kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Persidangan/ Seminar Belia Antarabangsa

Sistem e-Perolehan IYRES

PENGENALAN 

Sistem e-Perolehan IYRES (https://www.tenderwizard.my/IYRES) merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal untuk menawarkan bekalan, perkhidmatan dan kerja kepada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) melalui atas talian (internet). Ia adalah meliputi tawaran perolehan secara tender, sebut harga dan kajian pasaran yang akan dikeluarkan oleh IYRES.

Sistem e-Perolehan IYRES menggunakan platform Tender Wizard selaku penyedia perkhidmatan (service provider). Perkhidmatan yang ditawarkan melalui Sistem e-Perolehan IYRES ini adalah meliputi:

Pendaftaran pembekal dan pembayaran secara atas talian.
Pembelian dokumen tender/ sebut harga dan pembayaran secara atas talian.
Memproses dan menyerahkan tawaran tender / sebut harga/ kajian pasaran secara atas talian.
Penyaluran maklumat (contoh kenyataan tawaran, pembukaan, keputusan) melalui email yang telah didaftarkan.

PELAKSANAAN

Pada peringkat awal pelaksanaan Sistem e-Perolehan IYRES (secara berperingkat), kenyataan tawaran bagi tender, sebut harga dan kajian pasaran yang dipaparkan akan menyatakan secara jelas kaedah perolehan samada melalui Sistem e-Perolehan IYRES. Pembekal boleh membuat semakan dari semasa ke semasa ke atas kenyataan tawaran, pembukaan dan keputusan tender/ sebut harga/ kajian pasaran.

DAFTAR PEMBEKAL

Pembekal perlulah berdaftar dengan Sistem e-Perolehan IYRES bagi membolehkan pembekal untuk menyertai tawaran tender/ sebut harga/ kajian pasaran yang ditawarkan oleh IYRES serta memperolehi kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan. Pembekal perlu memastikan maklumat yang diisi adalah lengkap dan tepat berserta dokumen sokongan (yang berkaitan) bagi memastikan ketepatan maklumat. IYRES berhak untuk disable pembekal yang telah berdaftar sekiranya didapati maklumat yang dibekalkan adalah tidak sahih dan tidak tepat. Setiap pendaftaran adalah sah laku bagi tempoh satu tahun (12 bulan) daripada tarikh pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran adalah secara tahunan. Kenaan caj adalah sebanyak RM150.00 setahun oleh pihak service provider ke atas perkhidmatan yang telah disediakan.

PENJUALAN DOKUMEN TENDER/ SEBUT HARGA/ KAJIAN PASARAN

Pembekal boleh mendapatkan dokumen perolehan secara atas talian bagi tawaran tender/ sebut harga/ kajian pasaran yang melalui Sistem e-Perolehan IYRES. Harga dokumen tersebut adalah berdasarkan ketetapan yang telah dinyatakan di dalam Kenyataan Tawaran (sekiranya ada).

PENAWARAN PEROLEHAN

Pembekal yang berjaya menerima tawaran perolehan pembekalan/ perkhidmatan/ kerja melalui Sistem e-Perolehan IYRES akan dikenakan fi perkhidmatan daripada nilai tawaran tertakluk kepada kadar dan had maksimum yang ditetapkan. Fi perkhidmatan berkaitan adalah kenaan caj oleh pihak service provider ke atas perkhidmatan yang telah disediakan.

KENYATAAN TAWARAN, PEMBUKAAN DAN KEPUTUSAN TENDER/ SEBUT HARGA/ KAJIAN PASARAN

Pembekal yang telah berdaftar melalui Sistem e-Perolehan IYRES akan menerima pemakluman kenyataan tawaran, pembukaan dan keputusan tender/ sebut harga / kajian pasaran melalui emel yang telah didaftarkan. Bagi pembekal yang belum berdaftar, kenyataan tawaran tender/ sebut harga/ kajian pasaran boleh disemak melalui pautan IKLAN SEBUT HARGA/TENDER TERKINI

UNTUK PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI

Unit Kewangan & Perolehan,
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 PUTRAJAYA
Tel: 03-88713795/ 03-88713400
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Untuk Bantuan Teknikal (Sistem Tenderwizard): Tel: 03-7962 7819 / 03-7962 7957/ 03-7962 7947 Pautan ke Sistem e-Perolehan IYRES : https://www.tenderwizard.my/IYRES

Keputusan Sebut Harga 2022


MAKLUMAN PENTING : Untuk makluman, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sedang dalam proses peralihan kepada sistem perolehan yang baharu. Justeru itu, mulai Tahun 2022, syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai Sebut Harga IYRES DIWAJIBKAN untuk membuat PENDAFTARAN di Sistem e-Perolehan IYRES dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM150.00 setahun.

KEPUTUSAN TAWARAN SEBUT HARGA 2022

 

BIL. SEBUT HARGA BUTIRAN PERKHIDMATAN PEMBEKAL YANG BERJAYA
 IYRES BIL.1/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Membekal, Menghantar dan Memasang Peralatan dan Kelengkapan Pejabat IYRES KNS CREATIVE SDN. BHD. 
 IYRES BIL.2/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Penyewaan dan Penyelenggaraan Mesin Penyalin  DIBUKA SEMULA (BIL.12/2022)
 IYRES BIL.3/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Hub Data IYRES bagi Tahun 2022/2023 DIBUKA SEMULA (BIL.13/2022) 
 IYRES BIL.4/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Menaiktaraf Sistem Hub Profil IYRES SANDS CONSULTING SDN. BHD. 
 IYRES BIL.5/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Ydata@IYRES bagi Tahun 2022/2023 OPENSOFT TECHNOLOGIES SDN. BHD. 
 IYRES BIL.6/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Myjournal (APJYS) bagi Tahun 2022/2023 THINK BYUS SDN. BHD. 
 IYRES BIL.7/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Sebaran Emel Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)  AYRIS LOGIC SDN. BHD.
 IYRES BIL.8/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Menaiktaraf Sistem Kewangan Dan Perakaunan (SAGA), Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) CENTURY SOFTWARE (M) SDN. BHD. 
 IYRES BIL.9/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Pembangunan Sistem Pengurusan Kaji Selidik IYRES DYNASTY IT SERVICES SDN. BHD. 
 IYRES BIL.10/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem eMYInd bagi Tahun 2022/2023  ALTFA TECHNOLOGIES SDN. BHD.
 IYRES BIL.11/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Menerbit dan Membekal Video Sistem eMYInd POINTLINK VENTURES SDN. BHD. 
 IYRES BIL.11/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Menerbit dan Membekal Video Sistem eMYInd POINTLINK VENTURES SDN. BHD. 
 IYRES BIL.12/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Penyewaan dan Penyelenggaraan Mesin Penyalin (Dibuka Semula) TRI CAPITAL RESOURCES SDN BHD 
 IYRES BIL.13/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Hub Data IYRES bagi Tahun 2022/2023 (Dibuka Semula)  
 IYRES BIL.14/2022 Sebut Harga bagi Penyelenggaraan Sistem Portal Rasmi IYRES 2022/2023  
 IYRES BIL.15/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Penerbitan Laporan Tahunan IYRES 2021  
 IYRES BIL.16/2022 Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Mereka Bentuk,Mencetak,Membekal Dan Menghantar Buku Indeks Belia Malaysia 2021 (IBM'21)  
 IYRES BIL.17/2022 Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Membekalkan E-Wallet Bagi Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia 2022 (IBSM'22)  
 IYRES BIL.18/2022 Perkhidmatan Pembekalan, Penghantaran, Konfigurasi Dan Pemasangan Peralatan Mini Studio IYRES  
 IYRES BIL.19/2022 Sebut Harga bagi Perkhidmatan Perundingan dan Latihan Pensijilan MS ISO 9001:2015 Tahun 2022  

KEPUTUSAN TAWARAN KAJIAN PASARAN 2022

BIL KAJIAN PASARAN BUTIRAN PERKHIDMATAN PEMBEKAL YANG BERJAYA
 IYRES BIL.1/2022 Kajian Pasaran bagi Perkhidmatan Mereka Bentuk, Mencetak, Membekal dan Menghantar Buku Penilaian Pembangunan Belia Positif (8C) Program Malaysia Futures Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2021  VISUAL PRINT SDN. BHD.
 IYRES BIL.2/2022 Kajian Pasaran bagi Perkhidmatan Merekabentuk, Mencetak, Membekal dan Menghantar Buku dan Poster Kajian Keupayaan Pemilikan Rumah dalam Kalangan Belia Malaysia  REKA CETAK SDN. BHD.

Pilihan Maklumat Rujukan Keputusan Sebut Harga mengikut tahun, Klik pada tahun pilihan untuk maklumat lanjut; 

sebut harga 2020 sebut harga 2020 sebut harga 2020

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.