Berdasarkan Akta 668, Bahagian VII Seksyen 57 fungsi-fungsi Institut yang termaktub adalah seperti berikut:
(a) Untuk bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan;
(b) Untuk mengumpul, mengurus dan menyebarkan maklumat dan menyenggara rekod semua perkara berkaitan yang berhubungan dengan pembangunan belia;
(c) Untuk menjalankan, memudahkan atau membiayai penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan belia;
(d) Untuk mengadakan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan perkhidmatan yang berkaitan berkenaan dengan pembangunan belia;
(e) Untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan lain-lain institusi yang berkaitan di dalam dan di luar Malaysia bagi tujuan mempertingkatkan pembangunan belia;
(f) Untuk menganalisis, menilai dan membuat syor mengenai aktiviti belia yang dianjurkan oleh pertubuhan belia, badan kerajaan, organisasi bukan kerajaan atau manamana organisasi sektor swasta yang lain;
(g) Untuk menjalankan program bercorak pendidikan dan kesedaran untuk menggalakkan pembangunan belia;
(h) Untuk bekerjasama, menyelaras dan menyertai dalam program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa; dan
(i) Untuk melakukan apa-apa perkara lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.