Sebuah program yang dilaksanakan untuk membentangkan hasil kajian-kajian IYRES terkini kepada pemegang taruh pembangunan belia dalam merangka program atau aktiviti yang memenuhi keperluan dan kehendak semasa golongan belia. Objektif am pelaksanaan Town Hall: Meningkatkan pengetahuan peserta melalui penyampaian maklumat yang lebih jelas berkaitan penyelidikan belia dan sukan; Menerangkan penggunaan sistem-sistem di dalam Hub data Belia untuk dijadikan tools bagi perancangan program dan aktiviti pemerkasaan belia Malaysia; dan Memberi peluang kepada peserta untuk menyuarakan persoalan, idea dan cadangan berkaitan penyelidikan yang dilaksanakan oleh pihak IYRES. Kaedah pelaksanaan Town Hall: Program tersebut akan dilaksanakan dengan konsep TED Talks. Emcee akan menjemput panel jemputan dari kalangan penyelidik IYRES. Kemudian setiap panel akan melaksanakan pembentangan mengikut tajuk yang telah ditetapkan. Setelah selesai pembentangan oleh panel jemputan tersebut, Emcee akan membuka peluang kepada para peserta untuk bertanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk pembentangan. Outcome Town Hall: Menyerlahkan potensi IYRES sebagi pusat penyelidikan utama bagi pembangunan belia Malaysia; dan Mendapatkan input daripada peserta program bagi menambah baik penyelidikan dan sistem-sistem yang dibangunkan oleh IYRES Town Hall 2021 + Town Hall 2020 +