KBS, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pertanian dalam melatih graduan-graduan dalam industri pembinaan dan dalam masa yang sama mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing.
B. KEPERLUAN HARIAN
13. Golongan Belia MENGGESA agar pihak kerajaan menerusi Jawatankuasa Public Accounts Committee (PAC) memastikan kawalan dan penguatkuasaan GST daripada segi harga barang;
14. Golongan Belia MENGGESA pihak kerajaan agar mengkaji semula dasar Gaji Minimum (RM900);
15. Golongan Belia BERPENDIRIAN agar pihak kerajaan mengalihkan peruntukan pemberian BR1M disalurkan kepada pembangunan prasarana termasuk subsidi utiliti.
16. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak KPDNKK memberi tumpuan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas peniaga hypermarket daripada membuat pemantauan di peringkat peniaga kecil;
C. KEBOLEHPEKERJAAN
17. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan berfokus di luar bandar bagi mengekang migrasi belia luar bandar ke bandar;
18. Golongan Belia MENEGASKAN agar pihak kerajaan memantau dan memperketatkan pewujudan institusi pendidikan swasta bagi mengatasi masalah kebanjiran siswazah yang tidak mempunyai peluang pekerjaan;
19. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan perlu konsisten dalam pelaksanaan perancangan Pelan Strategik Dasar berkaitan pendidikan.
20. Golongan Belia MENEGASKAN agar pihak kerajaan memantau dan mengawal kebanjiran kemasukan pekerja asing bagi memberi ruang peluang pekerjaan dalam kalangan belia tempatan.
21. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan membuat penambahbaikan ke atas Modul PLKN dengan menerapkan elemen keusahawanan;
D. PERKHIDMATAN
22.Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan mewujudkan Bank Belia dalam usaha pemilikan aset belia;
23. Golongan Belia MENEGASKAN agar pihak kerajaan mengawal ketat organisasi pengangkutan awam supaya menjaga kualiti perkhidmatan dan MENGUTAMAKAN keselamatan;
24. Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan memperluaskan sistem pengangkutan awam ke kawasan luar bandar.

