kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bicara Intelek 2017

2017 travellog02

2017 travellog01

Seminar Penyelidikan IYRES 2016

PENGENALAN

Seminar Penyelidikan Belia Berimpak Tinggi IYRES 2015 dilaksanakan untuk membentang hasil dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh IYRES sepanjang tahun 2015. Kajian yang dicadangkan untuk dibentangkan pada persidangan tersebut berdasarkan kepada kriteria kajian yang akan disenaraikan sebagai hasil penyelidikan yang berimpak tinggi. Cadangan pelaksanaan seminar ini telah dibentangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah (ALP) IYRES semasa Bengkel Halatuju IYRES 2016 pada 30 Disember 2015 dan telah mendapat kelulusan bagi melaksanakan OBJEKTIF

Seminar yang ingin dilaksanakan ini menggariskan beberapa objektif antaranya:
- Menyebarluaskan hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh IYRES
- Mewujudkan medan perbincangan ilmuan secara intelektual mengenai isu dan fenomena yang berkaitan dengan pembangunan belia
- Mewujudkan ruang bagi penonjolan kepentingan sesuatu hasil penyelidikan bagi mencorakkan perubahan belia
- Menghubung jalin kerjasama erat antara ahli akademik dan penyelidik dalam bidang sains sosial
- Merumuskan cadangan bagi tujuan menghasilkan pelan tindakan kesejahteraan belia Malaysia.

KAEDAH PELAKSANAAN

Seminar ini dicadangkan untuk dilaksanakan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Sains Sosial (IPSAS). IPSAS dipilih sebagai rakan kerjasama atas faktor IPSAS merupakan institusi yang melaksanakan kajian-kajian pembangunan belia di samping kesinambungan daripada perjanjian yang pernah ditandatangani oleh UPM dan KBS yang melibatkan kerjasama khususnya berkaitan penyelidikan pembangunan belia.

Kaedah pelaksanaannya ialah:

  1. Pendaftaran dan taklimat peserta dan pembentangan
  2. Ucaptama
  3. Mengadakan beberapa sesi selari (parallel sessions) yang melibatkan pengerusi atau moderator untuk membincangkan sub tema yang mengandungi beberapa tajuk pembentangan
  4. Pada akhir sesi pembentangan, sesi soal jawab akan dibuka
  5. Setiap sesi selari akan ditugaskan beberapa orang pelapor sebagai pencatat bagi mengambil setiap isu-isu pembentangan dan maklum balas
  6. Akhirnya akan diadakan sesi sidang pleno untuk membuat rumusan/keputusan
  7. Majlis Penutup

Hasil seminar ini akan diterbitkan dalam bentuk Prosiding/buku dan diserahkan kepada semua pihak bagi tujuan penambahbaikan polisi/dasar atau aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan belia.

 

 brochure 1

brochure 2

 

MUAT TURUN BROCHURE DI SINI
MUAT TURUN SURAT JEMPUTAN DI SINI 

* Senarai pembentang dan tajuk pembentangan tertakhluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

 

Kemaskini terakhir : 21 Julai 2016

seminar penyelidikan 2019 seminar penyelidikan 2018 seminar penyelidikan 2017

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)

Suatu Akta untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

TUJUAN
Memberi perlindungan kepada maklumat peribadi seseorang yang diproses bagi tujuan transaksi komersial.

OBJEKTIF
1. Mengawal selia aktiviti pemprosesan Data Peribadi oleh pengguna data dalam transaksi komersial.
2. Melindungi kepentingan data peribadi umum.

DEFINISI DATA PERIBADI
Apa-apa maklumat yang sedang diproses (sebahagian atau keseluruhannya) dalam transaksi komersial, yang secara langsung atau tidak langsung berhubungan dengan seorang subjek data, yang menyebabkan ia boleh dikenal pasti dari maklumat itu, atau padanan maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan pengguna data. Sebagai contoh: Nama, No. kad pengenalan, No. pasport, Alamat, Nombor telefon dll.

PEMAKAIAN AKTA 709
Akta ini terpakai bagi:
a) Mana-mana orang yang memproses data peribadi; dan
b) orang yang mempunyai kawalan atau membenarkan pemprosesan Data Peribadi dalam transaksi komersial.
c) Jika:
• Ia ditubuhkan di Malaysia dan proses Data Peribadi; atau
• jika menggunakan kelengkapan di Malaysia bagi memproses Data Peribadi itu selain untuk transit.

Pencapaian

PENCAPAIAN IYRES 2015

PENCAPAIAN PENYELIDIKAN:

  • Menghasilkan 38 buah kajian berbanding 15 yang disasarkan;
  • Indeks Belia Malaysia sebagai benchmark bagi pembentukan di kalangan Negara Komanwel
  • Team pakar Dasar Belia Malaysia ;
  • Menghasilkan panduan mengenai Aset Belia Malaysia berasaskan kajian, menghasilkan profil belia berisiko, jenayah dan gangsterisme;
  • Melaksanakan 6 sesi latihan kepada 250 Pegawai Belia dan Sukan 27 ke atas bagi melatih menggunakan Pemetaan Belia Malaysia dalam merancang program belia;
  • Melaksanakan 4 kursus bagi meningkatkan kemahiran Penyelidik Dalaman dan Pegawai-pegawai Belia berhubung penyelidikan;
  • Jalinan kerjasama Think Tank IYRES (36 orang Ahli Think Tank);
  • Seketariat bagi Jawatankuasa Task Force Intelektual KBS;
  • Seketariat bagi Intelectual Discourse mengenai Keusahawanan Sosial;

  PENCAPAIAN PENGURUSAN :

  • Penstrukturan perjawatan IYRES;
  • Rebranding IYRES tanpa kos;
  • 100% Sistem Perakaunan Akrual (SAGA) ;
  • Pembentukan dan penggunaan SOP kewangan IYRES dan telah mendapat pengesahan YBM;
  • Mendapat Pensijilan Audit Bersih 2014 daripada Jabatan Audit Negara;

 PENCAPAIAN PROGRAM SOKONGAN PENYELIDIKAN:

  • Enam (6) resolusi khusus mengenai isu belia ke Kabinet;
  • NBOS dalam menjayakan Youth Intelectual HUB Festival Belia Malaysia HBN;

 PENCAPAIAN PENERBITAN :

  • Malaysian Journal of Youth Studies mencapai taraf Jurnal Berindeks dibawah Pusat Sitasi Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ;
  • Ringkasan Eksekutif Indeks Belia Malaysia 2015 telah diedarkan dalam Mesyuarat Menteri-menteri Negara Komanwel Rantau Asia 2015;
  • Buku The ASEAN Community: Malaysian Youth Aspirations And Way Forward telah diedarkan semasa KL Declaration on the Establishment of the ASEAN Community pada 22 November 2015.

 PENCAPAIAN ICT :

  • Penghargaan dari pihak MAMPU kepada IYRES sebagai Agensi Perintis Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) 2015.
  • Portal IYRES mendapat 5 bintang (mengikut piawaian MAMPU & MDeC melalui Self Assesment System);
  • IYRES adalah pentadbir Sistem iCARS (Change Ambassador Projek Single Sign On MAMPU).

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.