- Laman Utama
- Perkhidmatan
- Permohonan Data / Hasil Kajian
Permohonan Data / Hasil Kajian
Anda Perlukan Data Belia Malaysia?
Pengenalan:
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan pengumpulan data golongan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun melalui kajian yang dilaksanakan dan data – data sekunder belia yang dikumpulkan dari pelbagai sumber secara tahunan. Antara data-data yang boleh dipohon ialah seperti Populasi Belia Malaysia, Tenaga Buruh, Pendidikan, Ekonomi, Ketembusan Media, Sukan dan Rekreasi, Sosialisasi Politik, Gejala Sosial, Kesihatan, Keperluan Hidup Belia, Keselamatan dan sebagainya.
Kaedah Permohonan Data/Pertanyaan:
Permohonan data atau sebarang pertanyaan boleh diajukan secara atas talian atau secara bertulis dan hantarkan ke alamat seperti berikut:
Ketua Pegawai Eksekutif,
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya.
E-mel : info[at]iyres.gov.my
Tel : 03 – 8871 3417
Faks : 03 – 8871 3342
Tuan/Puan juga boleh datang ke Pejabat IYRES di Putrajaya untuk sebarang perbincangan lanjut.
Online Form