- Laman Utama
- Perkhidmatan
- Khidmat Rundingan
Konsultasi Penyelidikan
PERKHIDMATAN PERUNDINGAN IYRES
Pengenalan
Perkhidmatan Perundingan Penyelidikan merupakan salah satu aktiviti penyelidikan yang dilaksanakan oleh pihak IYRES dalam memberikan khidmat kepada pelbagai pihak untuk melaksanakan kajian-kajian pembangunan belia. Semua projek perkhidmatan perundingan yang dilaksanakan selari dengan misi IYRES iaitu ‘meningkatkan kerjasama dan pengembelengan tenaga akademik, pengamal dan ahli komuniti yang berminat dengan pembangunan belia untuk bersama-sama mengkaji isu-isu belia daripada pelbagai dimensi agar dapat menjadi input kepada dasar, mencari penyelesaian yang bermakna terhadap pelbagai masalah yang dihadapi oleh belia, dan juga mempromosi agenda tindakan baru yang akan meningkat pembangunan positif terhadap belia dan negara’.
Objektif
- Menggalak serta meningkatkan hasil penyelidikan pembangunan belia dalam membantu pembentukan polisi dan dasar negara.
- Membantu pemegang taruh dalam memperkemas dan menambahbaik program melalui hasil penyelidikan/penilaian.
- Memperkenalkan IYRES kepada umum.
- Mewujudkan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam memperkayakan hasil penyelidikan berhubung pembangunan belia.
Sebarang maklumat lanjut berhubung Perkhidmatan Perundingan Penyelidikan yang diperlukan, pihak tuan/puan boleh menghubungi pihak IYRES di talian 03-8871 3254/ 03-88713014 atau membuat permohonan melalui pautan https://igreat.iyres.gov.my/en/intro/