kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

HUBUNGAN ANTARA DIMENSI PENYESUAIAN DIRI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR POLITEKNIK

Artikel ini bertujuan meneliti hubungan antara dimensi penyesuaian diri dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) berpandukan kepada Model Penyesuaian Baker & Siryk (1984). Seramai 136 responden telah dipilih secara teknik pensampelan mudah bagi memenuhi keperluan kajian. Responden terdiri daripada pelajar baharu semester dua bagi program kejuruteraan. Instrumen Student Adaptation College Questionnaire (SACQ) telah digunakan bagi melihat item – item mengenai empat dimensi penyesuaian iaitu penyesuaian akademik (PA), penyesuaian sosial (PS), penyesuaian peribadi-emosi (PEP) dan komitmen matlamat/perapatan institusi (KMPI). Dapatan kajian menunjukkan bahawa PA dan KMPI mencatatkan tahap penyesuaian diri yang baik manakala PEP dan PS hanya mencatatkan tahap sederhana. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan kekuatan korelasi yang sangat kuat bagi dimensi PA (r =.945, p=.000) terhadap pencapaian akademik. Dimensi lain seperti PS (r =.750, p=.000) dan KMPI (r =.835, p=.000) telah menunjukkan kekuatan korelasi pada tahap kuat. Elemen PPE (r =.655, p=.000) didapati hanya memiliki kekuatan korelasi yang sederhana dengan pencapaian akademik. Pengukuhan dimensi penyesuaian diri amat perlu diberikan perhatian oleh pihak kaunselor dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar politeknik di Malaysia. Kajian lanjut dicadangkan melalui pembinaan modul penyesuaian diri bagi pelajar baharu di politeknik dapat dibina bagi memberi peluang kepada usaha memperkasakan pembangunan diri yang lebih teguh.

Kata Kunci: Penyesuaian Akademik (PA), Penyesuaian Sosial (PS), Penyesuaian Peribadi-Emosi (PEP), Komitmen Matlamat/Perapatan Institusi (KMPI) dan Pencapaian Akademik.

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

SUSTAINABLE PRACTICE AMONG UNIVERSITY STUDENTS

The purpose of this study is to examine the differences between gender and faculty related to the level of sustainability knowledge and sustainability perception, to study the relevance level of sustainability knowledge and sustainability perception in relation to the commitment to participate in the practice of preservation among UPM students. A total of 268 students from University Putra Malaysia has been selected by stratified random sampling and simple random sampling. The data were analyzed using descriptive analysis while the hypothesis was tested using the T-test, ANOVA and Pearson correlation test. The results showed that the level of sustainability knowledge among UPM students was at a moderate level; majority of the respondents have positive sustainability perception and have a moderate commitment to participate in sustainable practices. There was no significant difference between gender in relation to the degree of sustainability knowledge level but there was a significant difference between gender related to sustainability perception. In addition, the results show that there is a significant difference between the faculties associated with the level of sustainability knowledge but there is no significant difference with sustainability perceptions. Meanwhile, the findings also show that there is no significant relationship between sustainability knowledge level and commitment to participate in sustainable practices but there is a positive relationship between sustainability perceptions and the commitment to participate in sustainable practices (r= 0.265**, p=0.000). In conclusion, to promote sustainability, sustainability knowledge level and sustainability perception are found to be associated with commitment to participate in sustainable practices. The necessary actions and changes can be taken by individuals, universities, governments and non-governmental organizations (NGO) to promote sustainable practices in the future.

Keywords: Sustainability, Knowledge, Perception, Practice

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PENGARUH MEDIA MASSA KE ATAS PENGLIBATAN POLITIK BELIA CINA

Artikel ini membincangkan tentang peranan media massa dan persepsi politik terhadap isu-isu politik dan parti politik dalam mempengaruhi partisipasi politik pengundi Cina bandar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan media massa dalam mempengaruhi partisipasi politik pengundi Cina dalam pilihan raya umum; persepsi politik pengundi Cina terhadap isu-isu politik yang diketengahkan dalam PRU-13 dan partisipasi politik pengundi Cina bandar di DUN Chempaka (N21) dalam PRU- 13. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang berdasarkan kepada data dan temubual tidak rasmi dalam kalangan belia Cina yang tinggal di bandar. Selain itu, kajian turut memperlihatkan bahawa faktor imej parti sebagai penentu kemenangan bagi DUN Chempaka (N21) dalam PRU-13. Justeru itu, keadaan ini menunjukkan satu fenomena baharu dalam pilihan raya di Malaysia, khususnya di bandar Chempaka, Selangor.
Kata Kunci: Pilihan Raya, Belia, Media Massa, Partisipasi Politik, Pengundi Bandar

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PERSEPSI BELIA PENAN TERHADAP ISLAM DI SARAWAK

Artikel ini cuba meneliti dan meninjau sejauh mana tanggapan atau persepsi1 etnik Penan Bukan Islam di Bahagian Bintulu terhadap ajaran Islam. Secara amnya, kajian ini mempunyai dua tujuan utama iaitu mengkaji persepsi etnik Penan Bukan Islam terhadap ajaran Islam dan faktor yang mendorong minat kepada Islam, dan memperbetulkan persepsi masyarakat Penan Bukan Islam terhadap ajaran Islam. Tahap kefahaman etnik Penan terhadap Islam masih rendah disebabkan faktor geografi yang jauh, dan pergaulan dengan rakan-rakan bukan Islam disebabkan kedudukan rumah yang berdekatan dengan perkampungan Iban atau Melanau menjadi faktor kesukaran masyarakat Penan bukan Islam untuk memahami tentang ajaran, sumber dan intipati Islam sebenar . Di samping itu, kajian ini turut mengkaji persepsi mubaligh Kristian terhadap Islam dan organisasi dakwah yang kerap mengunjungi perkampungan Penan untuk mengetahui dan memahami senario salah faham terhadap Islam seolah-olah Islam itu agama yang bersifat ekstreim dan ganas. Hingga melahirkan persepsi negatif dan Islamphobia dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Sampel kajian ini meliputi perkampungan Penan Muslim Bt.10, Kg.Penan Yuh Suburbun Jaya, Kg.Penan Bt.12, Kg.Penan Bt 12 ½ dan Kg.Penan Suai. Seramai 136 responden etnik Penan Non Muslim telah dijadikan responden. Data kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan pakej program komputer iaitu SPSS versi 22.0 (analisis deskriptif dan inferensi) di samping penggunaan soal selidik, temubual dan observasi. Hasil analisis item mendapati etnik Penan Bukan Islam mempunyai tahap pemikiran positif terhadap ajaran Islam, pernah mendengar penggunaan istilah Islam dan dipengaruhi beberapa faktor positif yang menarik kefahaman terhadap ajaran Islam.

Kata Kunci : Persepsi, Penan Bukan Islam, Ajaran Islam, Bintulu, Persefahaman Agama

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

POLITICAL PARTICIPANT THROUGH SOCIAL MEDIA AMONG YOUTH IN SARAWAK

This article aims to examine the use of social media on youth participation in the political process in Kuching, Sarawak. The study relies on data obtained from 500 randomly selected youths and they have provided feedbacks through the study questionnaires. The study results show that Facebook, Twitter, Instagrams, and online news portals are the main social media used by the youth as a source of information on political news. However, few of them wrote about politics in their Facebook timeline, less than 40 percent of the respondents tweet on politics, and only 34.5 percent wrote about politics in their Instagram, and a small number of respondents responded to news in the online news portals. Among the popular online news portals for youth to obtain political news are Malaysiakini, Malaysia Today, Sarawakvoice and Sarawakiana. The findings also show that the use of social media for political activities is influenced by factors such as political efficacy, knowledge of politics and their direct participation in the political arena.

Keywords: Social Media, Political Efficacy, Political Knowledge and Youth Direct Political Participation.

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.