kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
  • Eng
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KUMPULAN MILITAN ISLAM IRAQ DAN JAJAHANNYA (ISIL) – ANTARA PERJUANGAN DAN SEMANGAT JIHAD

MAKLUMAT AKTIVITI

Tarikh                           :       30 JANUARI 2014

Masa                             :       9.00 Pagi – 5.00 petang

Tempat                         :       Galeria, Lobi Menara KBS

Tetamu Kehormat           :       YBhg Dato’ Harun Bin Che Su

                                           Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik)

                                           Kementerian Belia dan Sukan

Peserta                         :       93 Orang

MAKLUMAT PENYERTAAN

LATAR BELAKANG

 ISIL merupakan sebuah kumpulan pejuang Islam yang aktif di Iraq dan Syria. Ia ditubuhkan pada tahun-tahun awal Perang Iraq dan berjanji setia dengan kumpulan al-Qaeda pada tahun 2004. Matlamat Negara Islam Iraq dan Jajahannya adalah untuk menubuhkan sebuah kekhalifahan dalam kawasan majoriti berfahaman Sunni di Iraq dan kemudiannya termasuklah Syria seterusnya ke seluruh dunia.

Wisma Putra berkata 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria dalam berjuang untuk ISIL. Justeru itu, rakyat Malaysia terutama belia Malaysia perlu diberi maklumat penuh mengenai jihad anjuran Islam dan jihad yang diterjemahkan kumpulan Isil ketika mengajak orang lain menyertai perjuangan mereka.

 

OBJEKTIF

 Membincangkan dan mengemas kini perkembangan terkini dan sebenar krisis perjuangan ISIL di Timur Tengah.

  1. Membincangkan isu penyertaan belia dalam perjuangan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).
  2. Membincangkan isu penyertaan belia dalam perjuangan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).
  3. Membincangkan tindakan yang bersesuaian atas kapasiti dan kemampuan sebagai generasi muda bagi menyuarakan pandangan dan pendapat terhadap perjuangan ISIL
  4. Mendokumenkan hasil kenyataan dan deklarasi oleh golongan Belia Malaysia dalam perjuangan ISIL sebagai dokumen yang akan diketengahkan ke peringkat Nota Jemaah Menteri.
  5. Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta penggubalan dan penambahbaikan .

ATURCARA PERSIDANGAN

9.00   pagi             -      Pendaftaran Peserta

 

10.00 pagi             -     Lagu NegaraKu

                           -      Bacaan Doa

                                 Ucapan Aluan oleh

                                 YBRS DR WASITAH HJ MOHD YUSOF

                                 Ketua Pegawai Eksekutif IYRES

 10.15 pagi           -     Taklimat Moderator

                                  ENCIK JUFITRI JOHA

                                  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

 10.30   pagi        -        PEMBENTANGAN I

                                  YBRS ENCIK KENNIMROD SARIBUJA DAN YBRS CIK JASMINE MOHAMED JAWHAR

                                   Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Dan Penerbitan

                                  Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) Kementerian Luar Negeri

                                  Tajuk : “Apa Itu ISIL”

                                  PEMBENTANGAN II

                                  YBRS ENCIK AKRUN BIN MUSA

                                 Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

                               Tajuk : “Jihad Menurut Perspektif Islam”

 11.30 pagi          -      Perbincangan Pembentangan 1 dan 2

 

12.30 tengahari    -        Rehat

 

02.0  petang        -     PEMBENTANGAN III

                               YBRS TUAN HAJI SAHARUDDIN HASSAN

                               Pengarah Asia Barat  Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri

                               Tajuk : “Reaksi Masyarakat Antarabangsa Terhadap ISIL”

                               PEMBENTANGAN IV

                               YDH DSP AHMAD NORISHAM MAARUS

                               Unit Counter Terrorism

                               Polis Di Raja Malaysia (PDRM)

                              Tajuk : “Pencegahan Militan Di Malaysia”

 

 03.00 petang         -        Perbincangan Pembentangan 3 dan 4

 04.00 petang         -        Minum Petang

 04.30 petang         -        KETIBAAN YBHG DATO HARUN CHE SU

                                      Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik)

                                      Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia

 04.40 petang         -        Pembentangan Resolusi Persidangan Meja Bulat Belia:

                                      Kumpulan Militan Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL)

                           -        Penyerahan Resolusi mengenai Persidangan Meja Bulat Belia: Kumpulan Militan Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) daripada wakil belia kepada wakil Kementerian

                           -        Ucapan Penutup oleh

                                   YBHG DATO HARUN CHE SU

                                   Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik)Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia

                               -   Penutup

 

PENCAPAIAN PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: KUMPULAN MILITAN ISLAM IRAQ DAN JAJAHANNYA (ISIL) – ANTARA PERJUANGAN DAN SEMANGAT JIHAD

Kami, generasi Belia yang menghadiri Persidangan Meja Bulat Belia mengenai ISIL, Antara Perjuangan dan Semangat Jihad yang dilaksanakan di Bilik Sekretariat Pengurusan Acara, Menara KBS  pada 29 Januari 2015 mencadangkan beberapa usul sebagai resolusi terhadap persidangan ini seperti berikut:-

  1.  Golongan Belia BERPANDANGAN bahawa pihak Kerajaan perlu merancang satu Pelan Keselamatan Negara yang kukuh bagi memastikan segala pengaruh dari luar yang boleh mengancam negara dapat dicegah dari awal.
  2.  Golongan Belia MENGGESApihak Kerajaan supaya segala maklumat/informasi dan pemahaman berkaitan IS perlu diperhebatkan melalui pelbagai saluran media supaya dapat meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan belia terhadap pentingnya keselamatan sejagat dan bagi mengelak kesalah tafsiran terhadap isu ini.
  3.  Golongan Belia MENYARANKAN agar pihak Kerajaan membuat sidang media khas berhubung isu ini secara formal melalui media massa tentang pendirian Malaysia yang menolak keganasan IS.
  4.  Golongan Belia BERPENDIRIAN agar sumber maklumat berkaitan IS disunting oleh pihak Kerajaan bagi memastikan golongan belia mendapat maklumat yang sahih.
  5.  Golongan Belia BERPENDIRIAN isu kemanusiaan diterapkan di dalam sistem pembelajaran diperingkat awal dengan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan agar dapat mencegah gejala negatif ini dari peringkat awal.
  6.  Golongan Belia BERPANDANGANbahawa persatuan-persatuan belia Malaysia perlu memainkan peranan bagi melaksanakan aktiviti dan mempergiatkan program-program berteraskan nilai akhlak supaya golongan belia dapat menghindari dari melakukan salah laku yang ditegah oleh masyarakat.
  7.  Golongan belia BERPENDIRIAN agar pihak Kerajaan dapat memberi nama yang khusus kepada  pergerakan militan IS (Islamic State) kepada Un–Islamic State supaya tidak menjejaskan pandangan agama lain terhadap ajaran Islam yang mengharamkan keganasan dan jenayah.
  8.  Golongan Belia BERPANDANGAN supaya isu keganasan ini dapat dibawa dan dibincangkan bersama di dalam Persidangan Kemuncak ASEAN 2015 supaya negara serantau juga dapat memainkan peranan bersama dalam memantau pergerakan militan IS ini melalui elemen Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN.

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.