- Laman Utama
- Program Intelektual
- Persidangan Meja Bulat Belia
- RTD
- DIALOG INTELEKTUAL BELIA: CABARAN MEREALISASIKAN BUDAYA BERSUKAN
DIALOG INTELEKTUAL BELIA: CABARAN MEREALISASIKAN BUDAYA BERSUKAN
MAKLUMAT AKTIVITI
Tarikh : 28 April 2014
Masa : 9.00 pagi – 5.30 petang
Tempat : Publika, Solaris Dutamas
VIP : YBHG DATO’ HARUN CHE SU
Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan
LATAR BELAKANG
- Sukan merupakan isu yang dinyatakan sebagai bersifat universal di mana dapat diterima dari semua golongan peringkat umur tanpa mengira latar belakang agama, bangsa mahupun fahaman politik masing-masing. Sukan juga dilihat sebagai platform pengukuhan aspirasi nasional.
- Malahan, Dasar Sukan Negara juga menekankan mengenai dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
*Dasar Sukan Negara, 2009”.
3. Berdasarkan hasil Kajian Budaya Sukan dalam kalangan Rakyat Malaysia kajian yang dilaksanakan oleh IYRES mendapati bahawa tahap bersukan rakyat Malaysia pada di tahap sederhana di mana 40.8 % adalah aktif, 19.8 % kurang aktif dan 39.4 %tidak aktif.
4.Dapatan kajian yang sama mendapati lebih ramai lelaki yang terlibat dalam aktiviti sukan dan daripada golongan belia dan remaja. Manakala, golongan dewasa dan warga emas adalah antara yang paling rendah penglibatan dalam bersukan. Daripada segi etnik pula, bangsa Melayu paling aktif terlibat dalam sukan manakala golongan Cina adalah yang paling rendah melibatkan diri dengan sukan.
5. Melalui hasil kajian tersebut juga, didapati keaktifan terlibat dalam sukan paling tinggi adalah daripada pelajar sekolah 55.5 %, penuntut kolej/universiti 45.1 % dan 41.2 % adalah dari yang bekerja dengan sektor kerajaan/bada berkanun. Sebaliknya, yang paling tidak aktif adalah suri rumah/tidak bekerja 70.1 %, golongan pesara 56.1 % dan bekerja sendiri 49.5 %.
6. Seterusnya, kajian tersebut mendapati aktiviti sukan yang paling diminati bagi lelaki ialah Bola sepak 28.8 %, Badminton 15.2 %, Futsal 10.8 %, Bola Keranjang 4.7 % dan Sepak Takraw 3.9 %. Manakala bagi wanita paling diminati adalah Berjoging / Berlari 24.6 %, Badminton 23.6 %, Bola Jaring 8.8 %, Berbasikal 4.7 % dan Berjalan Pantas 4.7 %.
7. Antara masalah yang dinyatakan oleh responden untuk tidak aktif dalam sukan adalah kekangan masa, keterbatasan kemudahan bersukan, sikap tidak berminat dengan sukan dan persepsi negatif segolongan ahli masyarakat terhadap aktiviti sukan.
*Ringkasan Kajian IYRES – Kajian Budaya Sukan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia, 2014
OBJEKTIF
- Membuka peluang kepada para peserta terutama kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan, maklum balas mahupun reaksi berkaitan cabaran dalam merealisasikan budaya sukan di Malaysia.
- Menyediakan platform bagi memberi penerangan dan maklumat yang jelas mengenai konsep kesukanan di Malaysia bagi menjadikan bidang sukan dijadikan suatu budaya golongan belia.
- Merumuskan input yang diterima daripada kalangan peserta untuk dijadikan sebagai dokumen yang akan diketengahkan ke peringkat Nota Jemaah Menteri.
- Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta penggubalan dan penambahbaikan dasar serta sebagai rujukan.
ATURCARA PROGRAM
9.00 pagi - Pendaftaran Peserta
- Sarapan Pagi
10.15 pagi - Taklimat Moderator
MOHAMAD NORHAFIZAN BAHARUDIN
YDP Persatuan Pelajar Sains Sukan, Universiti Malaya
10.30 pagi - PEMBENTANGAN I
- YBRS. DR HAMDAN BIN HJ MOHD ALI
Penyelaras Pusat Sukan
Universiti Malaya
“Perspektif Am Budaya Sukan – Kajian IYRES”
PEMBENTANGAN II
- PUAN NORMALA DAMAN
Bahagian Pembangunan Sukan
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
“Hari Sukan Negara”
11.30 pagi - Dialog bagi Pembentangan 1 dan 2
12.30 tgh hari - Rehat
2.00 petang - PEMBENTANGAN III
- Y. BHG. PROF. MADYA DR. ZULKIFLI KADIR
Fakulti Sains Sosial dan Rekreasi
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
“Antara Gaya Hidup Aktif dan Pembangunan Kecergasan Belia”
PEMBENTANGAN IV
- EN. MOHD AZLAN ISKANDAR
Pengasas
Akademi Squash Azlan Iskandar
“Dari Gelanggang ke Penerapan Budaya Sukan”
3.00 petang - Dialog bagi Pembentangan 3 dan 4
4.00 petang - Minum Petang
4.30 petang - KETIBAAN YBHG DATO’ HARUN BIN CHE SU
Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik)
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia
4.40 petang - Pembentangan Resolusi Dialog Intelektual Belia:
Cabaran Merealisasikan Negara Bersukan
- Penyerahan Resolusi mengenai Dialog Intelektual Belia: Cabaran Merealisasikan Negara Bersukan daripada wakil belia kepada wakil Kementerian
- Penutup
PENCAPAIAN DIALOG INTELEKTUAL BELIA: CABARAN MEREALISASIKAN BUDAYA BERSUKAN
Dialog Intelektual Belia: Cabaran Merealisasikan Budaya Bersukan yang berlangsung di White Box, Publika, Damansara, Kuala Lumpur telah merumuskan hasil resolusi seperti berikut:
- Golongan Belia BERPANDANGAN bahawa pihak Kerajaan perlu melaksanakan kempen kesedaran yang lebih meluas dalam kalangan belia supaya dapat menggalakkan penglibatan, penyertaan dan pembudayaan sukan yang lebih memenuhi cita rasa dan kehendak belia.
- Golongan Belia MENCADANGKAN agar Kementerian Belia dan Sukan bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menekankan ke arah penjagaan pemakanan yang betul,sihat dan seimbang supaya aktiviti sukan yang dilaksanakan akan mendapat impak yang lebih produktif.
- Golongan Belia BERPENDIRIAN agar pihak Kerajaan dapat memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti sukan yang tidak mengeluarkan kos yang tinggi supaya golongan belia dari pelbagai peringkat dapat menjadikan rutin harian yang lebih berkesan.
- Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak Kerajaan mengambil inisiatif untuk melaksanakan aktiviti sukan mengikut peringkat umur belia supaya setiap golongan belia dapat membudayakan dan mempraktikkan aktiviti sukan tersebut secara berpanjangan.
- Golongan Belia MENGGESA agar pihak Kerajaan memberi bantuan galakan kepada Sektor Korporat yang menyumbang kepada bidang penajaan kepada kumpulan belia yang aktif bersukan.
- Golongan Belia BERPENDIRIAN agar pihak Kerajaan dan Swasta serta Persatuan-persatuan Sukan dapat berkolaborasi dalam menjalankan promosi dan hebahan mengenai pembudayaan sukan negara dengan lebih meluas seperti hebahan di dalam iklan, penghasilan Majalah Sukan yang bersifat universal dan promosi program-program sukan secara berterusan.
- Golongan Belia MENGGESA agar pihak berkaitan dapat menjadikan atlet-atlet sukan Malaysia yang berjaya sebagai ikon ataupun mentor kepada golongan muda untuk menarik masyarakat ke arah pembudayaan bersukan.
- Golongan Belia MENCADANGKAN agar pihak kerajaan dapat memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti yang berunsurkan senaman kepada masyarakat kerana ia lebih dominan dengan konsep “Exercise For All”.
- Golongan Belia MENCADANGKAN agar pemberian geran berteraskan sukan diperluaskan di pelbagai peringkat pendidikan khususnya di peringkat sekolah hingga ke peringkat universiti bagi menggalakkan pembabitan belia dalam bidang sukan.
- Golongan Belia MENGGESA agar diberi keutamaan dalam menggunakan serta mengurus kemudahan-kemudahan sukan di peringkat akar umbi.