kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PELAWAAN TAWARAN SEBAGAI PENGEKOD DATA (DATA ENTRY) SECARA SAMBILAN BAGI KAJIAN INDEKS BUDAYA SUKAN MALAYSIA 2019 (IBSM’19)

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) ingin mempelawa calon-calon berminat untuk menjadi Pengekod data (data Entry) secara sambilan (Part Time) bagi Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia 2019 (IBSM’19).

KRITERIA PEMILIHAN PENGEKOD DATA (DATA ENTRY)

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur di antara 18 Hingga 40 Tahun;
  3. Mempunyai Komputer/Laptop;
  4. Mempunyai pengalaman sebagai pengekod data (data Entry);
  5. Sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan akademik Sijil Tinggi  Pelajaran Malaysia (STPM)/ Diploma atau mana-mana Sijil Kemahiran
  6. Mahir Menggunakan Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS);
  7. Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan sosial menjadi keutamaan dalam pemilihan ini;
  8. Berdisiplin, berdedikasi, komited, jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan;
  9. Pihak IYRES berpuas hati ke atas prestasi pelaksanaan tugas-tugas pengekodan data terdahulu yang telah dipertanggungjawabkan (hanya kepada mereka yang pernah dilantik sebagai pengekod data kajian IYRES sahaja)
  10. Boleh menerima arahan dari semasa ke semasa.

PANDUAN PENGEKOD DATA BAGI KAJIAN INDEKS BUDAYA SUKAN MALAYSIA 2019 (IBSM’19)

  1. Pengekod data WAJIB menghadiri sesi taklimat Pengekod data yang dikendalikan oleh Penyelidik IYRES;
  1. Pengekod data akan menerima satu set manual Pengekod data yang dibekalkan semasa sesi taklimat yang dikendalikan oleh Penyelidik IYRES;
  1. Pengekod data perlu memastikan setiap perkara dalam borang diisi dengan lengkap di dalam sistem. Pihak IYRES berhak untuk menolak borang yang tidak lengkap atau dikira sebagai ‘borang rosak’;
  1. Pengekod data perlu menyimpan kerahsiaan maklumat yang terkandung dalam borang yang direkodkan;
  1. Pengekod data perlu merekodkan maklumat tersebut ke dalam Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS) Versi 24 dan ke atas dan memulangkan semula kepada pihak IYRES selewat-lewatnya 7 hari selepas menerima borang;
  1. Pihak Pengurusan IYRES akan membuat pembayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan menerusi akaun enumerator melalui “Electronic Fund Transfer” (EFT) IYRES;
  1. Pengekod data harus memaklumkan kepada pihak IYRES sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan sebagai Pengekod data lebih awal dari tempoh yang diberikan.
  1. Memaklumkan seminggu selepas tarikh taklimat;
  2. Perlu menyerahkan baki borang kepada IYRES;
  3. Pihak IYRES akan mengeluarkan surat tamat perkhidmatan kepada Pengekod data.

Kepada calon yang berminat: Anda boleh mendaftar butiran anda pada borang yang disediakan (Sila MUAT TURUN BORANG di sini)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 28 Mei 2019  (Selasa)

Sila emailkan borang permohonan tersebut kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 - Calon yang berjaya akan dipanggil ke sesi taklimat yang akan dimaklumkan kelak oleh pihak IYRES.
 - Calon yang tidak menerima apa-apa maklumat selepas sebulan dari tarikh permohonan adalah dikira tidak berjaya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut, anda boleh menghubungi pegawai kami atas talian berikut:

En. Shah Romnizam Ramli - 03 8871 3331

 

PELAWAAN TAWARAN SEBAGAI ENUMERATOR BAGI KAJIAN PENILAIAN OUTCOME INDEKS BELIA MALAYSIA 2019 (IBM’19)

Sukacita dimaklumkan bahwa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) akan melaksanakan Kajian Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia 2019 (IBM’19). Kajian ini adalah susulan daripada Kajian Indeks Belia Malaysia 2015 dan Kajian Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia 2016 dan 2017. Ianya bertujuan untuk mengukur kualiti dan kesejahteraan hidup belia Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak IYRES ingin mempelawa calon yang berminat untuk menjadi Enumerator bagi kajian ini seperti ketetapan berikut:

SYARAT LANTIKAN ENUMERATOR BAGI KAJIAN PENILAIAN OUTCOME INDEKS BELIA MALAYSIA 2019 (IBM’19):

 

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur di antara 18 tahun hingga 40 tahun.
  3. Bermastautin di negeri lokasi kajian sekurang-kurangnya 2 tahun.
  4. Terbuka kepada semua etnik.
  5. Mahir berkomunikasi dan memahami Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa.
  6. Mempunyai lesen memandu kereta atau motosikal.
  7. Mempunyai kenderaan persendirian untuk menjalankan kerja yang ditugaskan.
  8. Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan sosial menjadi keutamaan dalam pemilihan ini.
  9. Boleh dihubungi bila-bila masa.
  10. Berdedikasi, berdisiplin, mesra berinteraksi dengan pihak penyelidik dan responden kajian, komited, jujur, amanah, bertanggungjwab, berintergriti dan professional dalam menjalankan tugas yang diberikan.
  11. Antara yang boleh memohon seperti berikut:
    • Pelajar IPT/Lepasan pelajar IPT
    • Guru-guru sekolah, pejawat awam, pekerja swasta (proses pengumpulan data kajian mestilah dilaksanakan luar daripada waktu bekerja)
  12. Boleh menerima arahan daripada pegawai penyelaras.
  13. Boleh bertugas dikawasan yang telah ditetapkan.
  14. Tarikh akhir permohonan adalah pada 10 MEI 2019 (JUMAAT).
  15. Calon yang berjaya, akan dipanggil ke sesi taklimat.
  16. Boleh rujuk lokasi taklimat kajian seperti berikut:

 

LOKASI TAKLIMAT KAJIAN IBM’19

BIL

NEGERI

LOKASI TAKLIMAT

1

Johor 

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Johor Bahru

2

Melaka      

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh

3

Perak

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak, Ipoh

4

Sabah 

Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah, Kota Kinabalu

5

Terengganu

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu,Kuala Terengganu

6

Kelantan  

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, Kota Bharu

7

Pahang

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang, Kuantan

8

Pulau Pinang                     

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban

9

Selangor

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor, Shah Alam

10

Kedah 

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar

11

Negeri Sembilan               

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Seremban

12

Perlis 

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis-Kangar

13

Sarawak

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching

14

W.P Kuala Lumpur           

Jabatan Belia Dan Sukan WP Kuala Lumpur, Bukit Kiara

15

W.P Putrajaya           

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Presint 4, Putrajaya

16

W.P Labuan                         

Jabatan Belia Dan Sukan WP Labuan, Kompleks Sukan Labuan

 

  1. Maklumat permohonan yang diterima akan dimasukkan ke dalam simpanan ICE Community Enumerator (ICE)
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut, anda boleh menghubungi pegawai kami atas talian berikut:

Pn. Shahhanim Yahya                               03-8871 3343

Pn. Norhidayah Omar                                 03-8871 3331

En. Shah Romnizam Ramli                       03-8871 3331

En. Mohamad Saifful Hassan                   03-8871 3335

  1. Sila klik pautan ini https://forms.gle/paFFhX7EJT6KLCbz9 bagi tujuan pendaftaran sebagai Enumerator kajian.

TAWARAN SEBAGAI ENUMERATOR BAGI KAJIAN INDEKS BUDAYA SUKAN 2019 MALAYSIA (IBSM’19)

 Syarat-syarat utama kelayakan

 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur 21 tahun ke atas
  3. Bangsa Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak dan lain-lain
  4. Bayaran 15.00 bagi setiap borang soal selidik yang lengkap diedarkan
  5. 16 Negeri di seluruh Malaysia merangkumi kawasan berikut :

BIL

NEGERI

LOKASI

1

JOHOR 

JOHOR BAHRU

2

MELAKA      

AYER KEROH

3

PERAK

IPOH

4

SABAH 

KOTA KINABALU

5

TERENGGANU

KUALA TERENGGANU

6

KELANTAN  

KOTA BHARU

7

PAHANG

KUANTAN

8

PULAU PINANG                     

GELUGOR

9

SELANGOR

SHAH ALAM

10

KEDAH 

ALOR SETAR

11

NEGERI SEMBILAN               

SEREMBAN

12

PERLIS 

KANGAR

13

SARAWAK

KUCHING

14

W.P KUALA LUMPUR           

BUKIT KIARA

15

W.P PUTRAJAYA           

PUTRAJAYA

16

W.P LABUAN                         

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

  1. Mempunyai kenderaan sendiri
  2. Tarikh akhir permohonan adalah pada 22 Mac 2019 (Jumaat)
  3. Pernah menjadi pembanci/enumerator adalah suatu kelebihan
  4. Hubungi penyelidik di talian:

Nama Penyelidik IYRES Untuk Dihubungi

Jawatan

No Tel

Pn Shahhanim Yahya

Eksekutif Penyelidik Kanan II

03-8871 3343

Pn Asnida Abd Hamid

Eksekutif Penyelidik II

03-8871 3233

En Muhammad Azeem Abdul Aziz

Penolong Pegawai Penyelidik

03-8871 3594

 

  1. Sila emailkan borang permohonan yang lengkap kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Calon yang berminat dan berkelayakan, anda boleh mendaftar butiran anda pada borang yang disediakan (Sila MUAT TURUN BORANG di sini)

PERSIDANGAN MEJA BULAT (RTD) "PENGLIBATAN BELIA DALAM SEKTOR KORPORAT"

SLAID PEMBENTANG I 

YBRS. DR ZAINAH SHARIFF 
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF IYRES
(TREND KEPIMPINAN MUDA DALAM PELBAGAI SEKTOR DI SELURUH MALAYSIA)

SLAID PEMBENTANG II

ENCIK JUNAIDI MANSOR
KHAZANAH RESEARCH INSTITUTE (KRI)
(PERANAN DAN SUMBANGAN SEKTOR KORPORAT DALAM AGENDA PEMBANGUNAN BELIA DI MALAYSIA)

SLAID PEMBENTANG III

ENCIK WAN MOHD FIRDAUS WAN MOHD FUAAD
FOUNDER YOUNG CORPORATE MALAYSIANS
(PERSEDIAAN BELIA DALAM MENCEBURI SEKTOR KORPORAT)

RESOLUSI PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA (RTD) “CABARAN AGENDA SOSIAL – KESIHATAN MENTAL & GENERASI MUDA”

Belia Malaysia dan Peserta Program RTD, Cabaran Agenda Sosial -Kesihatan Mental & Generasi Muda yang bersidang di Podium B, Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) pada 27 Februari 2018 bersetuju menerima perkara-perkara berikut bagi melaksana dan menggesa saranan serta resolusi untuk tindakan pihak Belia, Ibubapa/Penjaga, Masyarakat, Majikan/Rakan Sekerja dan Kerajaan seperti berikut:

PERANAN BELIA 1. Golongan belia DISARAN mendapatkan khidmat kepakaran tanpa ada apa-apa stigma/ was-was kepada sebarang bantuan dan sokongan berkaitan kesihatan mental khususnya yang telah diberikan oleh kumpulan pakar kesihatan mental.

2. Golongan Belia DISARANKAN untuk mengenalpasti simptom-simptom yang ada pada diri dan ambil perhatian serius dengan mendapatkan khidmat nasihat dan rujukan daripada pakar dalam bidang kesihatan mental. 3. Golongan Belia DISARAN untuk menerapkan serta meningkatkan amalan keagamaan/ religiositi/ kerohanian bagi mengurangkan risiko kesihatan mental.

4. Golongan Belia DISYOR untuk melibatkan diri dalam kempen-kempen berkaitan kesihatan mental yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak.

PERANAN IBUBAPA/PENJAGA

5. Golongan Belia MENGGESA Ibubapa/Penjaga memberikan perhatian kepada anak-anak secara individu bagi mencegah mereka terdedah dengan masalah yang boleh membawa kepada isu kesihatan mental.

6. Golongan Belia MENYARANKAN Ibubapa/penjaga mempunyai pengetahuan (parenting skill) bagi mendidik anak-anak agar mempunyai daya tahan diri.

PERANAN MASYARAKAT 7. Golongan Belia MENYARANKAN agar masyarakat menerima dan tidak mempunyai stigma terhadap pesakit mental agar mereka ini tidak terasa terpinggir.

 

PERANAN MAJIKAN & RAKAN SEKERJA

8. Golongan Belia MENYARANKAN agar majikan mendapatkan informasi berkaitan pengurusan kesihatan mental untuk membantu kakitangan dalam organisasi.

9. Golongan Belia MENGESYORKAN agar pihak majikan membuat penilaian ke atas tahap kualiti kesihatan mental kakitangan agar dapat membantu mereka berhadapan dengan situasi.

10. Golongan Belia MENGESYORKAN majikan untuk menerima secara positif perkongsian kakitangan berkaitan masalah kesihatan mental.

11. Golongan Belia MENYARANKAN agar rakan sekerja membantu melaporkan jika terdapat isu-isu stres dan kemurungan dalam kalangan rakan sekerja kepada majikan.

PERANAN KERAJAAN

12. Golongan Belia MENYARANKAN agar pihak kerajaan mengkaji pindaan kesalahan hukuman membunuh diri dibawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi membantu mereka mendapatkan rawatan dan pertolongan yang sewajarnya.

 13. Golongan Belia MENGESYORKAN untuk memperbanyakkan Pusat Inovasi Sosial bagi memberi ruang kepada belia berinteraksi bersama komuniti menggunakan konsep Asset Based Community Development.

14. Golongan Belia MENYARAN agar melaksanakan inisiatif bagi memastikan masyarakat terutama generasi muda mempunyai ruang dan peluang untuk memantapkan nilai rohani dan jasmani.

15. Golongan Belia MENGGESA agar pihak kerajaan melahirkan lebih ramai pakar terlatih yang berkebolehan bagi membantu menangani isu kesihatan mental.

16. Golongan Belia MENGESYORKAN untuk mewujudkan talian khas (suicide hotline) bagi membantu belia yang mengalami masalah kesihatan mental bagi mengelakkan kes bunuh diri.

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.