- Laman Utama
- Program Intelektual
- Persidangan Belia Antarabangsa Pemimpin Muda
Persidangan/ Seminar Belia Antarabangsa
Sebuah program yang menghimpunkan panel jemputan daripada antarabangsa untuk berkongsi maklumat di dalam ruang perbincangan intelektual dan menghasilkan usul-usul cadangan yang boleh dikemukakan keperingkat yang lebih tinggi berkaitan pembangunan belia. Program ini akan dilaksanakan mengikut peruntukan yang disediakan. Objektif am pelaksanaan seminar/simposium antarabangsa belia: Menyediakan platform kepada golongan belia Malaysia untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan tema seminar/simposium yang dilaksanakan; Menjadi pemangkin dalam usaha IYRES melahirkan golongan belia yang mempunyai kesedaran untuk membawa perubahan yang positif kepada masyarakat; dan Mewujudkan hubungan kerjasama antara pihak tempatan dan antarabangsa dalam memperkasa pembangunan belia negara dengan lebih tersusun. Kaedah pelaksanaan seminar/simposium antarabangsa belia: Program tersebut akan dilaksanakan mengikut beberapa sesi selari yang akan dikendalikan oleh moderator/fasilitator yang dilantik. Setiap sesi selari akan melaksanakan pembentangan daripada penyelidik yang dijemput mengikut sub tema yang ditetapkan. Pada akhir sesi ini , soal jawab oleh peserta kepada pembentang akan dibuka. Diakhir program akan diadakan sesi rumusan oleh pihak IYRES. Hasil pembentangan dan rumusan program akan dijadikan dokumen untuk dibawa keperingkat tertinggi. Outcome seminar/simposium antarabangsa belia: Penyerlahan potensi IYRES dalam menyediakan platform menyebarluaskan hasil penyelidikan pembangunan belia. Meningkatkan jaringan kerjasama antara penyelidik di peringkat Nasional dan Antarabangsa. Mengumpulkan dokumen penyelidikan pembangunan belia untuk dijadikan input di dalam Asia Pacific Journal of Youth Studies (APJYS) Edisi Khas