- Laman Utama
- Pengumuman
- Uncategorised
Pengumuman
SKOP
Malaysian Journal of Youth Studies ialah sebuah jurnal berwasit yang komited kepada perkembangan ilmu pengajian belia. Jurnal ini menerbitkan artikel yang menarik minat para sarjana, terutamanya daripada segi kandungan dan pendekatannya. Jurnal ini diterbitkan oleh sebuah Lembaga Editorial yang bebas, terdiri daripada Felo Adjung IPPBM. Selain itu, para sarjana dari luar negara turut dilantik untuk menganggotai Lembaga Penasihat Jurnal ini.
PROSEDUR PENYERAHAN MANUSKRIP
Malaysian Journal of Youth Studies menerbitkan manuskrip yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Manuskrip yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah merupakan karya asli yang belum pernah diterbitkan atau tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan lain. Dua salinan manuskrip, ditaip selang dua baris di atas kertas bersaiz A4, hendaklah diserahkan kepada Ketua Editor, Malaysian Journal of Youth Studies, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Aras 10, Menara KBS, 62570, Putrajaya Malaysia. Biodata ringkas penulis juga perlu disertakan bersama.
Para penulis yang manuskripnya telah diterima untuk penerbitan dikehendaki menghantar sesalinan manuskrip akhir yang telah disunting berserta dengan salinan fail soft copy dan hard copy. Satu nota ringkas biografi penulis perlu disertakan bersama-sama dengan manuskrip. Semasa manuskrip masih dalam pertimbangan Lembaga Editorial, para penulis bertanggungjawab menghubungi editor untuk memaklumkan tentang sebarang perubahan alamat. Setiap artikel yang diterbitkan akan diberikan tiga (3) naskhah salinan Malaysian Journal of Youth Studies.
FORMAT DAN GAYA
Tajuk sesuatu manuskrip perlulah ringkas, deskriptif dan seharusnya tidak melebihi 15 perkataan. Setiap manuskrip harus mempunyai abstrak (150 hingga 250 patah perkataan) dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang memerihalkan isi-isi utamanya termasuk kata kunci sekurang-kurangnya lima (5) perkataan.
Semasa ilustrasi termasuk rajah,carta dan graf, mesti dilabel dan disediakan dalam halaman yang berasingan daripada teks. Kedudukan ilustrasi seperti yang dikehendaki dalam teks hendaklah di tanda dengan jelas. Semua ilustrasi ini harus dirujuk dan di nombor secara berturutan sebagai rajah. Semua ilustrasi hendaklah sama ada dilukis dengan jelas menggunakan dakwat kekal, di fotograf dalam bentuk hitam putih atau warna dan dicetak di atas kertas yang bermutu atau dalam bentuk imej digital dan disediakan dalam bentuk camera-ready.
Rujukan dalam teks hendaklah menggunakan sistem nama penulis dan diikuti oleh tahun penerbitan. Satu senarai rujukan yang disusun mengikut abjad hendaklah dimasukkan di bahagian akhir sesebuah manuskrip. Kesemua rujukan yang dipetik dalam teks haruslah muncul dalam kesempurnaan maklumat dan senarai rujukan. Semua manuskrip mesti mengikut garis panduan rujukan Sistem A.P.A ( The American Psychological Association).
HAK CIPTA
Para penulis bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan manuskrip mereka tidak melanggar mana-mana hak cipta yang sedia ada. Penulis juga membayar ganti rugi kepada para editor dan penerbit ke atas sebarang pelanggaran terhadap hak cipta. Para penulis seharusnya mendapatkan keizinan untuk menerbitkan semula atau mengubahsuai bahan-bahan yang mempunyai hak cipta dan menunjukkan bukti keizinan tersebut semasa menyerahkan naskhah akhir manuskrip.
PROSES PEWASITAN
Sesebuah manuskrip akan dinilai dan diwasitkan oleh Lembaga Editorial. Keputusan tentang penerbitan sesebuah manuskrip didasarkan kepada saranan ahli-ahli lembaga ini. Sesebuah manuskrip akan dinilai berasaskan kesesuaiannya dengan Malaysian Journal of Youth Studies sumbangan kepada disiplin ilmu, kejituan analisis, keluasan konseptual, persembahan yang jelas dan kesempurnaan teknikal. Bagi memastikan sesebuah manuskrip dinilai semata-mata berdasarkan meritnya, identiti penulis semasa proses perwasitan tidak didedahkan kepada wasit. Manuskrip yang diserahkan oleh mana-mana anggota Lembaga Editorial juga tertakluk kepada prosedur perwasitan yang sama.
Malaysian Journal of Youth Studies Malaysia diterbitkan dua kali setahun oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Segala pandangan yang tersiar dalam Malaysian Journal of Youth Studies, kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah pandangan masing-masing penulis, dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sidang Editor. Semua surat-menyurat mengenai makalah dan sehubungan dengannya hendaklah dialamatkan kepada:
Editor Kerja
Malaysian Journal of Youth Studies
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM)
Aras 10, Menara KBS
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya, Malaysia
Tel: 03-8871 3705/3790
Faks: 03-8871 3342
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
http://www.iyres.gov.my
KUMPULAN SASAR
Berikut digariskan profil pengambilan ahli akademik dan scholar dalam bidang pembangunan belia sebagai syarat-syarat penempatan di IYRES. Antaranya adalah sebagaimana berikut:-
1. Syarat utama adalah dalam kalangan individu yang mempunyai kelayakan akademik bermula Ijazah Kedoktoran (PhD) mengkhusus dalam sesuatu
bidang (expert in particular field);
2. Keutamaan diberikan kepada ahli akademik yang sedang menjalani cuti sabatikal.
3. Terbuka kepada ahli akademik dan profesional mengkhusus dalam bidang pembangunan belia;
4. Keutamaan diberikan kepada ahli akademik yang menjalani sabatikal dari mana-mana institusi pendidikan;
5. Berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan khusus dalam bidang pembangunan belia;
6. Terbuka kepada warga negara Malaysia dan bukan warga negara;
7. Penempatan bersifat sepenuh masa dan separuh masa.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Berikut digariskan peranan-peranan yang menjurus kepada “Coaching, Guidance and Mentoring” bagi ACAP yang akan ditempatkan di IYRES:-
1. Menghasilkan laporan penyelidikan/bahan penerbitan yang akan memberi impak tinggi kepada pembangunan fungsi dan peranan IYRES serta
memberikan manfaat kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia;
2. Bertindak sebagai Mentor Penyelidikan dengan kaedah transfer of knowledge and expertise dalam bidang penyelidikan kepada warga IYRES
yang terlibat secara langsung dengan melaksanakan penyelidikan sebagai aktiviti teras di IYRES.
3. Bertindak memberi khidmat nasihat kepakaran dalam menilai kertas perlaksanaan dan menghasilkan resolusi daripada program-program yang
bersifat KPI kepada YB Menteri
4. Bertindak memberi khidmat nasihat dalam proses penerbitan bahan ilmiah IYRES di samping menggunakan jaringan hubungan dalam pengumpulan
artikel untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.
5. Memberikan sepenuhnya komitmen dalam menjayakan aktiviti teras iaitu penyelidikan dan aktiviti sokongan penyelidikan walaupun berkhidmat
secara sangkutan iaitu tanpa terikat dengan masa bekerja 8.00 pagi – 5.00 petang;
6. Bertindak mempromosikan IYRES di peringkat nasional dan antarabangsa dalam pelbagai platform yang bersesuaian.
7. Bersedia untuk dihubungi pada waktu pejabat dan boleh menghadirkan diri di pejabat sewaktu khidmat kepakaran diperlukan.
8. Bagi mencapai semua tanggungjawab yang digariskan, ahli ACAP digalakkan untuk memahami visi dan misi IYRES dan juga Kementerian Belia dan Sukan.
KAEDAH PELAKSANAAN
Kaedah pengambilan adalah sebagaimana digariskan sebagai di bawah:-
1. Bahagian Khidmat Pengurusan melalui Cawangan Pentadbiran dan Sumber Manusia, IYRES akan mengemukakan iklan tawaran penempatan
ACAP bagi mendapatkan permohonan daripada pihak yang berkelayakan;
2. Tempoh menjalani program secara minimum adalah enam (6) bulan dan maksimum adalah sembilan (9) bulan.
3. Pengambilan bagi program ini adalah terhad kepada tiga (3) pengambilan sahaja dalam satu-satu masa.
IMPLIKASI KEWANGAN
Kaedah pembayaran yang membawa kepada implikasi kewangan:
i) Merujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005 bagi proses pembayaran khidmat kepakaran atau bayaran yang setara dengan kepakaran dan
pengalaman merujuk kepada permohonan dalam penempatan ACAP di IYRES; atau
ii) Elaun tetap bulanan dibayar pada kadar RM500 sebulan dengan implikasi kewangan sebanyak RM3,000.00 seorang bagi 6 bulan tempoh penempatan di
IYRES.
