kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

LITERASI KESIHATAN REMAJA MALAYSIA

Pengaruh keakraban dengan ibu bapa dan pengaruh keakraban dengan rakan sebaya merupakan faktor penting yang dapat mempengaruhi kemahiran literasi kesihatan dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja di Malaysia. Berdasarkan perspektif teori ekologi, psikososial dan sosiologi, kajian ini adalah untuk menentukan tahap kesedaran dan amalan literasi kesihatan dalam kalangan remaja di Malaysia. Kajian juga adalah untuk menentukan pengaruh keakraban dengan ibu bapa dan keakraban dengan rakan sebaya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan penjagaan kesihatan remaja. Subjek kajian adalah remaja di sekolah menengah yang berumur 15 – 17 tahun. Kajian telah menggunakan teknik persampelan rawak mudah dan saiz sampel berjumlah 506 orang. Borang soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menerima pakai instrumen kajian yang dibina oleh Sorensen et al. (2013) European Health Literacy Questionaire (HLS-EU-Q) dan Osborne et al. (Health Literacy Questionaires -HLQ). Data soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 22. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan, positif dan sederhana antara pengaruh keakraban dengan ibu bapa (r=0.457, p<0.005) dan keakraban dengan rakan sebaya (r = 0.433, p<0.005) dengan literasi kesihatan remaja. Artikel ini membincangkan implikasi dapatan kajian terhadap agensi yang berkaitan dalam merancang strategi untuk memperkasakan individu dan komuniti supaya bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri melalui literasi kesihatan.

Kata Kunci: Literasi Kesihatan, Remaja, Keakraban Ibu Bapa, Keakraban Rakan Sebaya

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.