- Laman Utama
- Pengumuman
- Uncategorised
Pengumuman
Berikut merupakan cara membuat tempahan:
1. Pilih Buku
Anda boleh memilih buku dan membuat review berdasarkan senarai pada katalog yang disediakan : (link katalog)
2. Isi Borang Tempahan
Klik DI SINI untuk mengisi borang tempahan dan membuat pengesahan pembayaran.
3. Pembayaran
Lakukan pembayaran ke dalam akaun bank berikut:
- Maybank : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 5660 1055 2155
- Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
**Sahkan bayaran anda dengan menghantarkan maklumat bayaran ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sekiranya anda membuat bayaran secara atas talian/online. Atau hantar gambar resit bayaran menggunakan whatsapp 019-631 6439 sekiranya anda membuat bayaran secara manual ( mesin cash deposit/atm/kaunter bank).
4. Tempahan Disahkan
Tempahan akan mula diproses setelah pengesahan bayaran anda di semak. Tempahan akan disahkan setelah pihak kami menyemak transaksi deposit dan butiran lengkap di terima. *Pihak kami akan menghubungi anda setelah proses tempahan selesai.
5. Perkhidmatan PosLaju/Self-Pickup
3 hingga 7 hari bekerja diperlukan bagi perkhidmatan pos laju. Manakala, self-pickup dialu- alukan di pejabat kami.
1.2.1 Perkhidmatan/ projek perundingan dengan menggunakan kepakaran
IYRES atau bersama pakar rujuk IYRES.
1.2.2 Memperkenalkan IYRES kepada umum.
1.2.3 Menggalakkan pemegang taruh memantapkan dan menambahbaik
program melalui hasil penyelidikan/penilaian.
5.1 Secara amnya, prosedur perkhidmatan perundingan boleh dibahagikan kepada
empat fasa. Fasa-fasa tersebut adalah seperti berikut:
Fasa 1: Peringkat Penerimaan Permohonan Projek Perkhidmatan Perundingan
Fasa 2: Peringkat Kelulusan dan Perlantikan
Fasa 3: Peringkat pelaksanaan
Fasa 4: Peringkat Penyerahan
5.1.1 Peringkat Penerimaan Permohonan Projek Perkhidmatan Perundingan
5.1.1.1 Menerima permintaan permohonan projek perkhidmatan perundingan
dengan menggunakan borang IPPBM-PP.GP-14-BK-01, kertas
pelaksanaan/ kertas cadangan penyelidikan dan jumlah peruntukan
melalui KPE, UPP atau terus kepada kakitangan IYRES.
5.1.1.2 Permohonan yang diterima akan dinilai oleh Ketua Cawangan
Penyelidikan dan Inovasi atau kakitangan yang diarahkan oleh KPE.
5.1.1.3 Semua permohonan kajian perlu dipersetujui dan diluluskan oleh KPE
melalui ulasan yang dikemukan oleh Ketua Cawangan Penyelidikan &
Inovasi atau kakitangan yang diarahkan.
5.1.2 Peringkat Kelulusan dan Perlantikan
5.1.2.1 Jika dipersetujui, pihak UPP akan mengeluarkan surat maklum balas
persetujuan dan satu perbincangan bagi menentukan gerak kerja
seterusnya antara perunding dan klien akan diadakan.
5.1.2.2 Kumpulan perunding akan menyediakan kertas cadangan penyelidikan
seperti yang dipohon oleh klien berserta tempoh masa kajian dan
jumlah perbelanjaan.
5.1.2.3 Perunding boleh mencadangkan nama pakar rujuk yang dirasakan
dapat memantapkan lagi projek tersebut dengan kelulusan KPE.
5.1.2.4 Perunding perlu mengambil kira kos-kos berikut dalam proses
persiapan projek:
Analisa data
Pemberlian barang-barang runcit dan peralatan
Pembelian alat tulis
Sewaan peralatan dan kemudahan seperti bilik seminar dll.
Bayaran percetakan seperti penyediaan instrument kajian, laporan dll
Bayaran enumerator dan pengkodan data
Caj perundingan
5.1.3 Peringkat Pelaksanaan
5.1.3.1 Ketua projek bertangungjawab sepenuhnya terhadap pelaksanaan
projek. Peringkat pelaksanaan ini melibatkan prosedur-prosedur projek
perkhidmatan perundingan Penyelidikan seperti membentangkan
laporan akhir projek/ kajian kepada Ahli Jawatankuasa Perancangan
Penyelidikan/ KPE serta klien.
5.1.4 Peringkat Penyerahan
5.1.4.1 Semua laporan projek/ kajian yang telah lengkap perlu di buat dalam
bentuk ‘Perfect Binding’ sebanyak 5 salinan untuk (1) Pusat Sumber
IYRES, dengan kebenaran klien (2) Klien, 2 salinan (3) KPE IYRES
(4) simpanan Fail serta laporan dalam bentuk softcopy.
1.1.1 Aktiviti ini melibatkan perkhidmatan kepakaran atau kemahiran kepada
pihak luar seperti bahagian-bahagian dalam Kementerian Belia dan
Sukan, agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajann (NGO), dan pemegang
taruh belia yang lain. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan
kompetensi dan kemahiran kakitangan yang terlibat.
1.1.2 IYRES akan menjadikan aktiviti perundingan ini sebagai sumber bagi
menjana pendapatan IYRES. Caj sebanyak 25% akan dikenakan
kepada setiap kos rundingan/ penyelidikan.
1.1.3 IYRES akan melantik pakar rujuknya sendiri dalam menjayakan
aktiviti/ penyelidikan sekiranya perlu.
